CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Dalam Rahang Buaya -Tangan Dan Kaki Putus Dibaham

19-1-2021 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6601| Komen: 48

Tatau: Mayat pelajar tingkatan dua yang disyaki lemas ketika memancing di Kuala Tatau, di sini, ditemui berada dalam rahang seekor buaya oleh penduduk kampung pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Tiga penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pada mulanya ternampak mata buaya pada jarak sekitar 1.5 meter di kawasan lubuk sungai sebelum buaya itu perlahan-lahan muncul.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit terkejut melihat badan mangsa berada pada rahang reptilia yang cukup besar itu.

Kredit foto: Harian Metro

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Arffanirul Abdullah, 14, dari Kampung Haji Ismail.

"Selepas buaya itu melepaskan mayat dan keadaan didapati benar-benar selamat, maka penduduk bertindak menarik jasad ke dalam bot sebelum membawanya ke sebuah pondok di kampung," katanya.

Beliau berkata, mayat ditemukan di kawasan lubuk buaya yang terletak hampir 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati banyak kesan gigitan reptilia terbabit dengan tangan kanan putus dibaham manakala kaki kiri patah.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Dengan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2.30 pagi tadi," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, mangsa bersama dua rakan dikatakan memancing di pinggir sungai sebelum mangsa menyelam bagi mendapatkan semula mata joran yang tersangkut.

Namun begitu, mangsa tidak muncul ke permukaan air menyebabkan rakannya segera mendapatkan pertolongan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 19-1-2021 11:15 AM
Mayat remaja dalam rahang buaya

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -dalam-rahang-buaya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 10:52 AM

Erika George
[email protected]

MAYAT mangsa yang hilang ketika memancing bersama rakan.  FOTO ihsan bomba

Tatau: Mayat pelajar tingkatan dua yang disyaki lemas ketika memancing di Kuala Tatau, di sini, ditemui berada dalam rahang seekor buaya oleh penduduk kampung pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Tiga penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pada mulanya ternampak mata buaya pada jarak sekitar 1.5 meter di kawasan lubuk sungai sebelum buaya itu perlahan-lahan muncul.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit terkejut melihat badan mangsa berada pada rahang reptilia yang cukup besar itu.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Arffanirul Abdullah, 14, dari Kampung Haji Ismail.

"Selepas buaya itu melepaskan mayat dan keadaan didapati benar-benar selamat, maka penduduk bertindak menarik jasad ke dalam bot sebelum membawanya ke sebuah pondok di kampung," katanya.

Beliau berkata, mayat ditemukan di kawasan lubuk buaya yang terletak hampir 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati banyak kesan gigitan reptilia terbabit dengan tangan kanan putus dibaham manakala kaki kiri patah.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Dengan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2.30 pagi tadi," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, mangsa bersama dua rakan dikatakan memancing di pinggir sungai sebelum mangsa menyelam bagi mendapatkan semula mata joran yang tersangkut.

Namun begitu, mangsa tidak muncul ke permukaan air menyebabkan rakannya segera mendapatkan pertolongan.
Quote CARI-MRO 19-1-2021 01:38 PM

Quote SayaSayangMama 19-1-2021 01:47 PM
Ya Allah berani nya mnyelam.. apa yg arwah pikir ni
Quote miznora 19-1-2021 01:50 PM
Takziah utk keluarga adik ni..
Beraninya menyelam. Patut biar je jgn diambil
Quote sarah82 19-1-2021 01:51 PM
Takziah.. Sedih mmg sedih sekurang2nya ada jasad utk dikebumikan.. Semoga diberikan kekuatan utk keluarga arwah adik ni.
Quote FOTHER-MUCKER 19-1-2021 01:55 PM
Tiada kah mana mana pengamal ilmu untuk sumpah buaya buaya di sungai Sarawak tu supaya tidak menjadikan manusia sebagai mangsa?

