CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalau Susah Lebih Baik Minta Bantuan Di Gereja, Pernah Dengar? Ini Fitnah!"

25-1-2021 12:55 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3460| Komen: 12|Original author: Oleh: Cari-Azza






"Kes ambil duit dengan tulis buku je kat Gereja ni sebenarnya PALSU."


Apabila tular kisah kesusahan individu atau keluarga beragama Islam, pasti ada sahaja yang menunding kesalahan kepada organisasi Islam yang didakwa tidak peka dengan masalah mereka.

Lebih dahsyat, ada pula yang mendakwa lebih mudah meminta bantuan daripada pihak gereja berbanding pusat zakat.

Amil zakat, Faisal Rahim menegaskan cerita tersebut sebenarnya rekaan semata-mata oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Namun disebabkan ia tular dan banyak pula portal berkongsi kisah sama setiap tahun, membuatkan orang percaya dengan fitnah tersebut.


Bukan sahaja imej badan Islam tercalar, gereja pun pening kepala apabila ramai orang Melayu yang meminta pertolongan mereka kerana percaya cerita itu.

Foto :Twitter
Foto : Berita Harian


Menurut Faisal lagi, Institusi zakat telah berjumpa hampir semua pihak pengurusan gereja sekitar Petaling Jaya yang dikatakan memberi bantuan berupa duit. Namun, mereka menafikan hal tersebut.

"Bila viral cerita tu, ramai muslim berderet datang ke gereja nak duit bila viral baru setiap tahun. Sama macam masjid, mereka bantu jemaah Church bila susah, itupun budi bicara."

Foto : MAIWP

Menjelaskan yang kemungkinan cerita itu timbul kerana derma daripada individu dan bukannya gereja, tetapi apabila diulang cerita oleh orang lain, sebaliknya pula diceritakan.

Netizen turut berpendapat bahawa ia adalah perkara biasa. Satu kesilapan akan menutup 1000 kebaikan lain.

Foto :Twitter
Foto : Wikipedia


Dengan ini, diharapkan lebih ramai yang mengetahui cerita yang sebenarnya. Bak kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia, "Tidak Pasti Jangan Kongsi" patut dibudayakan supaya tiada lagi cerita rekaan berligar di alam maya hingga menyusahkan pihak lain. - CARI

.
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 25-1-2021 01:23 PM
SHARING ni nature human being okk ostad

Biaq saya cite skit..

Ada soang ni terdampar..marooned kat pulauu..bangun2 pusing kepala ..tadak oang..dia soang..perut lapaqqqqq so dia hala ke utan kut ada buahan bleh makannn

Alamakkkk..nampak ada oang terbaring..mayat dah..matii..sedih..klo tk bleh jadi kawan

Oooppps apaa kat tangan mayat tuu..oooo buah berri hutannn..terus dia kata dlm hati mungkin berri hutan ni beracun..!!!

So dia terus jalann n dpt mkn buahan selain berri  tu..tup tup dia nmpk sampan hala ke pulau..awekkkk yuu..nk jadi cite blue lagoon laa kut..so dia pi berlari ke pantai n sambut

Hang sapaaa..pe dah jadi?

Pok pek pok pek sat dgn awek tu..pastu dia naik sore skit ahaaaa cik kak! Cik kak jangannn..jangan sentuh buah berri hutan tu tau

Why abam ensem?

Pesaiii berri tu beracunnnnn!! Okk..mkn buah lain

Sooo itu ler COMMUNIQUE in french COMMUNICATION in english Komunikasi in jawa ok ostad? We human naturally share any information aaa...the endddd..bes tak cite saya?

