Seorang wanita berusia 70 tahun ditahan dalam cubaan meracun suami menggunakan racun lipas dengan menuangkan ke dalam kopi di Queen, New York City. Suncha Tinerva ditahan setelah didakwa berulang kali meracuni suaminya dengan racun serangga itu, kata pendakwa raya, menurut laporan portal Independent.
Perbuatan itu dikesan selepas dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tertuduh menuang racun serangga itu ke dalam kopi suaminya pada 12 Januari, menurut pejabat Peguam Daerah Queen Melinda Katz. "Tinerva mengambil botol dari dalam kabinet di bawah sinki dan didakwa membancuh kopi sebanyak dua hingga tiga kali. “Pada 14 Januari 2021 sekitar jam 10.40 malam, detektif menemui satu botol dengan penutup merah, dan label kuning bawah sinki," kata Katz kepada ABC News. Orang ramai yang termakan asid borik yang digunakan untuk kawalan serangga boleh mengalami mual, muntah, sakit perut, cirit-birit, dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan akut sistem peredaran darah dan seterusnya boleh menyebabkan kematian, bergantung kepada paras asid borik yang masuk ke dalam badan.
Sumber: Sinar Harian |
ADVERTISEMENT