CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Potong Dari Kiri, Ibu Dan Anak 4 Tahun Maut Digiliis Lori

27-1-2021 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4393| Komen: 24

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan ibunya maut digilis lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan 4/3a – 6/3a Pusat Bandar Utara berdekatan Pasar Borong Selayang, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Harisa Kassim, 4, membonceng motosikal Honda NF100 ditunggang ibunya Shahidah Tuaher, 34.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dua beranak itu maut serta-merta di tempat kejadian selepas digilis di bahagian perut.

Foto: Harian Metro

"Kemalangan berlaku ketika sebuah lori bergerak dari lorong paling kanan di persimpangan lampu isyarat semasa lampu isyarat warna hijau dan menghala ke Jalan 6/3a iaitu simpang di sebelah kanan jalan.


"Tiba-tiba motosikal yang dinaiki mangsa datang dari belakang dan cuba memotong lori berkenaan dari arah kiri jalan.

"Namun motosikal itu bergesel pada bahagian kiri hadapan lori. Akibat kemalangan itu kedua-dua mangsa terjatuh ke bawah tayar kiri lori dan mereka tergilis di bahagian perut," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati ibu yang maut itu adalah suri rumah warga Myanmar beragama Islam dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata, jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987. Pemandu lori berusia 72 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ujian alkohol dan dadah terhadap pemandu lori didapati negatif," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HuoJingJue 27-1-2021 10:40 AM
pelarian bebas bawak motor di negaraku tercinta..patut suka sgt mai malaysia
Quote c===8 27-1-2021 10:50 AM
bangsa pelarian ni kalau dpt bawak apa2 kenderaan macam lupa diri, bab undang2 jlnraya mmg komfem fail
Quote krustykrab 27-1-2021 10:57 AM
Moto pun boleh beli..vroom ke sana vroom ke sini ..sb tu rohingya pakat2 buat muka sedih nk dtg sini..duduk bangladesh pun x mau walaupun dah disediakn pulau khas..
Quote EvieWanKenobi 27-1-2021 11:00 AM
hmmmm... malas nak taip komen..
Quote Tinot7 27-1-2021 11:00 AM
takziah kepada keluarga
Quote me12345 27-1-2021 11:16 AM
Takziah..pelarian skrg ada motor kereta...bangla repair paip naik honda..indon pun ada hilux...hebat malaysia membela pati..
Quote c===8 27-1-2021 11:21 AM
me12345 replied at 27-1-2021 11:16 AM
Takziah..pelarian skrg ada motor kereta...bangla repair paip naik honda..indon pun ada hilux...hebat ...

itu tandanya mereka rajin cari rejeki sedangkan warga tempatan ramai merengek2 takde kenderaan sendiri
Quote darkness 27-1-2021 11:23 AM
Mau cakap apa yaa
Quote MissVixen 27-1-2021 11:32 AM
Senang betul pendatang asing nak beli motor dan kereta. Lesen pun takde.
Quote any42 27-1-2021 11:44 AM
takziah. Kesiannya kt ank kecil turut tkorban
Quote mamajawie 27-1-2021 01:30 PM
tkziah diucapkan atas dasar kemanusiaan..tapi bangsa pelarian ni memang kalu bawak kete ke motor ke cam haram jadah..dgar2 dorang ni suka beli kete atau motor cash tpi xpernah bertukar nama n xde roadtax pun..
Quote prettyuglybabe 27-1-2021 02:54 PM
kurang 2 rohingya..
Quote padris 27-1-2021 02:58 PM
Hari tu aku terserempak dengan bangla bawa kereta..  Nampak betul muka bangla tu dengan bangganya bawak kereta di tanah melayu ni..  Ntah apa2 ja...
Rengsa aku tengok...
Quote lampor 27-1-2021 02:58 PM
Ramai tak aware pasal blind spot ni... Lori/treler ni banyak blind spot terutama belah kiri...
Quote c===8 27-1-2021 03:10 PM
kat selangor ni mmg dah biasa nampak warga asing bawak kereta/motor
Quote Decaffeinated 27-1-2021 03:34 PM
Patut thread untuk bincang isu keselamatan motor lawan lori tapi jadi cerita pasal pendatang mampu beli motor dengan nada iri.

Aku memang pesan kalau ada suku sakat yang bawa motor ni jauhi lah lori at all times.
Quote matseh 27-1-2021 03:38 PM
Member aku buat welding, gril, dah ada bengkel sendiri dah.
Sll kena pau dgn polis.
Quote kasibiman 27-1-2021 03:39 PM
darkness replied at 27-1-2021 11:23 AM
Mau cakap apa yaa

Ini lah hasilnya tak ikut peraturan jalanraya.
Quote darkness 27-1-2021 03:42 PM
kasibiman replied at 27-1-2021 03:39 PM
Ini lah hasilnya tak ikut peraturan jalanraya.

Ok baik haha

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.092459 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top