CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19: 80 Peratus Kes Tiada Gejala, Duduk Rumah Cegah Wabak

21-1-2021 01:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1692| Komen: 3



PUCHONG: Sebanyak 80 peratus kes jangkitan Covid-19 di negeri ini melibatkan individu tidak bergejala, kata EXCO kesihatan.

Justeru Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah terbaik adalah kekal di rumah sekiranya tiada urusan penting bagi melandai keluk penularan wabak.

“Kita kena sentiasa berwaspada dengan Covid-19 sebab fakta menunjukkan banyak kes dalam kalangan mereka tidak bergejala.

“Mereka tidak menunjukkan tanda demam, selsema dan batuk tetapi kelompok ini pembawa atau penyebar virus,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Gerai Bergerak di Dataran Penjaja Puchong Permai hari ini.

Dr Siti Mariah turut menyokong langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menetapkan pesakit tahap satu dan dua perlu menjalani kuarantin di rumah.


“Hospital atau pusat kuarantin semakin sesak, jadi pendekatan terbaik buat masa ini adalah meletakkan mereka tiada gejala menjalani kuarantin di rumah,” katanya.

Sebelum ini Menteri Kesihatan berkata pesakit tahap satu dan dua menjalani rawatan serta kuarantin di rumah dengan pemantauan ketat petugas kesihatan berkuat kuasa 1 Januari.

Datuk Seri Dr Adham Baba bagaimanapun berkata langkah tersebut bergantung kepada keluasan serta bilangan isi rumah.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 21-1-2021 06:35 AM
Marhaen je. Kalau kluster 60k sebulan masuk
jugak hospitall tak kira la tahap brp pun.

Quote adm7 21-1-2021 08:08 AM
Sementara tu kat topik ahli politik yang positif Covid-19, ramai yang gembira bila ahli politik disahkan positif,doakan lebih ramai dijangkiti dan lebih celaka doakan cepat mati. Mungkin yang mengata tu tak sedar diri sendiri dah dijangkiti secara tak sedar sebab tak bergejala. Harap golongan2 toksik dan biadap ni yang cepat mati.
Sepatutnya kita sama-sama doakan kesembuhan dan keselamatan sesama kita.
Quote pooh~key 21-1-2021 08:10 AM
Tak ada gejala? Maknanya 80% penduduk bumi mempunyai antibody kuat lawan virus covid ke apa sis?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.045339 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top