Quote yusryimran 25-1-2021 01:46 PM
tetapi kan mmg betul pusat zakat punya lah payah minta bantuan mcm2 dia nak its happen many times pada kawan2 ai single mum.. yang menanggung kakak OKU sakit jantung berlubang tolak mentah2 sbb my fren ada gaji. tp tidak kira pulak org tu single mum anak 2 org sekolah. byr rumah sewa lagi adoiii pitam
Quote nanies 25-1-2021 03:29 PM
takpe, kalo tak amanah, nnt menjawab la kat akhirat
Quote hakikat_hidup 25-1-2021 03:54 PM
Edited by hakikat_hidup at 25-1-2021 03:56 PM

Ada juga pernah dengar dari sebelah pihak Zakat ni juga..kadang2 bukan suka buat syarat ketat permohonan. Cuma mereka sekadar ingin lebih telus utk memberi bantuan kepada golongan sasaran sebenar.

Ada kes yang meminta bantuan terlalu meminta-minta sehingga tidak mahu langsung untuk berubah supaya keluar dari kesulitan mereka..ibarat dah bagi peha nak betis..dah pernah bantu tp mengharapkan batuan terus menerus tanpa perlu kerje, boleh goyang kaki dah dpt bantuan tetap tnp bekerja

Ada juga kes bile org Zakat dtg rumah yg nk dibantu tu dtg dlm pukul 11, masing2 dari bapa smpai ke anak2 masih tidur lagi, kene kejut baru bangun..menunjukkan apa..mereka sihat dah boleh bekerja berusaha utk cari rezeki tapi malas berusaha, rumah yg diziarah tu pula kotor ya robb..hanya tau meinta saja tapi bila tak dibantu mereka ni suka play victim

Maka timbulla cerita ni katenya gereje senang je bantu mereka, Zakat islam xnak bantu mereka..ini adalah salah satu contoh cerita sahaja..bnyk lagi kes2 culas lain sbb tu Zakat amat bertegas utk beri bantuan kpd yg benar2 susah dan memerlukan

Entahla..pokok pangkal berusahala utk keluar dari kesulitan..sekiranya sudah xmampu sgt pergila ikhtiar kan utk minta bantuan,,bukan usaha xda, ikhtiar xda tapi terus minta bantuan...my 2 cents
Quote lavendernovella 25-1-2021 05:18 PM
Suka tgk style ustaz ebit, jumpa depan2 , sah mmg perlu dibantu, terus bagi bantuan. 3 step jer. Sangat Efficient dan Effective.

Takyah isi borang2 dulu , cop2 sana cop sini , pengesahan2, kena sertakan gambar lagi. Yang makan masa entah berapa lama utk disempurnakan. Yang kena keluar modal sedangkan pemohon dah mmg susah. Pastu hantar borang , tunggu lagi , borang salah isi atau tak lengkap , ulang balik. Gitulah kisahnya.

Semoga dipermudahkan rezeki pada yang sedang kesulitan.  
Quote najib888 25-1-2021 07:21 PM
lavendernovella replied at 25-1-2021 05:18 PM
Suka tgk style ustaz ebit, jumpa depan2 , sah mmg perlu dibantu, terus bagi bantuan. 3 step jer. San ...

Ye.. betul. Cara UEL ni terus ke sasaran.  Tapi, ada keadaan juga, kaedah ini memberikan persepsi tak elok kepada masyarakat setempat yg dah masak dengan peel penerima bantuan; sehinggakan jatuh fitnah kepada pihak lain. Contohnya, keluarga Pak Aq kat kedah tahun lepas.

Mungkin beliau perlu cakna lepas ni, samada berhubung dengan pihak yg terdekat/berkaitan terlebih dahulu... ataupun buat sumbangan secara senyap-senyap. Apa pun, aku salute dgn kegigihan UEL ni.

Dalam artikel ni, aku bersetuju dengan pihak zakat. Tohmahan2 liar tu mmg bnyk sangat, sama je dengan JKM.. dulu ramai kot bash JKM pasal tak nak bantu.. aku ada kawan sorang di JKM.. cerita2 dia mmg membuka mata juga tentang realiti sebenar tentang penerima2 bantuan ni.. pelbagai cerita.. sehinggakan sampai ke hari ni, aku rasa, ada diantara org2 yg miskin ni; depa hidup miskin kerana depa punya choice. Dan yang betul-betul miskin amat jarang nak meminta2..

