CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sophia Albarakbah Rimas Dikaitkan Dengan Imej Seksi Dan Berani

21-1-2021 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20383| Komen: 61

Lakonan meyakinkan sebagai Rissa menerusi drama Tercipta Satu Ikatan di Astro Ria dan watak Bella dalam Hadiah Dari Tuhan di TV3 buat peminat tertanya-tanya siapa gerangan pelakon wanita ini?


Apabila menyebut namanya Sophia Albarakbah tentunya ada yang mengerut dahi kerana kedengaran agak asing.

Sophia, 27, mengakui bersyukur kedua-dua drama ini berjaya memperkenalkan namanya kepada penonton serta mengumpul peminat.



"Saya melakonkan watak antagonis dalam drama Tercipta Satu Ikatan dan ia membawa impak kepada penonton.

"Walaupun berlakon dengan nama besar seperti Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan ramai lagi, saya berjaya tunjukkan lakonan yang seimbang.

"Manakala dalam Hadiah Dari Tuhan pula, saya berlakon dengan Amy Mastura, Syafi Tee, Riena Diana dan Puteri Rafasya.

"Menariknya, ia mengisahkan realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik Covid-19," katanya yang mula mengumpul pengikut di Instagram.


Foto: IG

Pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina ini berkata, desakan seorang teman yang memintanya hadir uji bakat filem berjudul 18, membawanya masuk ke bidang lakonan.

"Sudah rezeki saya apabila diambil berlakon. Namun filem terbabit belum ditayangkan sehingga kini. Ia sebuah kisah remaja yang ada sedikit 'adventure'.

"Ikutkan, saya awalnya malu-malu untuk cuba nasib sebagai pelakon. Tapi apabila diterima, saya cuba buat yang terbaik supaya tak mengecewakan mana-mana pihak.



"Daripada situ timbul rasa suka pula untuk berlakon sehingga saya memberanikan diri untuk uji bakat filem Mimaland dan lulus juga," katanya.

Bagaimanapun, apa yang dijangka tidak selalunya indah kerana reaksi penonton terhadap lakonannya agak pedih apabila ada yang melabelkannya sebagai 'pelakon kayu'.

"Tak dinafikan pelbagai pandangan pro dan kontra saya terima daripada penonton. Ada yang kecam dan ada yang puji.

"Mulanya saya rasa 'down' juga apabila kena macam itu. Tapi, saya kena positif juga dengan apa sahaja pandangan yang dilemparkan untuk perbaiki kelemahan.



"Saya juga beruntung kerana ada keluarga, rakan industri dan kenalan yang sentiasa meniup semangat untuk saya lebih berjaya," katanya yang turut membintangi filem Pasal Kau yang disiarkan menerusi Netflix pada tahun lalu.

Mungkin ada juga yang perasan Sophia pernah tampil dalam muzik video lagu Siti Bilang Cuti nyanyian penyampai radio dan penyanyi, Daniel Zaini.

"Ketika belajar dalam bidang bioteknologi dengan dietetik di International Medical University, saya banyak terbabit dengan iklan komersial.

"Lepas habis belajar, baru ada rakan yang ajak berlakon. Awalnya saya enggan kerana tiada latar belakang dalam lakonan.



"Tambah pula, jurusan yang diambil tiada kena-mengena dengan seni. Memang tak sangka, saya akhirnya jadi pelakon," katanya.

Kesan populariti yang dikecapi sangat mengujakan Sophia apabila mula dihujani banyak tawaran berlakon.

"Setakat ini saya ada tawaran berlakon watak utama untuk drama terbaharu. Tapi, dalam keadaan sekarang saya belum boleh bercerita lanjut.

"Ini watak heroin yang pertama dalam karier saya. Walaupun ada yang kata usia saya dikira terlambat untuk berlakon, bagi saya bukan persoalan besar.

"Umur bukan penghalang asalkan berbakat. Selagi muka saya sesuai dengan watak diberikan, bukan masalah besar," katanya.



Dalam pada itu, Sophia mengakui rimas dikaitkan dengan imej seksi dan berani.

