Pemimpin politik khususnya wakil rakyat perlu mencontohi pendakwah bebas, Ebit Lew dalam melakukan kerja kebajikan dan membantu rakyat yang memerlukan, bukan asyik berpolitik semata-mata.
Malah, ketika cukup ramai memerlukan kemudahan untuk proses pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR), wakil-wakil rakyat di semua kawasan perlu mencari inisiatif membantu golongan tersebut. Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, sesetengah ahli politik ketika ini dilihat terus bertelagah pada saat rakyat sangat memerlukan perhatian mereka terutama dalam berhadapan cabaran ekonomi berikutan pandemik Covid-19. Katanya, dalam memenuhi keperluan rakyat khususnya berkaitan kemudahan melalui proses PdPR, wakil-wakil rakyat perlu mencari inisiatif atau dana sekurangnya-kurang boleh menyalurkan 5,000 sehingga 10,000 komputer riba atau peranti sesuai kepada keluarga yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing.
“Takkan semua hendak harap dekat Ebit Lew, sebagai wakil rakyat yang diberikan amanah oleh rakyat, mereka perlu melakukan sesuatu dalam menjaga kebajikan rakyat “Kebajikan dan keperluan rakyat perlu diberikan keutamaan dan ahli-ahli politik cukup-cukuplah bertelagah atau bermain politik pada saat rakyat sangat memerlukan perhatian mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Baru-baru ini, Ebit memuat naik gambarnya dalam media sosial bersama 100 tablet untuk diberikan kepada murid dan pelajar yang benar-benar memerlukan peranti tersebut untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Bantuan dan sumbangan Ebit itu menimbulkan persoalan, di manakah peranan wakil-wakil rakyat, adakah mereka tidak ambil kisah masalah yang sedang dihadapi masyarakat? Tambah Kamarul Azman, pada masa ini, ramai mengeluh mengenai kesukaran anak-anak mereka belajar secara dalam talian kerana tidak mempunyai kemudahan peranti seperti komputer riba dan telefon bimbit. “Bagaimana anak-anak boleh menyertai PdPR jika mereka tidak ada peranti sesuai malah ramai juga terpaksa berhadapan masalah capaian internet yang lemah khususnya di kawasan-kawasan luar bandar? “Perkara-perkara ini perlu diberikan perhatian. Saya percaya kalau pemimpin-pemimpin politik ini boleh berusaha mencari dana, insya-Allah sekurang-kurangnya kita dapat membantu ribuan anak-anak yang memerlukan ini memiliki komputer riba,” katanya. Sumber: UTUSAN ONLINE |
c===8 replied at 27-1-2021 04:32 PM
takkan wakil rakyat nak luakkan gaji sendiri
Trumpettt: Mana org org yg masuk list richest person in mslaysia tu..ceo2 conglomerate ..tak tolong ke rakyat negara sendiri..kata Malaysian.
lavendernovella replied at 27-1-2021 06:33 PM
Uol pernah bergaul dgn geng2 conglomerate? Dorang ni jenis tak pandang kiri kanan , if you know ...
white_musk replied at 27-1-2021 06:49 PM
Jadi tak perlu kagun wow sangat dengan tiyle terkaya apa segala kerana kekayaan bukan datang sekal ...
ADVERTISEMENT