CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Takut Bersuara Bantah Darurat - Tun M

25-1-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2510| Komen: 19

Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa sebilangan besar rakyat tidak bersetuju dengan perintah Ordinan Darurat yang dikenakan di seluruh negara ketika ini.

Memetik catatan di blog chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata soal selidik dijalankan mendapati ramai yang gusar dan takut untuk menyatakan pandangan mereka.



Kredit foto: Head Topics

“Kami cuba dapat ramai orang untuk memberi pendapat berkenaan darurat. Ramai mereka yang berpendapat darurat tidak perlu. Mereka sebut beberapa sebab mereka berpendapat demikian.

“Mereka jelaskan tetapi ternampak mereka dalam ketakutan. Mereka rendah suara sambil memandang sekeliling mereka dan mereka pun pesan jangan bagi tahu sesiapa berkenaan pendapat mereka,” katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara.


Titah baginda, ia sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Darurat yang dikenakan sehingga 1 Ogos pada masa sama menyaksikan sidang Dewan Rakyat digantung buat sementara waktu.

Sementara itu, Dr Mahathir mendakwa ramai di kalangan responden enggan menandatangani petisyen agar darurat ditarik semula.

Jelasnya, rata-rata responden gusar dikenakan tindakan undang-undang jika menyatakan bantahan terhadap darurat.

“Mereka takut kerana kerajaan penuh kuasa dan boleh buat apa sahaja kepada mereka. Denda sebanyak RM5 juta dan penjara 10 tahun. Tidak boleh dapat perlindungan undang-undang.

“Saya cuba jelas kerajaan tidak boleh buat begitu. Tetapi mereka tidak berasa senang. Disuruh tandatangan surat rayuan supaya darurat ditarik balik, mereka tolak,” katanya lagi.


Sumber: ProjekMM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 25-1-2021 12:56 PM
Darurat tak kaco rakyat..so nk bantah wat pe

Darurat kaco politaik mcm atok

Tokleh prk pru tokleh sidang parlimen..dun

Tokleh kempen itu ini..sammmmmmpai 7 OGOS 2021 ahahahaha

Atok dpt gaji bute ok laa tu..pesai nk hasut rakyat

Rakyat terganggu cuma dgn pkp nate sme tu je..sebab pkp sekolah pun kelam kabut..caca marba..nak cari mkn susah sb pkp..bukan sb daruratttt

Atokk toksah nk tipu saya laaaa...botak tu bleh la ko tipu mat maslan ke semburito ke..okkk haaa
Quote epuepy 25-1-2021 01:07 PM
Tun. Rakyat sokong darurat. Kami lagi benci politaik yg x habis2 pentingkan diri.
Quote September14 25-1-2021 01:09 PM
Darurat politaik ni setuju jer... klu x, x habis2 ada nombor ada nombor. Ada nombor waklu
Quote Lagubestbest 25-1-2021 01:09 PM
rakyat tu sape? boboi ke?
Quote Rahah 25-1-2021 01:45 PM
Iols okay je tun...
Quote unoryah 25-1-2021 01:52 PM
akupun ok je Tun
Quote dizekni 25-1-2021 01:55 PM
Darurat di tangan kerajaan yang kukuh dan stabil memang bagus

cuma midin ni tak ada situasi tu
Quote ally9970 25-1-2021 02:47 PM
Saya dengan berani dan tanpa rasa takut dengan ini menyatakan tak kisah pun dengan darurat ni..
Quote lailies 25-1-2021 03:37 PM
darurat x kacau rakyat pun...kami ok je..
Quote Adrif 25-1-2021 03:58 PM
epuepy replied at 25-1-2021 01:07 PM
Tun. Rakyat sokong darurat. Kami lagi benci politaik yg x habis2 pentingkan diri.

setuju. saya agak neutral tentang darurat ni. tidak menyokong dan tidak menentang.dan so far takde rasa negatif mengenai darurat ni. malah, rasa selesa sebab bukan ahli politik yang memegang kuasa lagi.


ahli politik Malaysia setakat ni dah terlalu banyak salah guna kuasa dan memalukan Malaysia di mata dunia
rakyat menjadi mangsa. kebajikan terabai. lapar, miskin, sakit, mati, semua tak peduli.
cuma nampak batang hidung, bila pilihanraya

undi satu badut, dapat satu sarkis
dan saya tidak menuding secara spesifik kepada sesiapa, tetapi kepada umum semuanya
dewan rakyat macam tengok raja lawak.
Quote hatikudus 25-1-2021 04:06 PM
Apa hal plak rakyat takut nak bantah darurat? Klu rakyat tak byk bunyi tu maknanya takde atau kurang bantahan...ko je yg perasan tun oiii....yg bangkang tu politaik2 nokharom je
Quote karlnurani 25-1-2021 04:11 PM
jangan jadikan rakyat sebagai alasan nafsu politik kau la babiiiiiii, masa covid sampai ko yg jadi PM la siallll, apa langkah preventive yg ko ambik? letak kat kandang lembu? hhhaah apo?
Quote freesia71 25-1-2021 04:31 PM
epuepy replied at 25-1-2021 01:07 PM
Tun. Rakyat sokong darurat. Kami lagi benci politaik yg x habis2 pentingkan diri.

Ye betulllllllll
Quote najib888 25-1-2021 08:38 PM
karlnurani replied at 25-1-2021 04:11 PM
jangan jadikan rakyat sebagai alasan nafsu politik kau la babiiiiiii, masa covid sampai ko yg jadi P ...

Pueh hati aku.. terima kasih atas komen ni..
Quote auntyonion 25-1-2021 09:09 PM
panjang betul umo si tua ni{:nose
Quote tumpanglalu74 25-1-2021 09:11 PM
Atok bila nak mati?  Soklan iklas..
Quote MissYouSayang 25-1-2021 09:15 PM
Kelakau bace komen sorg2...skrg ni mmg la korg kecam tun m sbb masing2 x nmpk apa yg tgh berlaku..nati dah terkena batang hidung sendiri, iols senyum sinis jah....mulut org tua ni masin tau...hehehe
Quote liyamariska 26-1-2021 12:36 AM
Adrif replied at 25-1-2021 03:58 PM
setuju. saya agak neutral tentang darurat ni. tidak menyokong dan tidak menentang.dan so far takde ...

Tertarik dgn kenyataan ni,

Undi satu badut, dpt satu sarkas...
Quote Ain_h 26-1-2021 11:55 AM
Yeke Dr. M

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.050594 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top