CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Padu! Amy Search Jual Asam Pedas Daging Keting Sebab Bosan PKP 2.0

18-1-2021 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12865| Komen: 91

Memiliki kepakaran dalam bidang masakan membawa rahmat buat vokalis Amy Search dalam fasa PKP 2.0 ini.

Beliau yang pada mulanya secara suka-suka memasak kerana bosan dan bertanya kepada pengikut di Instagram 'adakah sudi membeli masakannya' kini tak menang tangan.



Kredit foto: IG Amy

Menurut Amy, idea memasak dan menjual tercetus selepas beliau dan isteri, Norish bosan tanpa aktiviti sebaik kerajaan mengumumkan PKP 2.0 dijalankan sehingga 26 Januari mendatang.

Kita fikir apa nak buat. Berkebun sudahm semua sudah, tapi tak boleh ke mana-mana. Jadi, saya cakap pada isteri, masaklah jom. Cuba jual. Tak sangka banyak pula yang minat dan buat tempahan," kata Amy saat dihubungi Gempak.

Memasuki hari kedua, Amy mengaku hidangan Asam Pedas Daging Keting resipi asli miliknya itu telah membuat aktiviti beliau di musim PKP 2.0 menjadi sibuk.


"Pagi-pagi dah bersilat di dapur. Alhamdulillah, rezeki," kata Amy penuh bahagia.

Sebagai permulaan, Amy memasak sendiri Asam Pedas Daging Keting atau dikenali juga sebagai Beef Shank.

Meninjau IGnya, bapa Nabila Huda itu memasak 10 kilogram daging bagi memenuhi tempahan yang tak disangka. Beliau juga memuat naik video dari awal menumis sehingga hidangan disiapkan buat pembeli



Malah, masakan itu semuanya sudah siap ditempah dan slot tempahan sehingga esok (hari ini) sudah penuh.

Setakat ini, Amy hanya beroperasi di Denai Alam dan semua yang membeli perlu mengambil sendiri tempahan mereka. Tempahan pula dibuat dalam kuantiti terhad iaitu sebanyak 50 bungkusan sehari.



Sekadar info, Amy memang terkenal sebagai seorang selebriti yang punya kemahiran memasak. Selain Asam Pedas Daging Keting, antara menu padunya adalah Sambal Sardin dan Sup Tulang. 



Beliau juga memiliki perniagaan Kopi Phewwwittt yang masih aktif dijual sehingga kini.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 18-1-2021 02:11 PM
ooo ada asam pedas daging eh ? iols igt ikan jah....
Quote She-Ra 18-1-2021 02:15 PM
Orix replied at 18-1-2021 02:11 PM
ooo ada asam pedas daging eh ? iols igt ikan jah....

ayam pun hadoooo
lg padu letak daun kesum + bunga kantan
Quote hotmak 18-1-2021 02:16 PM
brp rm jual tu? baguslah ada limit 50pax sehari, terjaga kualiti nya
Quote Fafaaisa 18-1-2021 02:18 PM
Sedapnyaaaaa
Quote HuoJingJue 18-1-2021 02:21 PM
kalau yang jual tu Amy Mat Piah ada org nak beli tak?

- netizen
Quote mieymiey 18-1-2021 02:23 PM
Untunglah retis, jual apa pun laku. Harga yahoods pun orang tak kisah, janji produk retis katanyah.
Quote mesmerize 18-1-2021 02:26 PM
asam pedas nak buat punya la senang.. blender bahan2 n tumis je biarkan masak sampai pecah minyak.. kowser netizen tu pun nak beli
Quote shernazz 18-1-2021 02:47 PM
HuoJingJue replied at 18-1-2021 02:21 PM
kalau yang jual tu Amy Mat Piah ada org nak beli tak?

- netizen

Jijo juaal ikan kering pung iols sanggup beli..hahaha
Quote belilies 18-1-2021 02:49 PM
Keting kat malaya sama maksud kat sarawak ke - puting susu pompan? Hebat bang amy ni nyanyi rock pandai masak
Quote dua_chzy 18-1-2021 02:51 PM
Orix: ooo ada asam pedas daging eh ? iols igt ikan jah....


Ada. Aiol dok Johor dulu, puas makan bermacam asam pedas. Feveret aiol is tetel, bahagian daging murah (sebab berurat) tapi padu bila dimasak sampai empuk. Rindu asam pedas Johor.
Quote tikusmontok 18-1-2021 02:55 PM
Orix replied at 18-1-2021 02:11 PM
ooo ada asam pedas daging eh ? iols igt ikan jah....

Asam pedas daging tetel sedap sis
Quote wak_pijah 18-1-2021 02:56 PM
Sedapnya asam pedas daging

Respek betul kalau rockers lelaki yg pandai masak ni. Amy, din search, awie diorang pandai masak. Lg satu joey bpr tu pun pandai masak.
Quote HuoJingJue 18-1-2021 03:13 PM
shernazz replied at 18-1-2021 02:47 PM
Jijo juaal ikan kering pung iols sanggup beli..hahaha

jijo alponso? kan udoh ninggey?
Quote September14 18-1-2021 03:15 PM
Nampak sedap pekat... tp iol x minat asam pedas
Quote dua_chzy 18-1-2021 03:17 PM
mesmerize: asam pedas nak buat punya la senang.. blender bahan2 n tumis je biarkan masak sampai pecah minyak.. kowser netizen tu pun nak beli


Tapi susah nak dapat rasa asam pedas yang betul2 kaw sedap. Ai suka asam pedas berempah.
Quote dua_chzy 18-1-2021 03:19 PM
She-Ra: ayam pun hadoooolg padu letak daun kesum + bunga kantan


Lada hitam, jintan segala rempah jangan dilupa.

Contoh resepi asam pedas kaw berempah:

https://www.rasa.my/asam-pedas-b ... u-mengancam-selera/
Quote wolfheart 18-1-2021 03:19 PM
Kat johor memang dari dulu biasa dapat makan gulai asam pedas termasuk selain ikan. Asam pedas tetel, asam pedas ayam daun kesum johor memang sedap. Kebelakangan ni luar johor pun dah mula buat asam pedas mcm2 ni. Apa pon nengok amy ni memang bagus bab masak. Tak ramai penyanyi lelaki rajin ke dapur.
Quote She-Ra 18-1-2021 03:27 PM
dua_chzy replied at 18-1-2021 03:19 PM
Lada hitam, jintan segala rempah jangan dilupa.

Contoh resepi asam pedas kaw berempah:

kami joho simple jeee
takde rempah2 bagai.. tambahan daun kesum atau bunga kantan
biasanya kesum utk ikan, kantan utk ayam.. letak dedua pun bisaaa
Quote dua_chzy 18-1-2021 03:36 PM
She-Ra replied at 18-1-2021 03:27 PM
kami joho simple jeee
takde rempah2 bagai.. tambahan daun kesum atau bunga kantan
biasanya kesum ...

Kat Johor la aiol makan asam pedas berempah sis.

Asam pedas asli Johor ai pernah rasa but kurang gemor banding asam pedas berempah. Teknik masakan Melayu gabung rempah India akan menghasilkan asam pedas kaw2 leting bak anggg.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.144995 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top