CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKP Hingga 4 Februari, Tidak Akan Disambung - Dr Noor Hisham

25-1-2021 09:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13358| Komen: 148




PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.

Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.

"Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.




"Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.

"Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka," katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.




Sumber ; BeritaHarian
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • DayangKirana

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 25-1-2021 09:47 PM
bagi raya cina dulu ke tu.. kita tunggu 14 feb pulak.harap tak uturn untuk pkp lg ketat je. yg sektor ekonomi tutup semua macam yg dihebohkan  
Quote caprut 25-1-2021 09:49 PM
wnwa05 replied at 25-1-2021 09:47 PM
bagi raya cina dulu ke tu.. kita tunggu 14 feb pulak.harap tak uturn untuk pkp lg ketat je. yg sekto ...

Dlm thread satu lg dia hnya messenger. Skrg mcm dia pula yg decide smbung ke tak. Pelik tk pelik?
Quote auntieagony 25-1-2021 09:50 PM
Oklah kalau mcm tu. Harap2 no U-turn.

Semoga angka kes baru covid menurun dgn kadar pantas. Insya Allah.

Semoga vaksin covid cepat dpt dan diagihkan. Insya Allah

Auntie dah terasa sedikit "jelaous" bila tengok kat tv negara2 lain dah byk lakukan suntikan vaksin.
Quote Normabaru 25-1-2021 09:53 PM
sorg kata sambung.. sorg kata tak.. sorg lagi cakap kena tengok keadaan.. Comment free style ke mcm mana ni
Quote TerataiMelur02 25-1-2021 09:54 PM
Apa2 je laaa
Quote CiliPadiSedap 25-1-2021 09:55 PM
wnwa05 replied at 25-1-2021 09:47 PM
bagi raya cina dulu ke tu.. kita tunggu 14 feb pulak.harap tak uturn untuk pkp lg ketat je. yg sekto ...

yes kaka rasa it will happen. sbb tu dh restock sikit2 berjaga jaga.
Quote Oroi8887 25-1-2021 09:59 PM
Klu mcm tu baik takyah pkp la skg ni... Pkpb  pun takyah. Hidup mcm biasa je.
Quote meteorspeed 25-1-2021 10:01 PM
Oroi8887 replied at 25-1-2021 09:59 PM
Klu mcm tu baik takyah pkp la skg ni... Pkpb  pun takyah. Hidup mcm biasa je.

Kan.. Aku tgk kes makin naik.. Aku pin tak tau la pemikiran deme nie.. Deme nie tak dak wasap group ker
Quote tapirbiru 25-1-2021 10:01 PM
DG pun dh gila aku rasa
Quote JunkMail 25-1-2021 10:02 PM
Sukati koranglah. Aku tunggu 4hb tengok apa update. Bukan boleh Caya sangat kerajaan ni. Diorang ni takde group wasap untuk diskas. .cakap tak tepat masing masingnya.
Quote Eliadaisy83 25-1-2021 10:03 PM
Kerajaan caca marba..kejap macam ni, kejap macamtu..tahulah yg berjawatan kt atas tu tak terkesan.
Quote mikasa 25-1-2021 10:05 PM
Tolong laa kasi menteri kesihatan pulak bercakap pasal covid..pasal MKN boleh pulak menteri pertahanan..
Quote harkktuih 25-1-2021 10:06 PM
Demi nak bg memasing balik kg raya cina.. Lepas rentas negeri dibenarkan, kes naik, salahkan rakyat x reti jaga sop.. Pastu pkp balik.. Dekat nak raya tukar balik jd pkpb semata nak bg acik2 beraya kat kg... Pastu smp abg jamil mampos dok ulang2 gini..
Quote Oroi8887 25-1-2021 10:07 PM
meteorspeed replied at 25-1-2021 10:01 PM
Kan.. Aku tgk kes makin naik.. Aku pin tak tau la pemikiran deme nie.. Deme nie tak dak wasap grou ...

Ntah la. Makin kelaut dorang2 ni. Masing2 ada statement masing2.  Klu nak buat pkp or pkpb tu biarlah tegas, buang masa aje pkp 1.0 tu . Bila pkpb, semua dah longgar. Dgn muntri2 sekali tak follow sop. Otak kat mana ntah
Quote putericahaya999 25-1-2021 10:09 PM
Buat biasa2 je bos


Xyah swab

Xyah umum hari2

Xyah pkp. Pkpb ni

Semua sektor buka

Lega cam tu


Kita lawan covid sama2
Quote Suchi 25-1-2021 10:15 PM
So yg khabar angin tu maknanya tipu jelaa emm
Maknanya raya cina ni leh rentas negeri ke apa?
PKPB nnt budak2 kembali sekolah la kan?

Adoi kena siapkan keje cepat ni dah PKPB mesti ada yg ajak balik kg raya cina nih.
Takpun yg duk kt kg nak mai sini hurmmmm
Quote safriehalim 25-1-2021 10:16 PM
Bukan mudah untuk kerajaan melakukan total lockdown. Perlaksanaan PKP 1 dulu pun kesan ekonominya masih dirasa sehingga kini.

Bagi pendapat peribadi,  kerajaan perlu kekalkan PKP 2.0 dengan SOP yg macam ni, sementara menunggu vaksin sampai.

Apabila vaksin fasa 1 sampai pada  hujung Feb nanti, ianya boleh ditumpukan kepada pemimpin dan frontliner termasuk juga guru-guru.

Pada fasa 2  iaitu pada bulan Mac nanti, pengagihan vaksin boleh disasarkan kepada warga emas dan mereka yg menghidap penyakit kronik.

Kemudian pada fasa 3 pula,  vaksin boleh disasarkan  kepada mereka yg kerja di sektor pengilangan dan pembinaan.

Pada fasa 4, pengagihan vaksin boleh ditumpukan kepada mereka yg tinggal di negeri yg masih  di Zon Merah.

Kes penularan Covid-19 masih lagi dalam purata 3+++ untuk tempoh 2 minggu ni, maksudnya PKP 2.0 masih lagi terkawal.

Jika cara vaksin diagihkan itu betul , mungkin pada bulan 6 nanti, penularan Covid-19 akan kembali menurun.

P/S : Harap kita semua dapat bersama bertahan mematuhi SOP sedia ada sementara menunggu bekalan vaksin sampai.
Quote lonely_surina 25-1-2021 10:18 PM
Sekolah pun start f2f laa kan..
Sian nya ibu bapa beli itu ini..
Quote opie5662 25-1-2021 10:23 PM
tapirbiru: DG pun dh gila aku rasa


Aku rase die frust. Gomen taknak dgr cakap die

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.048578 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top