"Saya kurang gemar dikaitkan begitu. Saya tidak terlalu seksi seperti yang dikatakan. Tak perlu cakap perkara itu kerana akan menenggelamkan lakonan saya.


"Saya nak peminat bercakap mengenai bakat dan lakonan berbanding perkara lain. Harap semua faham.

"Apapun saya bersyukur juga kerana ramai rakan dalam industri yang banyak beri nasihat supaya sentiasa kuat apabila berada dalam bidang ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 21-1-2021 11:04 AM
Bagi aku.. Hidung dia sgt pelik hehe
Quote bakingsoda 21-1-2021 11:18 AM
gambar first nampak cantik, makin di scroll ke bawah makin desa. filter tak cukup lapis ke?
Quote dewi_rina 21-1-2021 11:23 AM
Cantik gak la masa dalam drama Hadiah dari Tuhan tu
Tapi nak tanya, muka tu memang muka ori ke?
Quote AbukRokok 21-1-2021 11:28 AM
yummyyyy
Quote melinda_kerr 21-1-2021 11:28 AM
Org skrg suka betul post muka fake— filter dengan mekap. Brightness to the max.
Quote meteorspeed 21-1-2021 11:29 AM
Bagi aku.. Hidung dia sgt pelik hehe
Quote KBW2 21-1-2021 11:31 AM
melinda_kerr replied at 21-1-2021 11:28 AM
Org skrg suka betul post muka fake— filter dengan mekap. Brightness to the max.

Yep                          
Quote alieyrina 21-1-2021 11:33 AM
Mcm anak patung..kulit setarap korean idols. tp hidung like perfect sgt..ori kewww..
Quote pxlbb 21-1-2021 11:39 AM
Setiap gambar mendada kuih pau dua ketui tapi tak sanggup dilabel imej seksi habis tu kau nak hakak label kau niqobis ke sengkekk

Tapi sheol memang cantik
Quote Belibis 21-1-2021 11:40 AM
dewi_rina: Cantik gak la masa dalam drama Hadiah dari Tuhan tuTapi nak tanya, muka tu memang muka ori ke?

Kategori k pop ni..lawa la untuk pelapis baru.
Tapi kalau dah selalu seksi,kenapa mesti rimas bila selalu diperkata?
Quote lavendernovella 21-1-2021 12:08 PM
Bukan ker keturunan family theyol ni sgt2 menjaga persepsi..  
Quote lattehazelnut 21-1-2021 12:08 PM
Brp kali nak post pasal minah ni..
Quote hanezzafirah 21-1-2021 12:11 PM
aku rasa dah byk thread bukak pasal dia ni
Quote irvene 21-1-2021 12:16 PM
bukan dah ada ke thread ni hari tu? belum sampai sebulan keluar lagi benda yang sama
Quote jerukkedondong 21-1-2021 12:22 PM
Eh pompuan ni..dah pakai tejojol sana sini...orang panggil seksi kau rimas pulakkk...euwwww
Quote rorygilmore 21-1-2021 12:24 PM
sgt unforgettable...sbb dh seakan-akan Hannah Delisha...
no x factor,  nak harap seksi smpi bila...
Quote dua_chzy 21-1-2021 12:39 PM
Belibis replied at 21-1-2021 11:40 AM
Kategori k pop ni..lawa la untuk pelapis baru.
Tapi kalau dah selalu seksi,kenapa mesti rimas bil ...

Kat Kpork sana badan gini dah dianggap gemuk gedempol dan bakal jadik cercaan kampeni juga rakyat Korea yang muka original hodoh2 belaka tapi ada hati cerca muka dan body idols tino.
Quote tagas 21-1-2021 12:41 PM
tutupla aurat tu syg

abg doakan agar syg ikut jejak langkah madu syg

hanah delicious tu nnti ya syg  

cabottttt
Quote mamajawie 21-1-2021 12:50 PM
tetap la lawa si hannah delisha berbatu2 tinggal sheollss ni..iollss yg pompuan pun adore muka cm hannah delisha tu..**verangannyehhhh

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.242876 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top