CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Lima Hari Untuk Bina Pusat Rawatan 1500 Bilik Untuk Pesakit Covid-19 Di China

18-1-2021 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1856| Komen: 8

Shijiazhuang: Hanya lima hari diperlukan untuk kerja pembinaan fasa pertama pusat rawatan berpusat bagi jangkitan Covid-19 yang dilengkapi 1,500 bilik di ibu kota Hebei.

Pusat kuarantin itu yang dibangunkan di atas tanah sebuah kilang adalah satu daripada antara enam lokasi pusat penempatan dan rawatan sementara kes jangkitan Covid-19 di bandar Nangong.

Difahamkan, sebanyak 6,500 bilik lagi akan dibina di bandar itu dalam jangka masa terdekat sebagai persediaan mengekang penularan Covid-19.

Setiap bilik akan dilengkapi katil, pemanas elektrik, tandas, sinki dan kemudahan jalur lebar (WiFi), lapor agensi berita Xinhua.

Sehingga semalam, lebih 800 penduduk yang didapati ada kontak rapat dengan individu positif Covid-19 sudah dipindahkan di pusat kuarantin yang disediakan.

Kredit foto: AFP


Projek pembinaan itu dimulakan pada 10 Januari lalu selepas kluster baharu kes Covid-19 dikesan di bandar itu.

Sementara itu, pengurus projek pembinaan pusat kuarantin berkenaan, Qu Peicheng, berkata dianggarkan 300 pekerja bekerja secara dua syif siang dan malam bagi memastikan kemudahan itu siap dalam kadar segera.

"Tangan kami kerap kali kebas kerana bekerja dalam keadaan suhu yang terlalu sejuk iaitu di bawah -16 darjah Celsius.

"Kami amat berharap kerja keras ini berbaloi dan penduduk di sini dapat meneruskan kehidupan normal secepat mungkin," katanya.

Satu lagi pusat kuarantin yang sama dengan kapasiti 3,000 bilik akan dibina di sini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 18-1-2021 11:32 AM
tahniah la. tanah banyak lagi ek dorang ni. tanah tu 'sebuah kilang' punya so dia bagi pinjam ke mcm mana?
Quote bulan_gerhana 18-1-2021 11:36 AM
ape2 hal ni memang depa la paling champion siapkan sume bende sesegera yg mungkin.. resources sume ade.. baik material atau tenaga kerja.. tu lah yg bagusnya xde depends pada outsource je..

cuma kita marhaen masih x leh lupa mana dtgnya kobid2 nih... x terjangkau segala pemikiran konspirasi atau memang takdir tuhan menguji tahun 2020 - dan seterusnya...

Quote jfq 18-1-2021 12:02 PM
Aik keluar balik cerita2 covid china?
Hari tu lama senyap lepas dunia tunggang terbalik
Quote Normabaru 18-1-2021 12:25 PM
Kelakar msia tiru china buat pusat kuarantin.. Xsmpi setahun partition semua dh cabut. Last2 tinggal katil ja..dgn bdk tiktok Lol
Quote me12345 18-1-2021 12:28 PM
China dh meningkat semula covid..ada daerah beijing lockdown..negara pengeluar vaksin pun masih kuarantin..ni kan pulak kita..stay safe
Quote merrissa 18-1-2021 01:12 PM
kes kau bukan zero ke..buat apa buat bilik banyak2....#nyampahakutipudata
Quote badaksumbu 18-1-2021 01:24 PM
negara lain kes meningkat tambah pusat rawatan covid. malaysia ni, kes meningkat sampai lebih kapasiti, pm abah korang pi buat 3 dewan org ramai dkt johor sana. untung la buat darurat, blh suka2 hati lulus peruntukan

Quote Ain_h 31-1-2021 01:26 PM
Bravoooo!!!!!!?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.138436 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top