CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Keira Knightley Dah Tak Nak Lakukan Adegan Seks

26-1-2021 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4647| Komen: 14

Keira Knightley mengatakan tidak pernah membantah adegan bogel atau seks dalam sesebuah karya.

Namun, sebagai aktres, dia mengatakan tidak lagi akan melakukan adegan sedemikian jika filem lakonannya diarahkan sutradara lelaki.



Kredit foto: IG 

Malah, Keira mengatakan klausa atau peraturan dalam kontrak kerjayanya juga telah diubah dengan'tidak melakukan adegan seks'.

Sewaktu muncul menjadi tetamu di podcast Chanel Connects, dia mengatakan alasannya berbuat demikian.

Kata bintang berusia 35 tahun itu, dia menolak melakukan adegan seks yang diarahkan sutradara lelaki kerana telah memegang status ibu kepada dua anak perempuan hasil dari dua perkahwinannya.

"Jika saya perlu atau akan terbabit dengan sebuah karya berkaitan kehidupan seorang ibu atau perlu ada adegan untuk saya berbogel atau seks, maaf, saya hanya akan melakukannya di bawah arahan pengarah wanita," katanya seperti dilaporkan CNN.


Bintang yang melonjak naik menerusi filem Pirates of the Caribbean ini kemudian menambah dia tidak akan terbabit dengan naskhah yang mempunyai adegan seks yang menimbulkan keghairahan.

"Saya tidak lagi akan melakukan babak seks yang mengghairahkan. Saya tidak berminat," katanya.

Meski demikian, Keira mengatakan dia memahami keperluan adegan seks dalam sesebuah naskhah.



"Saya sedar betapa adegan seks akan menjadikan filem lebih cantik', namun pandangan saya secara umum sebenarnya mereka hanya memerlukan seseorang yang kelihatan hot.

"Jadi, saya fikir sebagai ibu dua anak, saya tak sanggup melakukan adegan sedemikian lagi.

"Saya tak rela berbogel di hadapan sekumpulan lelaki dan merakamkan saya. Anda boleh memilih orang lain melakukannya," ujarnya.


Sumber: Gempak

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-1-2021 11:04 AM
Setakat utk pengarah lelaki je tak buat, tak payah bagi statement la kiera..
Quote Boomibulat 26-1-2021 11:29 AM
Elokla Kiera berenti..kasi can org muda pulak..
Quote nanies 26-1-2021 11:53 AM
eh kalo pengarah pompuan ko kata boleh pulekkkk.. apa beza nya?
Quote cyber_mania 26-1-2021 02:51 PM
"kerana telah memegang status ibu kepada dua anak perempuan hasil dari dua perkahwinannya."

Keira dua kali kawen? Yg tau sekali je. Betul ke fakta ni?
Quote mieymiey 26-1-2021 03:37 PM
Nadia Brian kot yang dipilih menggantikan watak Keira ni, tapi sheols pun menolak jugak kan
Quote sue_liah 26-1-2021 04:45 PM
sheols ni kerempeng jah..tk mengiurkan

dah ada 2 ank ke sheols...bila kawin beranak nya
Quote 234126 26-1-2021 11:47 PM
kasut lakinya tu pinjam kasut keira ke? Lain mcm pulak designya macam kasut vintage kulit iol je kikikiki tapi yang dia pakai mcm jelly rubber type
Quote immaryjane 29-1-2021 09:01 PM
234126 replied at 26-1-2021 11:47 PM
kasut lakinya tu pinjam kasut keira ke? Lain mcm pulak designya macam kasut vintage kulit iol je kik ...

Tak memasal scroll atas balik. Tu kn kasut jelly hahahahaha lawak nye laki dia pkai
Quote royaldanish 30-1-2021 09:06 AM
234126 replied at 26-1-2021 03:47 PM
kasut lakinya tu pinjam kasut keira ke? Lain mcm pulak designya macam kasut vintage kulit iol je kik ...

hahaha iols pun nak komen benda yg sama juga
Quote 234126 30-1-2021 10:36 PM
immaryjane replied at 29-1-2021 09:01 PM
Tak memasal scroll atas balik. Tu kn kasut jelly hahahahaha lawak nye laki dia pkai

pelik kan? dah ikat rambut pulak mcm tu. Kuikuikui
Quote 234126 30-1-2021 10:37 PM
royaldanish replied at 30-1-2021 09:06 AM
hahaha iols pun nak komen benda yg sama juga

hahahhaa sharp juga mata kita nohh
Quote exclusive_vvip 30-1-2021 11:48 PM
cyber_mania replied at 26-1-2021 02:51 PM
"kerana telah memegang status ibu kepada dua anak perempuan hasil dari dua perkahwinannya."

Keira ...

Kannnnn...memandai je yg tulis artikel ni..dedua anak tu dengan suami skrg yakni the only husband sejak dulu la..sapa la penulis ni..
Quote beatgirlX 31-1-2021 02:03 PM
Haah la..kasut dia mcm feminin punyaaa design jaaa
Quote adelea 2-2-2021 11:03 PM
tak di rakam dgn pengarah laki , tapo di rakam pengarah pompuan dia ok ..
tapi tayangan bukan pompuan je yg tgk

satu dunia tgk ...
ada beza kahh ?

baik ko x yah buat adegan terus x leh ker ?
ohh lupaa , nanti filem x cantik .. katanya

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.066453 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top