CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Cuma Penyampai" - Dr Noor Hisham Dituduh Angkuh Buat Keputusan

25-1-2021 08:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5819| Komen: 32

Tanggapan bahawa hanya Ketua Pengarah Kesihatan yang membuat setiap keputusan membabitkan COVID-19 adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah keputusan bersama daripada pelbagai pakar dalam Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk di bahagian Kesihatan Awam, hospital dan klinik bawah kementerian itu.



Kredit foto: Head Topics

Beliau berkata, setiap hari semua pihak terbabit akan bertemu dan membincangkan segala aspek dan isu yang berbangkit membabitkan COVID-19 sebelum sebarang keputusan dan pengumuman serta perkongsian akan dibuat dan diumumkan olehnya.

"Kadangkala orang menyerang saya saja, mengatakan saya angkuh tetapi bukan saja saja yang membuat keputusan.

"Pandangan yang saya berikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan orang ramai adalah pandangan daripada KKM.


"I am only a messenger," katanya pada sesi taklimat petang tadi.

Beliau berkata, ada ramai orang yang terbabit dalam membuat setiap keputusan dan beliau serta pasukannya menilai dan memahami setiap data serta fakta dikemukakan sebelum ia dipermudah dan dikongsikan bersama-sama pihak media.


Sumber: BH Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jamilahpropa 25-1-2021 08:24 PM
Makin ramai yg mental down sejak covid nih..
Semua benda nak kecam!

Biar la dr hisham ni bg buah fikiran yg bernas sbb menteri n ahli politik semua nampaknya tak berfungsi di waktu genting mcm ni..
Quote safriehalim 25-1-2021 08:26 PM
Bukan mudah untuk kerajaan melakukan total lockdown. Perlaksanaan PKP 1 dulu pun kesan ekonominya masih dirasa sehingga kini.

Bagi pendapat peribadi,  kerajaan perlu kekalkan PKP 2.0 dengan SOP yg macam ni, sementara menunggu vaksin sampai.

Apabila vaksin fasa 1 sampai pada  hujung Feb nanti, ianya boleh ditumpukan kepada pemimpin dan frontliner termasuk juga guru-guru.

Pada fasa 2  iaitu pada bulan Mac nanti, pengagihan vaksin boleh disasarkan kepada warga emas dan mereka yg menghidap penyakit kronik.

Kemudian pada fasa 3 pula,  vaksin boleh disasarkan  kepada mereka yg kerja di sektor pengilangan dan pembinaan.

Pada fasa 4, pengagihan vaksin boleh ditumpukan kepada mereka yg tinggal di negeri yg masih  di Zon Merah.

Kes penularan Covid-19 masih lagi dalam purata 3+++ untuk tempoh 2 minggu ni, maksudnya PKP 2.0 masih lagi terkawal.

Jika cara vaksin diagihkan itu betul , mungkin pada bulan 6 nanti, penularan Covid-19 akan kembali menurun.

P/S : Harap kita semua dapat bersama bertahan mematuhi SOP sedia ada sementara menunggu bekalan vaksin sampai.
Quote safriehalim 25-1-2021 08:27 PM
Bukan mudah untuk kerajaan melakukan total lockdown. Perlaksanaan PKP 1 dulu pun kesan ekonominya masih dirasa sehingga kini.

Bagi pendapat peribadi,  kerajaan perlu kekalkan PKP 2.0 dengan SOP yg macam ni, sementara menunggu vaksin sampai.

Apabila vaksin fasa 1 sampai pada  hujung Feb nanti, ianya boleh ditumpukan kepada pemimpin dan frontliner termasuk juga guru-guru.

Pada fasa 2  iaitu pada bulan Mac nanti, pengagihan vaksin boleh disasarkan kepada warga emas dan mereka yg menghidap penyakit kronik.

Kemudian pada fasa 3 pula,  vaksin boleh disasarkan  kepada mereka yg kerja di sektor pengilangan dan pembinaan.

Pada fasa 4, pengagihan vaksin boleh ditumpukan kepada mereka yg tinggal di negeri yg masih  di Zon Merah.

Kes penularan Covid-19 masih lagi dalam purata 3+++ untuk tempoh 2 minggu ni, maksudnya PKP 2.0 masih lagi terkawal.

Jika cara vaksin diagihkan itu betul , mungkin pada bulan 6 nanti, penularan Covid-19 akan kembali menurun.

P/S : Harap kita semua dapat bersama bertahan mematuhi SOP sedia ada sementara menunggu bekalan vaksin sampai.
Quote jerukkedondong 25-1-2021 08:28 PM

"I am only a messenger''
Kesian nya tgk DG ni..
Quote CiliPadiSedap 25-1-2021 08:36 PM
safriehalim replied at 25-1-2021 08:27 PM
Bukan mudah untuk kerajaan melakukan total lockdown. Perlaksanaan PKP 1 dulu pun kesan ekonominya ma ...

ada pun forumer sehala fikiran dengan kaka. tq ur idea bernas. ekonomi sme dh runtuh ramai berniaga tak pulang modal. ni bukan masalah fb ads marketing or masalah mindset ni masalah ekonomi meleset dan gov sebagai policy maker kena cerdik dan adil kepada rakyat.
Quote ekod79 25-1-2021 08:58 PM
Don't shoot the messenger. But the master played smart.
Quote rogayahtop 25-1-2021 09:11 PM
Please la DG ni jauh lagi bagus dr Dr Zul tu yg buat decision tak guna psikologi. Kalau boleh semua benda nak haramkan dr ganja, ketum, sampai la rokok. Thailand seronok dah boleh jana ekonomi, boleh buat research pasal ganja, pasal kratom, kat malaysia ni doktor2 bongok nerd still mentaliti hisap ganja budak jahat lmao.

