CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Trauma, Bayi Digigit Tikus Besar Depan Mata

22-1-2021 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1781| Komen: 8

Seorang ibu berdepan dengan trauma selepas mendapati lengan bayinya cedera akibat digigit oleh tikus besar ketika sedang tidur berseorangan.

Menceritakan kembali insiden yang berlaku pada November tahun lalu, Jane Hunter berkata dia terjaga kira-kira pukul 4 pagi selepas terdengar bayinya, Rowan, yang berusia 18 bulan ketika itu, menangis dengan kuat.


Jane bergegas ke bilik tidur Rowan sebelum terlihat seekor tikus besar sedang menggigit tangan anaknya itu.

Foto: Daily Star

Ibu berusia 34 tahun itu segera mengusir haiwan berkenaan dan membawa bayinya ke hospital selepas mendapati cadarnya penuh dengan tompokan darah, selain terdapat tiga kesan gigitan di lengan kanan.

Jane yang tinggal di sebuah rumah ladang dan menternak kuda berkata, dia sebelum ini pernah beberapa kali ternampak tikus namun ia bukanlah sebesar tikus yang mencederakan bayinya.

Sejak insiden itu, dia memelihara seekor kucing bernama Buttons sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online/ Dailystar

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-1-2021 12:13 PM
jahat punya tikus....

soo scary kenapa tikus suka attack bayi yach?
bukan ke dia patut cari makanan ke... baby tu payah nak makan...
Quote Supersirap 22-1-2021 02:37 PM
Semoga tiada lagi kejadian tidak diongini berlaku terhadap keluarga Jane Hunter ni
Quote Adrif 22-1-2021 04:40 PM
mak datuk saiz tikusnya.. kucing pun lari
Quote angelofish 22-1-2021 04:48 PM
dulu dulu penah tikus gigit ibu jari ai masa tidur..tak tau la tikus sebenar ke tikus hantu saka.
Quote Tinot7 22-1-2021 05:21 PM
kecian baby...
kucen pun tatut ni...
Quote airisa 22-1-2021 05:49 PM
baby tu ada bau susu or makanan melekat kot
Quote irish_ieka 23-1-2021 01:18 AM
tuhla apesal la tikus suke gigit tgn org? masa aku kecik pon aku penah kene gigit tikus kt jari. bapakkkklkk cuak ok. kg aku tu ad tikus. malam tu aku cab sgt mulut ckp ' nak tidur tengah takut tidur tepi nnt tikus gigit' . tibe2 tikus tu dtg carik aku yg tidur tengah jugak guys. menangis aku pg tu tkleh gerak sbb ketakutan dirogol tikus. mak aku bwk pi klinik cucuk tkut kancing gigi
Quote slavehunter 23-1-2021 01:20 AM
Ooo patut mak dia letak perangkap tikus or letak racun sebab zaman sekarang kucing pun lari kalau jumpa tikus.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.042730 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top