CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enggan Betulkan Kesalahan, Doktor Masukkan Bayi Dalam Peti Sejuk Hidup-hidup

23-1-2021 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4813| Komen: 24

Dua doktor dan seorang bidan sebuah hospital di Atyrau, Kazakhstan dipenjara selepas bayi baru dilahirkan dimasukkan ke dalam peti sejuk mayat hidup-hidup.

Memetik Mirror, bayi pramatang itu didaftarkan 'lahir mati', namun sebenarnya masih hidup ketika dimasukkan ke dalam peti sejuk berkenaan.



Hospital bersalin di mana mangsa dilahirkan East2West News

Walaupun melihat kakinya bergerak, doktor terbabit enggan menyelamatkan bayi berkenaan kerana dia sudah direkodkan meninggal dunia dalam pangkalan data perubatan dan mereka enggan membetulkan kesalahan rekod itu.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah membunuh bayi berkenaan untuk menyembunyikan kecuaian perubatan itu, kata penyiasat Askarbek Ermukashev.

Mahkamah dimaklumkan tertuduh ada berbincang untuk melemaskan bayi itu di dalam air, namun menolak cadangan tersebut sebelum memasukkan mangsa ke dalam peti sejuk berkenaan hidup-hidup.


Malah, dalam satu panggilan telefon yang dirakam secara rahsia di mana mereka membincangkan insiden itu, seorang daripada doktor terbabit kedengaran menyebut "semoga Tuhan memaafkan kita".

Ketua pakar perubatan Kuanysh Nysanbaev yang mengarahkan bayi itu dimasukkan ke dalam peti sejuk berkenaan walaupun melihat kaki bayi terbabit masih bergerak, diperintahkan mahkamah menjalani hukuman penjara 18 tahun.


Dr Kuanysh Nysanbaev
Kredit foto: East2West News

Manakala, pakar Obstetrik dan Ginekologi Askar Kairzhan dipenjara 16 tahun dan bidan Jamilya Kulbatyrova yang memasukkan bayi itu ke dalam peti berkenaan atas arahan dua doktor terbabit dipenjara 15 tahun.


Ketiga-tiga tertuduh
Kredit foto: East2West News

Sementara itu, dua lagi doktor iaitu pakar neonatologi Ruslan Nurmakhanbetov dan Dariga Dzhumabayeva diarahkan menjalani hukuman penjara tiga tahun setengah kerana gagal melaporkan jenayah berkenaan. - CARI


Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 23-1-2021 02:54 PM
Apa la salah baby tu dibunuh
Quote jazaa100 23-1-2021 02:56 PM
Barbie sgt.....

klu anak dia org buat mcm tu, mcmana rasa....
Quote Skuau 23-1-2021 03:03 PM
arap mereka dihukum dgn cara yg sama.
Quote dua_chzy 23-1-2021 04:25 PM
jazaa100 replied at 23-1-2021 02:56 PM
Barbie sgt.....

klu anak dia org buat mcm tu, mcmana rasa....

Jom doakan anak2 meka sekor2 mati dibunuh kejam. Kalau belum ada anak, moga orang paling meka sayang dibunuh kejam. Dah bunuh baby kecil takda dosa, ada hati mintak Tuhan ampunkan. Geram betul. Nasib baik nasib baby tu terbela. Ni kira cash la ni aib satu dunia terus Tuhan bagi.
Quote sukacactus 23-1-2021 05:07 PM
Kejamnya korang!
Itu pun ada hati mintak Tuhan ampunkan puiii!!!
Quote Cibuya 23-1-2021 06:03 PM
Astaghfirullah
Quote acik79 23-1-2021 06:46 PM
Ego seorang doktor....
Quote Adrif 23-1-2021 07:45 PM
ini bukan manusia..
Quote Artemesiaa 23-1-2021 07:48 PM
Zalimnya perangai tahu nak senangkan diri sendiri je nasib dah terkantoi mendapat sudah
Quote Lelli 23-1-2021 09:03 PM
Speechless
Quote LadyCarefree 23-1-2021 09:23 PM
dua_chzy: Jom doakan anak2 meka sekor2 mati dibunuh kejam. Kalau belum ada anak, moga orang paling meka sayang dibunuh kejam. Dah bunuh baby kecil takda dosa, a ...


Anak2 dan orang yang mereka sayang layakkah dibunuh kejam? Mereka dosa apa dengan bayi yg mati ni?
Quote LadyCarefree 23-1-2021 09:24 PM
Takut bila baca ada doktor perangai macam ni. Dahlah bukan seorang.
Quote ellejo 23-1-2021 11:21 PM
susah sgt ke nak betulkan? delete tak boleh? amend? edit?
Quote dua_chzy 23-1-2021 11:25 PM
LadyCarefree replied at 23-1-2021 09:23 PM
Anak2 dan orang yang mereka sayang layakkah dibunuh kejam? Mereka dosa apa dengan bayi yg mati n ...

Well, karma is real. Dosa mereka adalah kerana mereka keturunan syaitan2 ini. You think why good people suffer? It is because of the sins of their ancestors.
Quote LadyCarefree 24-1-2021 12:43 AM
dua_chzy replied at 23-1-2021 10:25 PM
Well, karma is real. Dosa mereka adalah kerana mereka keturunan syaitan2 ini. You think why good p ...

Oh wowwwwwww
Quote namieamuro 24-1-2021 12:53 AM
adoi kenape tak biar je baby tu hidup. dr susah2 nk matikan, bg jela kt mak baby tu. dasar hanatnye doktor ni. hrp psni kau jobless merempat jd gelandangan.
Quote dua_chzy 24-1-2021 01:17 AM
LadyCarefree replied at 24-1-2021 12:43 AM
Oh wowwwwwww


Ko tak percaya karma ke? I'm a firm believer in karma/kifarah sebab sendiri dah merasa yach. To each their own. The Universe pon reti bagi karma, bukan takat Tuhan jah.
Quote merrissa 24-1-2021 02:16 AM
Teruknya, siap nak lemas kan dalam air bagai. Ntah hape la deme fikir. Padan lah muka duk la meringkuk dalam penjara. Keluar penjara pon xde sapa nak amik keje
Quote any42 24-1-2021 02:39 AM
Penat blajar tnggi2 smpai mmpu jd doktor ttap la bodoh xmmpu bt kputusan bijak. Ksian baby xdpt pluang merasa hdup kt dunia
Ape la prasaan mak baby dpt doktor pembunuh

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078768 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top