CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Itu Semua Prank Untuk 'Jentik' KKM"

25-1-2021 08:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11373| Komen: 102

Kecoh di media sosial mengenai seorang pemuda yang disahkan positif Covid-19 tetapi mendakwa dirinya keluar ke tempat awam.


Gambar hiasan


Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh individu berkenaan di laman Facebook miliknya memaklumkan menerima keputusan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang dibuat di sebuah klinik swasta di Ampang, Selangor pada 20 Januari 2021.

Sehingga hari ketiga disahkan positif Covid-19, lelaki terbabit mendakwa tiada sebarang maklumat atau panggilan telefon daripada pejabat kesihatan daerah (PKD).

"Nak beritahu juga sepanjang tiga hari ni abam bebas keluar masuk rumah membeli makanan, shopping dan menyebarkan virus ini kepada orang ramai," katanya.



Pengakuan tersebut membangkitkan kemarahan netizen kerana sifat tidak bertanggungjawabnya terutama negara kini mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19.

Seorang peguam di laman Facebook berasingan kemudian tampil menjelaskan bahawa dia akan bertindak mewakili rakannya yang digelarnya sebagai Encik F, sekiranya pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan kekecohan yang ditimbulkan lelaki itu.

Peguam wanita itu berkata, Encik F mengadu mengalami beberapa gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, hilang selera makan dan hilang deria bau.

Jelasnya, status yang dimuat naik oleh Encik F di Facebook bertarikh 22 Januari 2021 ditulis semata-mata untuk mendapatkan perhatian segera pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Netizen kena prank. Saya tidak setuju dengan prank sebegini. Tapi tidak dinafikan, ia telah mewujudkan kesedaran kepada kita semua," katanya.



Menurut peguam berkenaan, Encik F berkali-kali menghubungi PKD sejak 20 Januari dan menunggu diambil oleh ambulans untuk dibawa ke mana-mana pusat kuarantin.

Ini katanya disebabkan beberapa faktor iaitu rumah sewa Encik F sangat kecil dan tidak sesuai untuk menjalani kuarantin kendiri selain mempunyai lima rakan serumah yang semuanya negatif Covid-19.

"Encik F sepanjang masa bersiap sedia untuk dihantar ke mana-mana pusat kuarantin, agar beliau tidak menjangkiti orang lain di sekelilingnya. Malangnya pihak KKM begitu lambat untuk bertindak.

"Kerana itulah Encik F 'jentik' KKM melalui status Facebook tersebut. Bagaimana agaknya reaksi semua orang jika menyedari ada manusia yang positif Covid-19 sedang berlegar di sekeliling mereka?" soalnya.


Kredit foto: FB/mStar

Terkini, Encik F menerusi postingnya pada Isnin memaklumkan bahawa PKD Hulu Langat memintanya datang membuat ujian Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) untuk pengesahan Covid-19.

"PKD Hulu Langat call suruh datang buat PCR. Tiba hari ni bila abam dah sampai kat tempat PKD ni, yang bertugas ni kata kat sini tak buat PCR, hanya keluarkan surat pelepasan saja," dakwa Encik F bagaimanapun tidak mengetahui apakah surat pelepasan yang dimaksudkan.

Setakat berita ini ditulis, usaha mStar untuk mendapatkan komen PKD Hulu Langat berhubung isu tersebut belum berhasil.


Sumber: mStar

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • greantea

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 25-1-2021 09:03 PM
kwn aku dpt tau dia positif hari ahad harini pon kkm xambil dia lgi. biasanya brp lama kena tgu kkm dtg ambil?
Quote rogayahtop 25-1-2021 09:07 PM
Bongoknya dua2 ekor. Peguam bongok tu ingatkan netizen selama ni tak sedar ke pembawa virus kobid tu berlegar2 kat keliling lmao.

Yg encik fookey ni pun biul macam la kalau org bertembung dgn dia otomatik virus kobid tu masuk dlm hidung org.

Ada kobid duduk je la kat rumah tu kuarantin psl kkm tgk risk level sebelum dikuarantin. Kalau bulan 3 dulu mmg la boleh sumbat semua pusat kuarantin, ni dah berpuluh k kes aktif nak sumbat celah mana.

Tulah sendiri jaga sendiri. Dahla kena cobid, lepas tu buat perangai.

KKM pun tolong la buat grafik simple whatsapp dekat yg positif ni info yg diorang kena tahu. Apa yg perlu dibuat, apa treatment yg boleh buat sendiri. Tak perlu nak infografik kes pulih lip lap tiap2 hari.



Quote Adrif 25-1-2021 09:40 PM
the boy who cry wolf?macam nak marah, tapi macam ada betulnya cara dia tu.

maksud saya, dalam situasi dia, bila disahkan positif, tapi keadaan hidup dia terdesak, tak boleh nak self-quarantine, sebab rumah kecik, ramai, etc. risiko menjangkiti orang sekeliling dia sangatlah tinggi.
dia terpaksa cari cara lain untuk mendapat perhatian KKM.. juga, meningkatkan kesedaran orang lain..

untuk waktu lain, mungkin aku pun join marah.
tapi bila dalam keadaan terdesak, dan dengan keadaan negara nazak kes positif mencanak setiap hari, ini perlukan perhatian tinggi juga.
since benda dah jadi, kita tunggu dan lihat apa tindakan pihak berkuasa?
Quote Normabaru 25-1-2021 09:56 PM
baik ko prank gini...

