Pengacara dan personaliti TV Awal Ashaari baru-baru ini, meluahkan rasa bimbang memikirkan keadaan pelajar sekolah yang terpaksa menjalani pembelajaran secara atas talian ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Awal, dia gusar memikirkan sama ada kanak-kanak betul memahami apa yang dipelajari kerana merasakan agak sukar untuk fokus jika tidak berhadapan dengan guru masing-masing. Menganggap situasi sekarang sebagai detik sukar buat para guru dan pelajar, Awal dilihat telah berkongsikan situasi semasa anak sulungnya, Lara Alana yang sedang belajar dari rumah secara ‘online’ menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya. Memahami bahawa golongan pendidik juga berhadapan dengan kesukaran untuk memantau pelajar kerana hanya mampu untuk mengajar di alam maya, suami kepada pelakon dan model, Scha Alyahya ini turut menitipkan doa agar situasi yang dihadapi kita semua sekarang segera cepat pulih dan dapat kembali seperti kebiasaannya.
Meninjau ruangan komen hantaran Awal di Instagram itu, ramai ibu bapa turut tampil berkongsikan keresahan mereka dalam memantau anak-anak ketika pembelajaran secara atas talian berlangsung. Sumber: BeautifulNara |
kechikchomel replied at 23-1-2021 10:35 AM
ada jugak kan tadika yg buka? tetiap pagi iolss nampak jiran iolss hantar anak dia g tadika. pakai u ...
kechikchomel replied at 23-1-2021 10:35 AM
ada jugak kan tadika yg buka? tetiap pagi iolss nampak jiran iolss hantar anak dia g tadika. pakai u ...
acikhan replied at 23-1-2021 10:47 AM
tadika ank buah haku pun sekolah Kat area klang, tadika private n jiran selang bape umah pun antar ...
rosannazmia replied at 23-1-2021 10:55 AM
Ade. Taska anak ahkak pon buka. Tp akk pilih online classes.. Gituhhh.. Anak akk br 4 thn x leh br ...
emera replied at 23-1-2021 08:23 AM
Awal!!! Anak aku sekolah online jugak.. pakai teams.. anak kau sebaya anak aku... cikgu elok je kont ...
ADVERTISEMENT