Pengorbanan seorang pegawai polis yang mengambil keputusan menangguhkan perkahwinannya demi keutamaan kepada tugas, mendapat pujian daripada Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Menteri Pengangkutan itu memuji Ahmad Zaim Nasreen Musa, yang sepatutnya melangsungkan pernikahan bersama pasangan, Mas Ayuvita Azizul pada Ahad (17 Januari) di Gemas, Negeri Sembilan. "Demi tugas, demi negara, anggota keselamatan kita sedia berkorban apa saja. "Anggota keselamatan, Ahmad Zaim Nasreen bin Musa sepatutnya meraikan hari bahagia beliau dengan pasangannya, Mas Ayuvita binti Azizul di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan hari ini 17 Januari 2021.
"Namun demi tanggungjawab kepada negara, Ahmad Zaim menangguhkan hari bahagianya. Satu pengorbanan yang amat besar," tulis Dr Wee di laman Facebook pada Ahad. Beliau turut memuat naik gambar Ahmad Zaim yang memegang nota bertulis 'sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.21'. Dalam pada itu, Dr Wee turut menzahirkan penghargaan terhadap pada petugas barisan hadapan di atas pengorbanan mereka. "Hargailah jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan negara kita," tulisnya lagi. -CARI Sumber: mStar Online
|
Kurex replied at 18-1-2021 07:40 AM
@Themilo & @dudaberhias , helok ke idok polis ni? Ke helok sebab pakai mask je?
Kurex replied at 18-1-2021 03:40 PM
@Themilo & @dudaberhias , helok ke idok polis ni? Ke helok sebab pakai mask je?
Madel replied at 18-1-2021 08:11 PM
Nikah aje la,buat yg wajib dulu
apa masalahnya pun
Bukan kena cuti smpai berbulan2 pun
imanda replied at 18-1-2021 01:09 PM
tu la pasei.. abam polis dah knp pgg kertas mcm tu bagai.. gila publisiti much?
ADVERTISEMENT