CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

106 Pekerja Asing Positif Covid-19 Dipindahkan Ke MAEPS

16-1-2021 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2601| Komen: 16




Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, semua 106 berkenaan adalah pekerja warga asing.

Katanya, kos penghantaran semua pekerja warga asing itu ditanggung majikan mereka.

"Pejabat Daerah Muar hanya mendapatkan tiga bas dari syarikat bas yang disediakan sebagai pengangkutan bersama tiga pemandu.

"Pihak APM menyediakan 10 pegawai pemantau dan pengiring manakala PDRM menyediakan tiga kenderaan pengiring bersama enam anggota dan pegawai polis sebagai pengiring.

"Penghantaran pertama bertolak dari Muar ke MAEPS pada 8 malam 14 Januari lalu dan tiba di MAEPS pada 10.30 malam.

"Program penghantaran pesakit positif Covid-19 ke MAEPS akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut kes," katanya ketika dihubungi.

Bulan lalu, KKM dilaporkan mengesan satu kluster jangkitan Covid-19 baharu di Johor, iaitu Kluster Bukit Pasir di Muar.

Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-100,103 dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember lalu.

Pada 7 Januari lalu, KKM melaporkan kes baharu yang agak tinggimembabitkan Kluster Bukit Pasir (Muar, Johor) mencatatkan angka tertinggi iaitu 779 kes baharu.



Sumber - HarianMetro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 16-1-2021 01:26 PM
Sementara raykat sendiri yg poditif dibiar kat rumah pandai pandai sendiri jaga diri.....kera juga disusukan...
Quote Artemesiaa 16-1-2021 01:36 PM
Makin meriah ler maep maklum ler ada sesi bersenam poco2, catwalk show segala bagai pasti terhibur buat yang kena kuarantin kat rumah jealous.  
Quote Tinot7 16-1-2021 01:53 PM

[twitter]https://twitter.com/khairulFBI/status/1349692919091920900[/twitter]

Quote lonely_surina 16-1-2021 02:08 PM

siannya anak neh..
semoga tabah..
belajar rajin2 yea dik..



Quote merrissa 16-1-2021 02:31 PM
jalfa replied at 16-1-2021 01:26 PM
Sementara raykat sendiri yg poditif dibiar kat rumah pandai pandai sendiri jaga diri.....kera juga d ...

kauuu jangan nanti minah yg bising pasal hak warga asing tu meroyan plak if tak jaga elok2..rumah dia dah penuh  
Quote pu3_rania 16-1-2021 02:45 PM
Tinot7 replied at 16-1-2021 01:53 PM

Ya Allah
Dalam tempoh terdekat, inilah video kedua yang buatkan aku menangis semahu-mahunya
Background muzik video ni buatkan aku sebak sangat2 di tambahkan sikap keprihatinan dari kaum lain yang turut sama bersimpati dengan menghulurkan sumbangan
Buat adik ini 'Allahyarham Ayah Adik Telah Meninggal Dunia Dalam Syahid Akibat Wabak Covid'
Semoga adik ini dan keluarga tabah dalam menjalani hidup yang mendatang
Quote Yunbin 16-1-2021 03:10 PM
lonely_surina: siannya anak neh..semoga tabah..belajar rajin2 yea dik..


Kesian sangat...tapi saya geram dgn org dewasa dekat situ..perlu ke bawak budak tu berarak kutip derma? Apa salahnya kalau dorang tolong kumpulkan dan beri dekat budak tu.. budak tu mungkin belum faham sepenuhnya
perasaan kehilangan bila ayah meninggal dunia..
Quote Tinot7 16-1-2021 04:03 PM
pu3_rania replied at 16-1-2021 02:45 PM
Ya Allah
Dalam tempoh terdekat, inilah video kedua yang buatkan aku menangis semahu-mahunya
Back ...

aminn....
Quote Suchi 16-1-2021 04:09 PM
Tinot7 replied at 16-1-2021 01:53 PM

Ni yg viral kan sampai radio sinar pun call
Mamat tu fakrul ke apatah nama dia ada jumpa ig dia sbb viral kat Meletop tu.
Dia gelarkan depa squad mengandung maeps.


Quote Tinot7 16-1-2021 04:10 PM
Suchi replied at 16-1-2021 04:09 PM
Ni yg viral kan sampai radio sinar pun call
Mamat tu fakrul ke apatah nama dia ada jumpa ig dia s ...

awat nama skuad mengandung maeps?

Quote Suchi 16-1-2021 04:14 PM
Artemesiaa replied at 16-1-2021 01:36 PM
Makin meriah ler maep maklum ler ada sesi bersenam poco2, catwalk show segala bagai pasti terhibur b ...

Hahah tapi kalau tak boring nak mati weh duk sepital la paling tak best tp dorang ni beramai2 so hat kena kuarantin dlm bilik sorang diri kat umah lagi seksa la.

Tp dorang ni ok lagi takde jarum2 kat tgn tu so mudah ler nak bergerak.
Iols benci tiap kali masuk wad menda alah tu hanya dicabut lepas bayar bil sepital. Seksanya nak pi tandas nak mandi nak solat  dan segala mala nak plak last time iols masuk wad sblm PKP 1.0 tahun lepas tu iols kena cirit birit teruk so leh bygkanlah berapa kali g toilet seksa oii kena bawak sekali pek air tu sampai bengkok2 jarum kena tukar baru cucuk tgn belah lain plak.
Quote Suchi 16-1-2021 04:16 PM
Tinot7 replied at 16-1-2021 04:10 PM
awat nama skuad mengandung maeps?

Mamat tu la buh # gitu kat ig dia.
Kan dorang pakai baju polkadot hat ibu2 hamil/beranak pakai tu.
Orang pompuan lain ada yg belum penah lagi merasa sarung baju tu dorang dah merasa dulu puak2 jantan ni.
Quote putericahaya999 16-1-2021 04:17 PM
Nanti nk balik camana
Quote Tinot7 16-1-2021 04:21 PM
Suchi replied at 16-1-2021 04:16 PM
Mamat tu la buh # gitu kat ig dia.
Kan dorang pakai baju polkadot hat ibu2 hamil/beranak pakai tu ...

baru iols tau psl baju polka dot tu...
Quote adila39 16-1-2021 08:25 PM
sbb kita rakyat Malaysia sepatutnya lebih bertanggungjawab. Tahu role sbg rakyat. Kuarantin dirumah dilakukan diseluruh dunia... Malaysia je yg sgt prihatin. Jadi, now KKM juga perlukan bantuan kita. Selagi tidak ada gejala serius, muda dan kuat utk lalui fasa pemulihan.. ikut je la kuarantin dirumah.

Rakyat asing ni dahla degil, lembab and majority sukar dikawal so klu disuruh kuarantin kat rumah makin merebaklaa... so jgnla sesikit komplen... nothing is free in this world.
Quote MontanaHannah 19-1-2021 03:49 PM
kos rawatan siapa bayar??????????

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.062817 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top