CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Video Saintis Wuhan Tak Pakai PPE, Digigit Kelawar 2 Tahun Sebelum Covid-19

18-1-2021 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3334| Komen: 9

Tular satu rakaman video memaparkan beberapa saintis dari Wuhan, China tidak memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika menjalankan penyelidikan terhadap kelawar sehingga salah seorang daripadanya digigit haiwan berkenaan.




Menerusi rakaman pada tahun 2017 itu iaitu dua tahun sebelum kemunculan virus Covid-19, ia memaparkan saintis bernama Shi Zhengli bersama pasukannya membuat penyelidikan mengenai virus SARS.

Mereka dilihat memegang kelawar tanpa memakai sarung tangan, malah mengambil najis haiwan itu dengan mengenakan baju berlengan pendek, lapor Daily Star.


Kredit foto: Daily Star


Sementara itu, dalam rakaman di dalam makmal pula, dua saintis yang mengendalikan sampel dilihat langsung tidak memakai topeng pelitup muka.

Kelawar dipercayai sebagai antara sumber penularan virus Covid-19.

Malah, menerusi rakaman berkenaan juga ditunjukkan kesan gigitan kelawar yang dialami salah seorang saintis berkenaan, di mana tangannya kelihatan membengkak.

Rakaman tersebut muncul ketika angka kematian di seluruh dunia akibat Covid-19 mencecah 2 juta korban. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 18-1-2021 02:28 PM
ok, boleh jadi kluang man pasni..
Quote mbhcsf 18-1-2021 02:39 PM
hehehe apa punya hukum pembuktian macam ni!!! hahahaahah

okay , i know semua pihak dok mencari  punca novel Covid19  virus berasal. OKgot it. Yg dikatakan bukti kukuh adalah terdapatnya data atau bhn bukti yg menunjukkan virus tu dikaji , diebelek, dikilik serta segala benda ada data ttg virus tu.

hehehe dengans ekadar tunjuk oh scientist china buat kajian kelawaq, ini tak bukti covid-19 tu depa buat belalagi, belum cukup ni.
n cuma bagus untuk surface link yg : oh china ada buat kajian ttg kelawar gittew...adakah isolation of virus Covid-19 ? belum tentu....

kalau tangan dia kena gigit bengkak , okaylah buh ubat TAPI kalau scientist tu develop Covid-19 likeillness....and ada data data sample makmal

barulah article ni means something.
Quote dodolgemok 18-1-2021 02:45 PM
mbhcsf replied at 18-1-2021 02:39 PM
hehehe apa punya hukum pembuktian macam ni!!! hahahaahah

okay , i know semua pihak dok mencari  p ...

Tgok la sos artikel ni dri mana, Daily Star suratkhabar picisan nak tarik pembaca jah. Dodol senyum sinis.
Quote mbhcsf 18-1-2021 03:06 PM
dodolgemok replied at 18-1-2021 02:45 PM
Tgok la sos artikel ni dri mana, Daily Star suratkhabar picisan nak tarik pembaca jah. Dodol senyu ...

tu la kekadang laa...yg ada saintifik explanation ditinggalkan sometimes a= i noticed. kenape ye

u see kat malaysia ni , akhbar atau majalah akhbar tak ada apa y dinamakan scientific correspondent , sebab tu kekadang lapora saintifik masyarakat  tak boleh access dan dapat pemahaman basc yg jelas , sebab tak ada depa depa ni...i mean i tak tahu saintifik journalism kat malaysia ni cam ne ye...
Quote mbhcsf 18-1-2021 03:08 PM
dodolgemok replied at 18-1-2021 02:45 PM
Tgok la sos artikel ni dri mana, Daily Star suratkhabar picisan nak tarik pembaca jah. Dodol senyu ...

Dodol , u ni ape ye : a guy or a lady?
Quote CiliPadiSedap 18-1-2021 03:31 PM
bercinta pula kat atas ni
Quote jiwasemangat 18-1-2021 04:17 PM
Mana ada saintis malaysia nak masukkan saintific finding.. kat dlm majalah, akhbar semua tuu.. kalau kena masukkan pon, terpaksa kena modify article dia bagi nampak sound layman & less scientific..
Saintist--> minority segment
Politician--> vast majority segment
*banyak saja saintific journal kat Malaysia ni.. org yg selalu piblish..mereka tahu laa.. every establish university.. ada ..
Quote dodolgemok 18-1-2021 04:21 PM
mbhcsf replied at 18-1-2021 03:08 PM
Dodol , u ni ape ye : a guy or a lady?

Wajik dan dodol, sila nikmati peninggalan nenek, zaman berzaman~~
Quote mbhcsf 18-1-2021 04:34 PM
Edited by mbhcsf at 18-1-2021 04:35 PM
jiwasemangat replied at 18-1-2021 04:17 PM
Mana ada saintis malaysia nak masukkan saintific finding.. kat dlm majalah, akhbar semua tuu.. kalau ...

sebab tu kena ada scientific correpondent macam the guardian or any major streamline english newspaper, depa ada sciencetfic correspondent, depa akan ulas and akan tulis isu isu melibatkan sains dalam bhs yg publlic faham
lagi satu ajalah newscientist or scientific american tak perlukan data data terperinci
ini saya dapati kureng di Malaysia.

saya tak maksudkan journal Q1-Q0.5 nyer level.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.071574 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top