Seorang banduan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan 'menyumbat' dubur seorang banduan lain dengan botol budu. Suara Merdeka melaporkan, pertuduhan menyebut Mohd Nor Ashmadian Satar, 35, melakukan serangan seksual terhadap lelaki berusia 32 tahun dengan memasukkan botol plastik ke dalam dubur tanpa kerelaan mangsa.
Menurut laporan, tertuduh menjalani hukuman di Penjara Pengkalan Chepa kerana terbabit kes dadah, samun, pukul dan menghalang tugas penjawat awam. Difahamkan, tertuduh berbuat demikian selepas bertengkar dengan banduan terbabit dan mengikut fakta kes, serangan berlaku di dalam sebuah bilik di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, sekitar jam 5 petang pada 30 Disember tahun lalu. Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ahmad Bazli Bahruddin, hari ini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - CARI
|
Boomibulat replied at 20-1-2021 01:09 PM
Padam la gambar budu tu..malu dia
sarah82 replied at 20-1-2021 02:45 PM
Ni baru betul budu bahaya
ADVERTISEMENT