Saya ada baca kisah buaya sungai pahang kerana itu buaya sungai pahang tidak menjadikan manusia sebagai mangsa.
Quote dudaberhias 19-1-2021 01:56 PM
Takziah... Di sarawak ni kalau parit dan longkang pun jangan harap iols nak pergi dekat2. Memang banyak sangat buaya, dah overpopulated dah pun serta mengancam ekosistem di situ. Nak export kulit tak boleh sebab eropah ban kulit2 dari malaysia katanya.
Quote mikasa 19-1-2021 01:57 PM
Terlalu berharga ke mata kail tu.semoga arwah ditempatkan dikalangan org yang soleh
Quote monreyes 19-1-2021 01:59 PM
dudaberhias replied at 19-1-2021 01:56 PM
Takziah... Di sarawak ni kalau parit dan longkang pun jangan harap iols nak pergi dekat2. Memang ban ...

knp x produce locally je
Quote miszclassique 19-1-2021 02:01 PM
Takziah kepada keluarga mangsa..
Tapi nak tau, kenapa buaya tu 'pulangkan' mangsa?
Dekat situ cakap memancing pukul 1 tengah hari, buaya keluar pukul 12 pagi?
Quote dudaberhias 19-1-2021 02:02 PM
monreyes replied at 19-1-2021 01:59 PM
knp x produce locally je

Tak laku rasanya, iols tengok vid dokumentari katanya kena jual ke singapore dan singapore export ke europe. Kalau export malaysia ke europe tak boleh.
Quote aint 19-1-2021 02:27 PM
miszclassique replied at 19-1-2021 02:01 PM
Takziah kepada keluarga mangsa..
Tapi nak tau, kenapa buaya tu 'pulangkan' mangsa?
Dekat situ caka ...

mungkin ada pawang panggil... sbb tu buaya tu serah balik...

jarang sgt lps buaya baham... nak lps balik...
Quote Budakmomok 19-1-2021 02:30 PM
Takziah keluarga
Quote monreyes 19-1-2021 02:51 PM
kenapa sarawak x nak kontrol populasi buaya ni..
Quote miszclassique 19-1-2021 02:51 PM
aint replied at 19-1-2021 02:27 PM
mungkin ada pawang panggil... sbb tu buaya tu serah balik...

jarang sgt lps buaya baham... nak  ...

Tapi ada few cases jugak yang mmg buaya tu tarik je tak makan pun mangsa...pelik betul perangai2 buaya ni...sebab nak ikutkan dari petang sampai ke pagi buaya tu pulangkan mangsa, banyak sgt waktu yg dia sempat je nak swallow satu badan
Quote swateng1 19-1-2021 02:58 PM
tak paham pasaipa dah tau sungai2 tu ada buaya, tapi berani dok p menyelam demi mata kail tu.. memang cari maut nama dia ni
Quote cha-cha 19-1-2021 03:03 PM
Kat longkang pun ada, ku tengok video buaya di parit perumahan sambil disalak anjing.
Buaya binatang purba mistik.
Quote dua_chzy 19-1-2021 03:25 PM
FOTHER-MUCKER: Tiada kah mana mana pengamal ilmu untuk sumpah buaya buaya di sungai Sarawak tu supaya tidak menjadikan manusia sebagai mangsa?Saya ada baca kisah bua ...

Pawang buaya Sungai Pahang itu babi ya katanya dia buat perjanjian dengan buaya jangan makan orang di Semenanjung. Nak makan kalu pi kau melantak di Borneo sana. Wtf? Adekah kerana weol dedolu kapir2 orang gasar belaka maka tidak diambik kesah layak jadik santapan buaya kekdahnya?

But then ai pernah terbaca juga buaya Sungai Sarawak ni hada dendam dengan manusia. Ada kisah mitos dongengnya tapi ai tak ingat camna. Sungai Rejang tu penuh buaya. Dulu pernah ada satu family ni pi bunuh buaya yang bunuh anak dia pehtu porumer kecam kesian buaya tu dan bodohnya family manusia yang membunuh tu padehal Sungai Rejang tu overpopulated buayanya. Mati sekor, membiak 10 ekor.
Quote dua_chzy 19-1-2021 03:26 PM
miszclassique replied at 19-1-2021 02:51 PM
Tapi ada few cases jugak yang mmg buaya tu tarik je tak makan pun mangsa...pelik betul perangai2 b ...

Bukankah deols memang suka peram mayat/bangkai kat dasar sungai? Later2 baru dimakan? Lebih juicy kot.

Lihat semua komen(48)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048928 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top