CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Heret Kakak Ipar Ke Mahkamah Kerana Dipanggil Busuk

26-1-2021 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2700| Komen: 5

Berang dipanggil busuk dan murahan, seorang wanita mengheret kakak iparnya ke mahkamah atas tuduhan memfitnah.

Portal The Straits Times melaporkan janda yang mengambil alih perniagaan pengedaran kereta milik keluarga mendiang suaminya memberitahu Mahkamah Tinggi di Singapura, saudaranya itu turut membaling pisang kepadanya ketika pengebumian bapa mentuanya.


Lim Siew Ling, 48, memberitahu mahkamah kakak iparnya Neo Choon Sian menghinanya sebagai murahan menggunakan bahasa Mandarin dan bermaksud seolah-olah dia adalah wanita tidak bermoral serta mempunyai ramai pasangan seks.


Lim memfailkan saman terhadap Neo dan suaminya, Heng

Bagaimanapun, peguam Neo berpendapat apa yang dikatakan anak guamnya bermaksud 'pisang busuk'.

Lim juga mendakwa Neo mengatakan dia menyalahgunakan sejumlah besar wang dari syarikat itu dan membayar dirinya dengan gaji yang tinggi.


Lim memfailkan saman terhadap Neo dan suaminya, Heng Hong Hing, kedua-duanya berusia 57 tahun kerana memfitnahnya pada Mei 2018 dan kejadian berikutnya di pejabat Prime Cars Credit (PCC) pada Jun 2018 dan Ogos 2018.

Tuntutan fitnah itu timbul daripada perselisihan dalam pegangan saham PCC, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 2006 oleh suami Lim, Jacky Neo.

Dia memegang 40 peratus saham, ibu Neo memegang 35 peratus, sementara adiknya Neo Yan memegang 25 peratus.

Dalam saman fitnahnya, Lim mengatakan selepas kematian suaminya pada 2013, dia mewarisi sahamnya dan mengambil alih operasi PCC yang menguruskan penjualan dan pembiayaan kenderaan.

Pada 2015, dia menubuhkan entiti lain, yang disebut Prime Cars Leasing (PCL) untuk mengendalikan penyewaan kereta.

Peguam Lim, Joseph Ignatius, dalam pernyataan pembukaannya mengatakan pada Mac 2018, saudara perempuan Neo menuntut supaya Lim menyerahkan kawalan syarikat itu kepada mereka dan ingin membelinya.

Pada Mei 2018, bapa mentua Lim meninggal dunia dan upacara diadakan selama lima hari.

Lim mengatakan pada hari pertama kematian bapa mentuanya, Neo Choon Sian mengambil kesempatan untuk memperlekehkannya di depan rakan perniagaan dan pelanggan.

"Plaintif dihina, terluka dan malu dengan kata-kata defendan pertama, yang memudaratkan reputasinya," kata peguamnya.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 26-1-2021 09:50 AM
Abang ipor dia punya nama Heng Hong Hing  {:smile
Quote salimrock 26-1-2021 12:31 PM
semoga lebaran tahun ini, mereka bermaaf-maafan  sesama cina,


salam Gong Xi fatt chai... 2021 , semoga dirahmati Raja Monyet dan dewa Lembu...
Quote Artemesiaa 26-1-2021 12:34 PM
Tak puas hati pasal harta pusaka ler ni cuba main psycho pulak
Quote Johi 26-1-2021 03:35 PM
Bukan abang ipar biras kot,laki akak ipar dia ,nama keluarga  suami dia neo
Quote 234126 27-1-2021 12:00 AM
Senang je ye mak bapak dia bagi nama. Heing hong hing. Tergelak pulak tetiba

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.058382 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top