CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dah Lama Kami Diam" - Anonymous Malaysia Beri Amaran Serangan Siber

26-1-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8228| Komen: 59

Satu mesej berbaur amaran dikeluarkan membabitkan sistem keselamatan dalam talian pelbagai agensi milik kerajaan.



Memuat naik video ugutan tersebut di Facebook, akaun Anonymous Malaysia mengingatkan pihak berwajib bersedia berdepan kemungkinan berlaku aktiviti penggodaman melibatkan sistem dalam talian kerajaan.

Jelas pengendali akaun tersebut, tindakan itu sebagai 'pengajaran' berikutan kelemahan sistem keselamatan dalam talian negara ini sehingga menyebabkan maklumat peribadi pengguna terdedah kepada pihak tidak bertanggungjawab.

“Hello Malaysia. Ini adalah amaran kepada kerajaan Malaysia. Sudah tiba masa anda membuka mata setelah lama kami berdiam diri. Bersedialah. Kami tidak memaafkan, kami tidak lupa, nantikan kami,” katanya.


Loading FB Post...


Jenayah siber melibatkan penggodaman sistem dalam talian di negara ini bukan suatu yang baharu.

Sebelum ini, pelbagai kes berlaku membabitkan penggodaman sistem dalam talian dan laman web agensi berkepentingan kerajaan termasuk milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun lalu.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang mengakui terdapat usaha berterusan pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa cuba menggodam maklumat Kementerian Keselamatan Pertahanan dan ATM.

Terdahulu, Anonymous Malaysia mendakwa kelemahan sistem dalam talian negara ini menyebabkan lebih 46 juta data peribadi pengguna terdedah kepada pelbagai sindiket.

Ia berikutan kecuaian dan tidak peka kepada persekitaran teknologi sehingga membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab melakukan jenayah siber.

“Sistem keselamatan anda lemah, semua data mungkin sudah terdedah. Ini menyebabkan penggodam boleh menjual maklumat.

“Banyak kes didapati data syarikat telekomunikasi telah terdedah lebih 46 juta dan ini menyebabkan berlaku kegiatan jenayah scam,” katanya lagi.


Sumber: ProjekMM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 26-1-2021 09:53 AM
Yo yo kelapo jo acah2 Anonymous
Quote bulalof 26-1-2021 09:55 AM
terpengaruh dgn film Hollywood.
Quote sarah82 26-1-2021 10:02 AM
Kantoi dgn team ATM baru berakal.. Weiii.. Aku takut team ATM dari team PDRM
Quote underground 26-1-2021 10:39 AM
Bagi projek IT kat kroni, kroni upah bebudak interns, sub kat company murah2.. then scam sub con, programmer buat loop hole, backdoor etc
Quote salmon-suki 26-1-2021 11:30 AM
Ai rengsa tgk english dorg...kalau malay or yindon,xyah laa speaking,byk grammatical error tuh..ayat pun lawak jah..ko nak bt ape anon weh?drpd sebok nak hack sana sini,baik pegi tlg utk boost ekonomi negara..{:nose
Quote Yunbin 26-1-2021 11:35 AM
salmon-suki: Ai rengsa tgk english dorg...kalau malay or yindon,xyah laa speaking,byk grammatical error tuh..ayat pun lawak jah..ko nak bt ape anon weh?drpd sebok  ...



Hahahahah tu laa pasalnya..
Quote manjalara_01 26-1-2021 11:44 AM
Edited by manjalara_01 at 26-1-2021 11:48 AM
salmon-suki: Ai rengsa tgk english dorg...kalau malay or yindon,xyah laa speaking,byk grammatical error tuh..ayat pun lawak jah..ko nak bt ape anon weh?drpd sebok  ...


Kata Anonymous Malaysia? Speaking malay dah la. X patriotik langsung {:hooray. Nampak sgt malaynye keje. Shame2 la..
Quote nanies 26-1-2021 11:47 AM
wow seram. mcm dalam movie
Quote zacks 26-1-2021 11:55 AM
Ni geng script kiddies ada hati nak launch cyberwarfare kat kerajaan malaysia

Puihh!
Quote djzara81 26-1-2021 12:13 PM
Bongok siak
Quote slavehunter 26-1-2021 12:14 PM
So motive dia supaya kerajaan alert dan upgrade systems ? Kerana our data dan details sudah banyak di scam?
Quote underground 26-1-2021 12:21 PM
sarah82 replied at 26-1-2021 10:02 AM
Kantoi dgn team ATM baru berakal.. Weiii.. Aku takut team ATM dari team PDRM

betul.

kalau pdrm cara terhormat hantar UTK ketuk pintu rumah.

atm, hantar ejen tahu2 dah teman tidur sebelah.. glock tuju kat bebird.
Quote MadameOnion 26-1-2021 12:27 PM
sarah82 replied at 26-1-2021 10:02 AM
Kantoi dgn team ATM baru berakal.. Weiii.. Aku takut team ATM dari team PDRM

tembak mati kaedahnya
Quote ultra78 26-1-2021 12:29 PM
image.png



Quote lavendernovella 26-1-2021 12:35 PM
Buatlah movie.. mcm best jer
Quote sarah82 26-1-2021 02:34 PM
underground replied at 26-1-2021 12:21 PM
betul.

kalau pdrm cara terhormat hantar UTK ketuk pintu rumah.

Hahahahahaa.. Aku kenal 2 org gila RGK.. Jadi antara ATM vs PDRM.. Aku takut kat team IT ATM.. Sekali depa dok sebelah.. X memasal aku tak boleh bergedik kat cari. Hahahahaha.
Quote sarah82 26-1-2021 02:36 PM
MadameOnion replied at 26-1-2021 12:27 PM
tembak mati kaedahnya

Tembak mati x apa lagi.. Ada juga jasad nak dikubur.. Ni.. Jangan kata jasad.. Rambut pun x ada kalau kena dgn team ATM.
Quote isseliparjepun 26-1-2021 02:41 PM
Alahai anon, orang tengah berjuang nak hidup bayar itu ini, awak lagi sibuk nak cari nama waktu waktu begini. Siapa kepalanya ni, bbnu juga ke
Quote yusryimran 26-1-2021 02:43 PM
underground replied at 26-1-2021 10:39 AM
Bagi projek IT kat kroni, kroni upah bebudak interns, sub kat company murah2.. then scam sub con, pr ...

kan ai pun fikir cam gitu

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.125929 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top