Kuala Lumpur: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan saluran khas berbentuk pendidikan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid di rumah (PdPR) semasa dan pasca Covid-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, RTM sememangnya sudah ada pengalaman dalam menyediakan TV Pendidikan sejak 1972 hingga 2008 dan pihaknya menjangkakan saluran baharu itu dapat disediakan pada suku pertama tahun ini. "Semasa (pelaksanaan) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama juga kita ada kelas di rumah dua sesi iaitu dua jam pada waktu pagi dan dua jam pada waktu petang menggunakan saluran TV Okey. "RTM sebenarnya sekarang ini pun sedang bersedia dan sudah pun membuat ujian saluran baharu. Isi kandungan dalam saluran televisyen itu akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan," katanya kepada pemberita selepas sidang media penutupan Mesyuarat Menter-Menteri Digital Asean Pertama (ADGMIN1) yang berlangsung secara maya, di sini, hari ini.
Sumber: Harian Metro
|
Tinot7 replied at 22-1-2021 09:25 PM
Masa kecik2, iols suka tgk tv pendidikan. Semoga dapat dimanfaatkan oleh generasi baru.
3480 replied at 22-1-2021 11:11 PM
Jangan monyet.. jangan..
Aku x kira.. aku nak juga..
Monyet pon makan cili..
c===8 replied at 22-1-2021 09:32 PM
learning english is lots of fun lots of fun
bong & bing
missbigrockstar replied at 22-1-2021 09:52 PM
Kisah sang kancil, sang buaya, monyet. Ulang 10 kali pun tak boring.
izwan_izi replied at 23-1-2021 12:25 AM
jgn lupa tayang sekali animasi Filem Negara Malaysia tu seperti :
- Samg Kanchil Dan Buaya
testly replied at 22-1-2021 09:41 PM
Masalahnya time tv pendidikan tu bersiaran, time tu jugak kelas online berjalan. Tak masuk kelas onl ...
ADVERTISEMENT