Quote EvieWanKenobi 25-1-2021 09:31 PM
u were not born to please anyone..
just keep going..
Quote chandrahusin 25-1-2021 09:36 PM
Manusia ni mmg mcm
Dulu DG tak becakap
Kutuk Menteri tak bagi chan kat DG
DG dh becakap pun salah jgk
Apa kamu mau manusia
Quote sawi_bayam 25-1-2021 10:46 PM
Dia pun dah stres. Hampeh punya menteri2.  Huhu. {:yameteh
Quote sawi_bayam 25-1-2021 10:47 PM
rogayahtop: Please la DG ni jauh lagi bagus dr Dr Zul tu yg buat decision tak guna psikologi. Kalau boleh semua benda nak haramkan dr ganja, ketum, sampai la roko ...

Huhu. Adham Baba lagi tak berfungsi. Kahkah. Ko ni mesti perokok tegar yang menyembur asap kat orang bila makan khen. Urghhh
Quote ejans 25-1-2021 11:00 PM
Tak payah lah salahkan gomen lagi.
Kadang rakyat marhaen yg memang bekerja dkt opis ni tgk igs penuhh sop ke laut. Leh makan dekat2 gurau2 dekat2 dlm office. Lansungg x ada sop.. pastu opis rmi positif,tutop, boss potong gaji marahkann gomen. Kalau kluster kilang tu pahamlahh pekerja asing duduk hostel ramai2.. ni tgk opis2 yg paling2 jawatan semua degree holder. Tu pong x boleh pikirr
Quote Carcosa 25-1-2021 11:29 PM
Siannye dia.. Me'ols terusan ada soft spot dkt DG ni
Quote Innrukia 25-1-2021 11:40 PM
ejans replied at 25-1-2021 11:00 PM
Tak payah lah salahkan gomen lagi.
Kadang rakyat marhaen yg memang bekerja dkt opis ni tgk igs penu ...

we share the same sentiment. Meluat dah aih baca asyik blame sana sini. Padahal, diri sendiri & org keliling pun tak jaga SOP etc. Imagine kita nk control family sendiri yg 2-3 org pun susah. Apatah lagi kerajaan. Kang ada la malaun yg mai kata aku bodoh support backdoor gomen. Padahal time mcm ni kenala bersatu & betul2 jaga sama sendiri.
Duk expect kerajaan bawak rotan libas hari-hari. Mcm tu punya attitude mmg smpai bila pun kena PKP ala yg 1st dulu. Padahal dah dekat setahun takkan tak cakna SOP & pentingnya follow SOP? Utk sapa? kita jugak... nk jalan ekonomi mcm mn kalo masing-masing duk rasa diri betul..kerajaan je yg salah.
Quote jamilahpropa 26-1-2021 12:03 AM
Innrukia replied at 25-1-2021 11:40 PM
we share the same sentiment. Meluat dah aih baca asyik blame sana sini. Padahal, diri sendiri & or ...

Betui.. sejak covid melanda ni sakit otak tengok perangai rakyat malaysia.. aku rasa kalau tun m still PM pun sure sakit otak nak handle situasi skrg.. skrg memasing nak kecam salahkan sana sini.. hakikatnya semua tak nak bersatu perangi covid..
yg bestnya musim covid ni la semua perangai politician ni terbongkar.. sekor pun tak boleh percaya..
biar jelah abah jadi PM, yg lain tu bukan lagi ok tapi lagi teruk mcm2 isu sebelum ni..
Musim covid lagi laa, makin jelas motif memasing jadi wakil rakyat..semua nak duit semata!
Yang turun padang, yg risaukan negara balik2 ebit lew, dr hisham, agong..
Yang lain semua hancur!
Quote CikYaYaYa 26-1-2021 12:10 AM
DG pon dah stress.. Mana nk lyn covid lg org duk cerca diaa lagii nk lyn prngai tah pape org atasan lagii.. Tah napa laa org duk slh kn dg. Bukn dia pon buat keputusan. Dah kalu dia nasiht mcm2 org atsn xnk dengr dia nk bt apa lagii.. Dia hanya laa pnjawat awam biasaa sajoo.. Patut nya cerca menteri kshtn to
Ad pon mcm xdaa...
Quote chinta89 26-1-2021 03:06 AM
Malaysia ni buat ape pun semua x kena semua nk komplen hujung2 compare ngan negara lain. Klau dlu duk agungkan amerika n jepun. Skg blh lg ke nk mcm tuhhh bab covid? {:nose
Quote Perawankota 26-1-2021 04:25 AM
Harap2 DG x jatuh sakit dok mikir pasal rakyat
Quote blastoff 26-1-2021 04:41 AM
Edited by blastoff at 26-1-2021 04:45 AM

alahai digelar angkuh pun nak stress terlampau padahal bukannya terjejas pendapatan satu sen pungg, awat manja bebenorr dan lemahnyaaa jiwa gitu
rakyat jelata dikeji netizen day in day out hinggakan ke peringkat nak mengadu ditindas SOP kat media pun tak senang di buatnya kerana di serang netizen dgn maki hamun itu ini .....

padahal hidup rakyat jelata bukan stakat kena maki hamun oleh netizen tapi depa gak terjejas pendapatan hingga ada yg terpaksa menagih simpati utk sesuap nasi buat kluarganya kerana tak masuk pendapatan time PKP ....itu baru layak stress terlampau .
So apabila DG mengadu di media gitu dia terima pujian dan simpati netizen melangit, apabila rakyat gi mengadu kat media dapat maki hamun certain netizen lah plakkk.... awat CERTAIN netizen pun dah pandai berdouble standard ehhhh sama mcm pangai kerajaan pojaan hati depa lah gakk kannn







Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.250115 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top