Quote chinta89 25-1-2021 10:48 PM
hakikat_hidup:    Edited by hakikat_hidup at 25-1-2021 03:56 PM  Ada juga pernah dengar dari sebelah pihak Zakat ni juga..kadang2 bukan suka buat syarat ketat permoho ...


Bak kata kawan iols yg kije bhgian kebajikan "ORANG SUSAH MEMANG PATUT SUSAH" dan ak mls explain pjg2 sb org susah ni kte tlg dia bkn nk mata kail tp nak ikan {:nose
Quote chinta89 25-1-2021 10:48 PM
hakikat_hidup:    Edited by hakikat_hidup at 25-1-2021 03:56 PM  Ada juga pernah dengar dari sebelah pihak Zakat ni juga..kadang2 bukan suka buat syarat ketat permoho ...


Bak kata kawan iols yg kije bhgian kebajikan "ORANG SUSAH MEMANG PATUT SUSAH" dan ak mls explain pjg2 sb org susah ni kte tlg dia bkn nk mata kail tp nak ikan {:nose
Quote Tijah87 26-1-2021 01:04 AM
Aku pun rasa lebih ikhlas menderma bila aku sendiri nak bagi bukan lepas dengar rintihan individu yg mintak bantuan. Tak kaya takpa, janji rajin berusaha, tak perlu meminta.
Quote lavendernovella 26-1-2021 03:34 AM
Edited by lavendernovella at 26-1-2021 03:52 AM
najib888 replied at 25-1-2021 07:21 PM
Ye.. betul. Cara UEL ni terus ke sasaran.  Tapi, ada keadaan juga, kaedah ini memberikan persepsi  ...


Pernah juga dgr kisah2 kat jkm tu, termasuk kisah2 berkaitan zakat. Betul, free loader mmg akan sentiasa ada, di mana2 zaman. Tapi jangan kerana freeloader2 ni , mereka yang sepatutnya boleh dapat bantuan dinafikan terus. Lagi2 yang mohon bantuan one-time-only.  Apapun diucapkan terima kasih keatas bantuan yg diberikan.

(Pernah dgr ceramah berkaitan topik ni kat radio, ada 8 golongan penerima, tapi cerita 3 jer.  Ceramah agama tu. Harapan saya, kalau nak sebarkan ilmu, biar penuh walaupun simple.)

Mcm kes pak aq tu, uel tu tgk f2f keadaan pak aq tu yang sangat2 helpless, terminally ill. Tu cetusan dia terus bantu on the spot. Tp persepsi masyarakat dan budaya tempatan dan setempat, ia dikira semacam jatuh fitnah (walaupun tak semua). Keluarga jenis sama macam tu kena berilmu baru tak jadi free loader selamanya. Anjakan ilmu takder. Macam mana nak maju, makan pun tak cukup zat. Perut sentiasa lapar. Fikiran jadi buntu dan tepu.

Quote lavendernovella 26-1-2021 03:38 AM
Edited by lavendernovella at 26-1-2021 03:43 AM
yusryimran replied at 25-1-2021 01:46 PM
tetapi kan mmg betul pusat zakat punya lah payah minta bantuan mcm2 dia nak its happen many times pa ...


Dorang datang rumah tak ? Tengok depan2?  
Sedihnya...  teringat kes arwah jiran sepasang suami isteri. Dah jadi sejarah pun. Semoga kawan2 uol tu murah rezeki.
Quote rogayahtop 26-1-2021 08:02 AM
Dah berdekad SOP nak verify org yg betul2 perlukan bantuan pun tak ada lg ke?

Apa kriteria yg diorang pakai nak verify? Guna sistem apa?  Ke based on hatibudinpekerja?

Kalau freeloader tu kenapa nak kisah bila sistem boleh verify?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.126996 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top