CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kavita Sidhu Terkilan Tweet Banding Kecantikannya Dengan Norlia Ghani

20-1-2021 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7547| Komen: 31

Nama Norlia Ghani menjadi trending di laman Twitter selepas sebuah akaun memuat naik status membandingkan kecantikan pelakon Kavita Sidhu dengan pelakon veteran itu ketika berusia 30 tahun.


Enggan berdiam diri, Kavita menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa sedih apabila membaca status tersebut dan terkilan dengan sikap segelintir netizen yang mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap Norlia.

Pelakon berusia 49 tahun itu meminta netizen untuk menghormati Norlia, 72, sebagai seorang bintang filem veteran dan ibu kepada rakannya iaitu pelakon Rusdi Ramli.

Foto: IG

"Sekarang dah lebih dari sebelum ini, kita perlu bersikap baik antara satu sama lain. Terasa sangat teruk apabila saya membaca tweet yang tular mengenai Puan Norlia Ghani dan saya.


"Tolong berhenti merendahkan sesiapa. Hormatilah dia sebagai senior, bintang filem veteran dan sebagai seorang ibu kepada seseorang. Berhenti mengulang kicau (re-tweeting) dengan menghina wanita lain.




"Bagaimana anda menyukai jika netizen berkata perkara yang menyakitkan hati tentang ibu, makcik dan rakan anda? Tolong berhati-hati dengan apa yang kita katakan. Norlia Ghani adalah ibu kepada rakan saya, terima kasih," katanya.



Terdahulu, status yang dimuat naik sebuah akaun parodi menerusi Twitter mengundang kecaman hebat daripada peminat pelakon senior dan berpengalaman, Norlia Ghani.

Ia bermula apabila pemilik akaun berkenaan yang tidak dapat dikenal pasti identiti sebenar itu memuat naik ciapan membandingkan kecantikan Kavita Sidhu pada usia 49 tahun dengan Norlia Ghani.

"Kavita Sidhu umur 49. Engkau orang umur 30 dah rupa Norlia Ghani," tulis pemilik akaun parodi tersebut dengan berserta beberapa foto Kavita termasuk berbikini.



Dalam pada itu, Norlia atau nama sebenarnya Norlia Ghani Abdul Hamid turut meninggalkan komen di ruang perkongsian di laman Instagram Kavita mengatakan dia tidak mengambil hati dengan perkara tersebut.

"It's ok Kavita, no heart feelings," kata Norlia. -CARI


Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 20-1-2021 08:33 AM
Sapa yg tweet tu? X nampak id dia lawa sgt ke?
Quote Megikari 20-1-2021 08:41 AM
September14: Sapa yg tweet tu? X nampak id dia lawa sgt ke?


Akaun troll, guna nama rosmah. Entah2 owner akaun tu muka pun macam selipar jamban
Quote Redmyvi 20-1-2021 08:53 AM
Dah 2021 pun manusia hidup duk membanding rupa paras org, malahan makin teruk lg..

Quote isbritneybich 20-1-2021 09:04 AM
akaun troll tu tweet lain nak dpt 5 like pun susah, abaikan je la. dah 2021 pun masih nak bodyshaming
Quote husna_amal 20-1-2021 09:51 AM
Bila takde adab macam tu lah. Budak twitter sememangnya ramai yang tak beradab.
Quote wookiehoney 20-1-2021 10:22 AM
yang penting, shuben sheols sedap

Quote Kpoplovers 20-1-2021 10:40 AM
ye,betul tu..x patut banding org muda  dgn org yg berumur..
Quote doubleA 20-1-2021 10:58 AM
Tapi cantik sungguh kavita ni, laki pun hensem
Quote aijinmisaki 20-1-2021 11:26 AM
Laki dia tu kokusen ke paria?
Quote keys 20-1-2021 11:31 AM
Bebudak baru-baru nak up jibik. Lapar perhatian. Biadap. Tak cukup didikan.
Quote Aikiko 20-1-2021 12:27 PM
aijinmisaki replied at 20-1-2021 11:26 AM
Laki dia tu kokusen ke paria?

Italian uols...bukan kokosen cikai2, body mantap financial mabtap
Quote nuno 20-1-2021 12:46 PM
selalu nampak dia dating dulu ngan al solt dekat luna bar..selisih bahu
Quote buapakperut 20-1-2021 02:07 PM
huntongla shuben macam hercules gittew
Quote clarizsa 20-1-2021 02:09 PM
Mmg biadap yg tweet tu
Quote xemo 20-1-2021 04:50 PM
budak tweet tu tak tau kot norlia ghani tu ratu kebaya
Quote ninja boy 20-1-2021 09:29 PM
Ai suka joyah, waktu raya selalu tunggu tv
Quote debab_78 20-1-2021 09:33 PM
aijinmisaki replied at 20-1-2021 11:26 AM
Laki dia tu kokusen ke paria?

amboiii bahasa chuolss.....
Quote Pamelaloba 20-1-2021 09:36 PM
Suka kavitha ni. Cantik and ckp pun lembut je. Laki pun helok
Quote MontanaHannah 20-1-2021 10:14 PM
Kurang ajar bandingkan rupa org.

Org yg suka berckp  tentang rupa paras org lain selalunya hidup mereka sendiri busuk dan tidak berjaya pun.

Kekosongan itu diisi dengan  mengutuk org lain pula.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.304398 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top