Kerajaan terus dikritik kerana melaksanakan Perintah Darurat ketika rakyat dilihat berterusan terhimpit dengan tekanan ekonomi. Ini kerana, harga barang dilihat gagal dikawal oleh kerajaan walaupun mempunyai banyak kuasa di bawah Ordinan Darurat.
Justeru, kelebihan itu sepatutnya digunakan bagi memastikan rakyat menerima bekalan makanan dan bantuan mencukupi terutama apabila kerajaan mengisytihar darurat untuk fokus kepada pandemik Koronavirus (Covid-19). “Dalam keadaan ekonomi berfungsi hampir sepenuhnya pun kerajaan gagal mengawal harga dan bekalan makanan, bayangkan kalau ekonomi ditutup sekali lagi. “Jangan terkejut kalau rakyat jelata kebuluran sampai ada yang mati. “Data dan maklumat kerajaan menunjukkan bahawa yang mati boleh kata semuanya ada masalah kesihatan yang serius. “Yang mati tentulah mati. Itu ketentuan Tuhan. Takkan yang hidup pula kita nak biarkan mati dengan menutup ekonomi?
“Jangan fikir hal Menteri, Ahli Parlimen dan kakitangan awam sahaja. Parlimen digantung pun mereka tetap dapat gaji. “Fikir nasib rakyat jelata yang makan gaji dengan swasta, kerja sendiri, pencen swasta dan yang tidak ada sebarang simpanan. Kalau rantaian bekalan disekat, banyak akan kebuluran.” Demikian kata bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) A. Kadir Jasin dalam hantaran Facebooknya mengulas kuasa kerajaan ketika Proklamasi Darurat. Dalam hantaran sama mendakwa pendekatan darurat yang diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah berbeza berbanding darurat zaman komunis. Katanya, dahulu walaupun kerajaan mencatu makanan bagi mengelakkan bekalan sampai kepada puak komunis, namun rakyat tidak dibiarkan kelaparan. “Kalau harga minyak masak keluaran tempatan pun tak nampu dikawal, jangan cakap pasal darurat,” sindirnya. Sumber: Suara Merdeka |
lattehazelnut replied at 27-1-2021 05:49 PM
Kes rakyat miskin kat kelantan sebelum covid lg banyak dah berita keluar..
sarah82 replied at 27-1-2021 06:55 PM
Jap.. Aku tak tau pulak harga makanan naik.. Sebab aku beli nasi (hari aku malas masak) hati ayam + ...
Kitty_catz replied at 27-1-2021 07:12 PM
ang kat kedah, toksah compare la yg duk klang valley.. rm6 tu murah sarah oii
tpt meols, depa t ...
white_musk replied at 27-1-2021 05:53 PM
Belum pernah lagi akak dengar rakyat malaysia mati tidak makan. Semuanya gemuk2 saja
sarah82 replied at 27-1-2021 06:55 PM
Jap.. Aku tak tau pulak harga makanan naik.. Sebab aku beli nasi (hari aku malas masak) hati ayam + ...
dua_chzy replied at 27-1-2021 07:29 PM
Tempat aiol yang bukan pon KL ni, nasik plus lauk plus air cenggini dah kena RM 12. Limau ais bo ...
sarah82 replied at 27-1-2021 07:32 PM
Huwaaa.. Mahainya...bersyukur iols...esk iols nak cuba nasi lemak.. Sbb pakcik tu ckp.. Nasi + ika ...
ADVERTISEMENT