Setiap orang mempunyai cara sendiri dalam menyediakan keperluan untuk keluarga terutamanya apabila berkerja di dapur. Biasanya, semua ibu inginkan cara mudah agar mereka dapat menyediakan makanan dengan cepat untuk ahli keluarga yang ramai agar tidak kepenatan.
Namun, cara seorang wanita menyediakan makan malam untuk anak-anaknya membuatkan ramai terkejut dan tidak selesa. Dalam sebuah video yang tular di Twitter, wanita berkenaan dilihat menuangkan satu tin pasta bersos ke dalam kerak pai. Dia kemudian menyapukan mentega pada empat keping roti secara cincai dan tidak rapi sebelum menaburkan serbuk bawang putih dan menggunakan tangannya sendiri untuk melenyekkan dan menumbuk roti berkenaan walaupun terdapat penggulung adunan di atas meja. Katanya, resipi itu adalah sebuah resipi keluarga yang paling mudah. Dia kemudian menaburkan keju dan menuangkan susu ke dalam pasta tadi sebelum menambah satu lagi tin pasta dan lebih banyak keju serta serbuk bawang putih sebelum meletakkan roti tadi di atasnya. Cara wanita itu sediakan makanan jelas membuatkan ramai marah dan meninggalkan pelbagai kritikan. Sumber: HCL |
midori_katana: Kalau kita .. tgk dia pun dah fail... hahah.. rambut tak ikat dan kuku panjang..paling tak boleh terima bila dia lenyek roti tu pakai lengan... hihihi ...
ADVERTISEMENT