TEL AVIV - Lebih 12,400 individu di Israel dilaporkan dijangkiti Covid-19 selepas diberikan dos suntikan vaksin dihasilkan Pfizer-BioNTech. Media tempatan melaporkan perkara itu diketahui berdasarkan ujian dilakukan terhadap 189,000 individu yang menunjukkan 6.6 peratus termasuk 69 penerima dua dos suntikan vaksin tersebut masih positif Covid-19. Menurut laporan itu, golongan itu menunjukkan kadar jangkitan sama seperti mereka yang tidak menerima suntikan vaksin tersebut. Awal minggu lalu, Pesuruhjaya Pasukan Petugas Covid-19, Nachman Ash mendakwa dos tunggal vaksin tersebut didapati kurang berkesan berbanding jangkaan dibuat Pfizer sebelum ini yang mendakwa keberkesanannya adalah pada kadar kira-kira 52 peratus.
Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Vaksin China, Feng Duojia berkata, terdapat kemungkinan penerima vaksin telah dijangkiti virus itu sebelum tubuh mereka menghasilkan tindak balas imun. "Fungsi vaksinasi adalah untuk mengurangkan kadar jangkitan atau mencegah penerima daripada mendapat simptom serius. Kebiasaannya, tubuh mengambil tempoh selama 14 hari untuk membina imuniti yang berkesan," jelasnya. Sumber - Agensi/SinarHarian |
auntieagony replied at 24-1-2021 06:57 AM
Suntikan vaksin tu cuma usaha jer.
Yg menyembuhkan adalah Allah swt.
So this findings proved it.
ADVERTISEMENT