CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perlekeh Darurat, Azwan Ali Dipanggil Bukit Aman

22-1-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3230| Komen: 6

Bukit Aman mengesahkan telah memanggil selebriti Azwan Ali pada Khamis untuk membantu siasatan berhubung penularan sebuah klip video baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata siasatan dijalankan terhadap selebriti itu kerana dipercayai memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.



"PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan terhadap klip video Azwan Ali kerana didapati telah memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.

"Rakaman video berdurasi 41 saat tersebut telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari 2021," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.


Tambah Huzir, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pada 21 Januari 2021, Azwan Ali (DIVA AA) telah dipanggil ke Pejabat USJT, Bukit Aman bagi membantu siasatan.

"Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut," katanya lagi.

Kredit foto: Twitter

PDRM mengesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menganggu gugat keharmonian negara.

Tegas Huzir, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. -CARI

Sumber: Awani
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-1-2021 10:08 AM
Ramai je perlekehkan... Bezanya antara report dgn tak je
Quote kakakpositifker 22-1-2021 03:33 PM
yang akak focuskan kereta dia. dia pakai kereta apa? teringin nak tahu. HAHAHA
Quote fealefea 22-1-2021 05:09 PM
Abah Hazeman ni. Matilanak wat hal la Azwan ni. Org nk die jadi host AJL.
Quote slavehunter 22-1-2021 09:15 PM
Dalam video tu macam tak perlekeh jer macam dia buat lawak gila dia selalu. Yerla dia masuk air kan.
Quote dudaberhias 22-1-2021 09:21 PM
slavehunter replied at 22-1-2021 09:15 PM
Dalam video tu macam tak perlekeh jer macam dia buat lawak gila dia selalu. Yerla dia masuk air kan. ...

Dalam vid tu bagi iols dia tak perlekeh apa, tapi ada vid terbaru dia pasal tak suka melayu tu choiii... Dia pun ponen meleis nusantara gigih takmau jumpa melayu, len kali duduk di mainland confirm tak jumpa. Kalau duduk london jumpa jugak melayu nanti sebab sana penempatan melayu urban ramai nak2 anak2 si E
Quote slavehunter 22-1-2021 09:33 PM
dudaberhias replied at 22-1-2021 09:21 PM
Dalam vid tu bagi iols dia tak perlekeh apa, tapi ada vid terbaru dia pasal tak suka melayu tu cho ...

Alah sembang tak suka melayu konon,gang2 dia pun kelempuk melayu gak. Macam Zenil tu juga, poyo jer bapok2 ni semua.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.256037 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top