pesakit covid kuarantin diri smpi nak bunuh diri tertekan kuarantin sorg2

KKM ni dah darurat pon xmo pakai staff swasta.. Sbb xde bajet.. Walhal dah setahun kes ni xelok2 walhal sg dgn brunei elok je Aman2..xsempat fikir ke cmne. Oh lupa asik nk gaduh kan
Quote PEPPERMAN 25-1-2021 10:02 PM
mungkin KKM belum dapat ambil sebab ada kekangan sendiri, tambahan pula kes yang meningkat sangat maju?
so apakah dia takda rasa ehsan, setidaknya kepada diri sendri atau keluarga, lalu usaha semampu mungkin untuk mengelakkan jangkitan pada orang lain?
Quote shernazz 25-1-2021 10:06 PM
Kawan iols positip covid
Tapi takde simptom
Dinasihatkan.kuarantin di rumah saja
Selama 14 hari seeloknya......
Van kkm.tak.amek kalau takde simptom..
Kuarantin kat rumah aje
Quote opie5662 25-1-2021 10:25 PM
airmineral: kwn aku dpt tau dia positif hari ahad harini pon kkm xambil dia lgi. biasanya brp lama kena tgu kkm dtg ambil?


Skrg ni ramai sgt pesakit.... Tak sempat nk kejar semua. Lagipon tempat makin kurang... Diutamakan utk org yg berisiko.. Kalau yg biase2 mmg kuaranton kt rumah je
Quote GigaMom 25-1-2021 11:04 PM
shernazz: Kawan iols positip covidTapi takde simptomDinasihatkan.kuarantin di rumah sajaSelama 14 hari seeloknya......Van kkm.tak.amek kalau takde simptom..Kuar ...


Klu rumh kecil
Mmg sengsarala kuarantin
Bilik pula maks 2
Adik bersdik ramai
Uhuuu sedihnya
Quote Lolalala 25-1-2021 11:05 PM
opie5662: Skrg ni ramai sgt pesakit.... Tak sempat nk kejar semua. Lagipon tempat makin kurang... Diutamakan utk org yg berisiko.. Kalau yg biase2 mmg kuaranton ...


Kat sini pun kuarantin di rumah je. Pihak MO kena tolong layan yg kena kuarantin (hantar makanan/barang yg dioder/buang sampah). KKM pesan pada mereka, jika sesak nafas terus call Ambulans.
Quote chinta89 26-1-2021 03:08 AM
Ko ingat ko sekor je org kena bg perhatian? Org tgh btungkus lumus byk kes nk setle, ko buat gini??
Quote AshKetchum 26-1-2021 07:28 AM
topoki kau la hanat. dah positip covid tu tak reti2 ke nak kuarantin jah kat rumah? ke ko nak kena dicampak ke kandang babi baru reti nak duduk diam hah babi?
Quote AshKetchum 26-1-2021 07:34 AM
Edited by AshKetchum at 26-1-2021 07:43 AM

Quote AshKetchum 26-1-2021 07:36 AM
bukan main seronok la kau ye sebab ada lawyer bekap

Quote ultra78 26-1-2021 07:46 AM
Tak perlu prank. Sila bunuh diri terus
Quote rukia2 26-1-2021 09:44 AM
menyirap plak baca berita ni pagi2
Quote MadameOnion 26-1-2021 10:13 AM
masalah dgn klinik/pusat perubatan/makmal swasta sbb bila buak rtk antigen result positive depa lepas tangan dan tak notify cprc..sepatutnya bila rtk antigen positive boleh terus proceed dgn pcr test dan notify pejabat kesihatan daerah atau cprc negeri..kenapa nak jentik or salahkan kkm? kami mmg taktau ampa positive kalau takdak sapa notify
Quote mizzmimi 26-1-2021 10:15 AM
Engkau pun boleh pegi mampos jugak buat status mengundang. Lagi cepat lagi bagos.
Quote hatikudus 26-1-2021 10:21 AM
chinta89 replied at 26-1-2021 03:08 AM
Ko ingat ko sekor je org kena bg perhatian? Org tgh btungkus lumus byk kes nk setle, ko buat gini??

kannn...elok angkut campak dlm hutan simpan...hah kuarantin la sorang2 sana seluas alam
Quote blastoff 26-1-2021 10:33 AM
Edited by blastoff at 26-1-2021 10:35 AM
MadameOnion replied at 26-1-2021 10:13 AM
.kenapa nak jentik or salahkan kkm? kami mmg taktau ampa positive kalau takdak sapa notify

hampa yakni KKM tau dak yg ubat cacing mujarab utk bunuh virus covid dari peringkat pencegahan hingga ke peringkat ICU yg senang sgt2 utk KKM dapatkan dgn banyak utk diberi pada semua para pesakit di seluruh malaysia agar boleh bunuh virus nih tanpa perlu risau lagi dah penularannya ?
RM 5 hinggit je sekali cucuk ( kredit to forummer hannamontana yg bagitau harga semurah tu ) ...so kenapa KKM sanggup membiarkan hospital2 sesak tak terkira dgn para pesakit covid yg makin melarat menderita tuh tanpa ada usaha langsung utk provide depa dgn ubat cacing ittew ?


KKM yg membuatkan rakyat putus asa utk bertindak sendiri makan ubat kat rumah dgn menakut2 kan depa yg penyakit nih tarak ubat kenkononnn, no wonder lah yg kena virus nih jadi panik utk tinggal sensorang kat rumah kerana dia takut jadi apa2 kat dia kang tak sempat nak diselamatkan lah nanti,
lalu apabila depa jadi begitu dependent kat KKM kenapa nak salahkan para pesakit tuh sedangkan depa jadi gitu kerana KKM gakkk yg suka sembunyi maklumat ubat dari depa.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056405 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top