CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Papa Bagi Restu," -Anak Pendakwah Ridhuan Tee, Syafi Tee Jadi Pelakon

25-1-2021 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25457| Komen: 145

Restu ayah menjadi pegangan Syafi Tee, 28, dalam mengharungi cabaran dunia seni.

Anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ini beruntung kerana ayah yang dipanggil Papa, faham selok-belok dunia seni serta cabaran ditempuhi.




"Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru.

"Papa sudah 'masak' dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga," katanya kepada BH Online.

Syafi yang digilap bakat melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 menganggap cabaran dan ujian ada dalam setiap bidang pekerjaan.




"Cabaran dan ujian itu ada di mana-mana. Saya yang masih hijau ini kena sentiasa kuat.

"Semua nasihat Papa dan keluarga amat penting. Saya harap terus istiqamah dengan prinsip dan cara begini," kata anak kedua daripada enam beradik ini.

Antara pesanan Papa, kata Syafi, adalah soal menjaga batas bukan muhrim ketika berlakon.

Foto: IG

"Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun, mesti berlapik.

"Papa selalu ingatkan perkara itu. Pulang ke rumah, Papa pasti tegur dan nasihat supaya saya tidak buat perkara bukan-bukan di set penggambaran," katanya.

Syafi berkata, jika tidak selesa dengan mana-mana adegan, dia berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain termasuk sudut kamera ketika penggambaran.

Tambah Syafi, dia tidak pernah menyembunyikan status diri sebagai anak pendakwah terkenal sejak mula terjun ke dalam dunia seni.


Foto: IG

"Dalam kalangan kru dan pelakon, mereka tahu saya anak siapa. Saat mula perkenalkan diri, mereka sudah dapat mengagak," katanya.

Mengimbau perjalanan seninya, Syafi atau nama penuh, Mohd Syafi berkata, pada mulanya dia mahu mencari karier yang mempunyai waktu kerja anjal.

"Ketika itu, saya dalam proses menamatkan pengajian dalam bidang teknologi pembuatan di sebuah institusi pengajian tinggi.

"Jadi, saya cuba isi masa lapang dengan mencari kerja. Tidak terlintas menjadi pelakon dan penyertaan dalam DFKL 2019 membuka ruang saya," katanya.



Syafi mengaku seronok menimba pengalaman menjadi pelakon.

"Cuma sejak pandemik COVID-19 menular, kerja lakonan tertunda dan bersambung apabila keadaan terkawal.

"Ketika fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya sedang menjalani penggambaran drama Dear Cinta," katanya yang sempat menyertai misi bantuan banjir bersama Youth Care di Segamat, Johor, baru-baru ini.

Sejak dua tahun bergelar pelakon, Syafi membintangi beberapa drama terbitan TV3 seperti Ironi Kasih, Tuan Danial, So Kampung, Tragedi Balik Kampung dan terbaru, Hadiah Dari Tuhan. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 25-1-2021 12:29 PM
Musim anak setad setazah mendonia.. ade tak pecah ovari tgk
Quote gummiebear 25-1-2021 12:37 PM
Dah lama sangat iols tak tengok drama melayu. Tak sedar kewujudan pelakon helokk camni
Quote Tudungpink 25-1-2021 12:46 PM
Helok ko dik
Semoga berjaya if berbakat..
Quote toxicated 25-1-2021 12:51 PM
Elok kejadian awak dek.
Quote wak_pijah 25-1-2021 12:52 PM
Fuiyoo mcm korean, mak dia org melayu atau chinese juga?
Quote oklatu85 25-1-2021 12:57 PM
Suara dia..sebijik suara bam tah..hahah
Quote idril 25-1-2021 12:59 PM
ok, akak approved. akak suka muka oriental mcm neh
Quote September14 25-1-2021 01:00 PM
Helok jgk aummm dap
Quote TerataiMelur02 25-1-2021 01:03 PM
@Kurex .. Rasanya dah boleh tinggalkan zul ripin. Ada ni ha yang helok, muda lagi
Quote woven11 25-1-2021 01:05 PM
Lahh anak ridhuan tee rupanya. Muka sepesen. Heols ni pandai gak berlakon tak kayu. Tgk dalam cite mimpi mona tu not bad jugak heshe. Harap maintain decent personality camni. Jgn jadi mcm hun haqeem sudah.
Quote hatikudus 25-1-2021 01:05 PM
Ooo anak Ridhuan Tee rupanya...ada perasan muka baru dlm drama hadiah dr tuhan tp tak tau plak anak penceramah terkenal rupanya. Ensem jugaklah kejadiannya...
Quote YomiuriLandMae 25-1-2021 01:11 PM
oooo dah tua gak eh 28.. ingatkan umur saing2 hero remaja.. 25 ke bawah..
Quote Ferr_Remy 25-1-2021 01:12 PM
bau2 gb tu kuat berdasarkan insta yg die follow hahaha
Quote hasniey 25-1-2021 01:14 PM
Owhhh anak ridhuan tee rupanya...tiba2 muncul igt dr hero remaja.ada jgk trtengok kt tv3.cite apa tah
Quote nazhidd 25-1-2021 01:17 PM
dia berlakon dgn sweet qismina & fattah tu . confuse dgr suara dia dgn fattah mcm lebih krg je
Quote flyzpiz 25-1-2021 01:20 PM
Ferr_Remy replied at 25-1-2021 01:12 PM
bau2 gb tu kuat berdasarkan insta yg die follow hahaha

Ye ke mader? Iolss rasakam dia lurus sajorrr. Liverpool pun dia follow
Quote mamajawie 25-1-2021 01:23 PM
woven11 replied at 25-1-2021 01:05 PM
Lahh anak ridhuan tee rupanya. Muka sepesen. Heols ni pandai gak berlakon tak kayu. Tgk dalam cite m ...

mgkin xkan jadi cm hun hunk tu kot sbab apak dia da bagi warning awal2 tu jgan burukkan nama keluarga..lagi la apak dia ni public figure..btw herloknyehhh la mamat ni xberlakon kayu cm bamtah mse citer pink smile tu..

Quote bambimbom 25-1-2021 01:25 PM
wow... merecik...
Quote me12345 25-1-2021 01:31 PM
Korean look...bakal di puja oleh malaya.

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.225438 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top