CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ubat-ubatan Dalam Bilik, Tandas Dipenuhi Arang Dibakar

24-1-2021 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5378| Komen: 33

Lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dalam bilik sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini, semalam (kelmarin).

Polis menerima laporan daripada pihak pengurusan hotel pada jam 6.30 petang.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia 29 tahun yang menginap di hotel itu apabila terhidu bau asap.

Menurutnya, saksi memaklumkan kejadian kepada pihak hotel sebelum menghubungi talian kecemasan.

"Hasil pemeriksaan, polis mendapati bilik lelaki itu dipenuhi kepulan asap dan alat pengesan kebakaran ditutup dengan tisu.

"Polis turut menemui ubat-ubatan dalam bilik selain tandas dipenuhi arang yang sudah dibakar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar berkata, pemeriksaan pada badan lelaki itu tidak menemui sebarang unsur jenayah.


Beliau berkata, semakan dilakukan mendapati lelaki terbabit mendaftar masuk pada jam 10.01 pagi, 21 Januari lalu dan pelanggan tetap di hotel berkenaan.

Katanya, mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi mati mengejut (SDR).


Sumber: Harian Metro

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manjahati 24-1-2021 12:45 PM
Nk bunuh diri ka..?
Quote chippotato 24-1-2021 12:49 PM
Mcam style retis2 Korea yg bunh diri guna arang
Quote Dovahkiin 24-1-2021 12:51 PM
Ni buat mereka2 yg mengeluh kesunyian & tekanan perasaan kena BDR. Ada org lain lg stress, dgn yg kena buang kerjanya, hutang bertambah2, ditinggalkan keluarga, etc. Bersyukurlah anda masih ada kerja.
Quote prettyuglybabe 24-1-2021 12:54 PM
pkp ni boleh ye check in hotel?
Quote fly_in_d_sky 24-1-2021 01:02 PM
prettyuglybabe replied at 24-1-2021 12:54 PM
pkp ni boleh ye check in hotel?

boleh tapi untuk business purpose
leisure tak boleh
Quote ulamalu 24-1-2021 01:05 PM
Kesian hotel.   Nak bunuh diri x yah lah check-in hotel. Selfish ya, terjejas business hotel.
Quote prettyuglybabe 24-1-2021 01:07 PM
fly_in_d_sky replied at 24-1-2021 01:02 PM
boleh tapi untuk business purpose
leisure tak boleh

mcm mana dorang tentukan business or leisure?
kena ada surat majikan miti juga ke?
Quote arareez 24-1-2021 01:08 PM
Hotel apa kat jalan kuchai lama tu
Quote fly_in_d_sky 24-1-2021 01:13 PM
prettyuglybabe replied at 24-1-2021 01:07 PM
mcm mana dorang tentukan business or leisure?
kena ada surat majikan miti juga ke?

tengok SOP hotel
ada setengah nak ada setengah tak nak
rata-rata tahukan guest untuk leisure tak dibenarkan
kalau business selalu tak stay lama ... 1-3 hari
if seminggu tu terpulang pada hotel
takut dia self quarantine tanpa inform pihak hotel

pasal surat .. majikan kena buat surat
mengatakan dia perlu travel atas dasar kerja
and ada surat kebenaran dari balai polis

Quote aechae 24-1-2021 01:14 PM
Bunuh diri buat kt rumah sndri or terjun sungai ke xleh ke? Nk jugak ganggu bisnes org
Quote Supersirap 24-1-2021 01:57 PM
Budaya bunuh diri ni sudah jadi norma hidup kah? Ada je kes bunuh diri setiap bulan
Quote depresio 24-1-2021 02:13 PM
Sebenarnya kan
Berita tak patut tulis detail mcm ni

Yg bc ni klu ada fikir nak bunuh diri dia akn belajar cara2 nya dgn hanya bc berita ni sj

Quote sharlenetexas 24-1-2021 02:14 PM
fly_in_d_sky replied at 24-1-2021 01:02 PM
boleh tapi untuk business purpose
leisure tak boleh

Sohai bisnes urut kat bilik hotel.
Quote helicornia 24-1-2021 04:52 PM
ulamalu: Kesian hotel.   Nak bunuh diri x yah lah check-in hotel. Selfish ya, terjejas business hotel.

tu la.tk pasal angker hotel tu
Quote Punat_button 24-1-2021 04:59 PM
fly_in_d_sky replied at 24-1-2021 01:13 PM
tengok SOP hotel
ada setengah nak ada setengah tak nak
rata-rata tahukan guest untuk leisure tak ...

surat boleh tulis sendiri

jamin hotel tak kan verify


Quote sarahmirza 24-1-2021 05:03 PM
Kenapa la nak bunuh diri kat tempat orang...
Kesian pekerja hotel....
Pernah masa bujang2 dulu dengan kawan2 cari rumah sewa...
Pergi satu apartment kat damansara, satu unit facing post guard ada iklan utk di sewa... bila tanya pak guard, dia kata tak payah la, u all girls nanti takut sebab rumah tu dulu orang gantung diri... huhuhu
Quote salmon-suki 24-1-2021 05:51 PM
Berhantu laa hotel tu nanti..huhaiiii~
Quote Diamje 24-1-2021 05:59 PM
Dovahkiin replied at 24-1-2021 12:51 PM
Ni buat mereka2 yg mengeluh kesunyian & tekanan perasaan kena BDR. Ada org lain lg stress, dgn yg ke ...

Betul2..bila laki aku ckp akan ada total lockdown aku plak serabut memikir org lain yg susah anak ramai.. tanam dlm hati x nk lagi membazi..beli brg keperluan asas shaja..ada rezki lebih skit salurkan pd yg memerlukan..
Quote supernaturalee 24-1-2021 07:18 PM
sarahmirza replied at 24-1-2021 05:03 PM
Kenapa la nak bunuh diri kat tempat orang...
Kesian pekerja hotel....
Pernah masa bujang2 dulu den ...

Rmh Klu jual kena inform kn Klu ada kes bunuh diri pd buyer

Tp x taw lh Klu di msia buat x
Sbb pnh tgk dlm filem je
Hehe

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.050841 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top