CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah Hulur Minuman, Dua Abang Askar Patah Balik Risau Pakcik Kelaparan

27-1-2021 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3252| Komen: 9



Kehidupan di dunia sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan yang diberikan oleh Allah SWT. Tetapi setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya meskipun sangat berat untuk dilalui oleh seseorang.

Menerusi aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama @maslianadin memuat naik satu video memaparkan situasi sedih yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki warga emas.

Sedih. Terbayang ibu bapa sendiri.




Video meraih ribuan tontanan itu memaparkan dua anggota tentera di luar sebuah restoran makanan segera dengan menaiki motosikal sebelum memberi minuman kepada seorang pakcik yang duduk bersendirian di lokasi berkenaan.

Pada mulanya, kedua-dua mereka hanya memberi minuman, namun mengambil keputusan untuk turut memberi makanan kerana pakcik itu kelihatan begitu kepenatan.

Kejadian berlaku di Bayan Baru, Pulau Pinang itu sempat dirakam oleh Masliana yang turut berada di situ menyaksikan momen sebak tersebut.

Perkongsian video berdurasi 17 saat berkenaan meraih perhatian warganet yang memuji kehebatan dan kebaikan dilakukan oleh dua sahabat itu selain turut mendoakan agar pakcik tersebut dalam keadaan baik.

Allahuakbar, semoga pakcik dimurahkan rezeki. Terbaik wira negara! Memang ‘respect’



Semoga dipermudahkan urusan abang askar. Kaya dengan jiwa kemanusian

Bagus wira negara datang memberi pertolongan! Ingatlah, setiap ujian yang datang adalah untuk mendekatkan diri kita sebagai seorang insan beriman.


Sumber: TikTok Masliana Din via omm
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 27-1-2021 11:18 PM
ramainya orang susah.pakat2 tolonglah kalau korang nampak.moga abang askar dan pakcik tu dimurahkan rezeki
Quote Kurex 27-1-2021 11:31 PM
Member aku banyak kali kata nak buat masak2 & tolong gelandangan. Aku kata dekat dia "simpan je duit tu utk diri kau sebab kau sendiri sengkek.. kalau betul kau beria nak tolong orang, kau pergi kampung2, kau sedekah dekat situ. Tapi tengok orang tu jenis malas ke atau betul2 susah. Gelandangan ni jauh lebih kaya dari kau. Siap ada epf rm50k sedang kau epf pun takde". Masa banjir tu, takde pulak dia beria nak tolong. Tp tak tau la dia tolong dalam diam ke apa.. husnuzon jah
Quote babyleo68 28-1-2021 06:07 AM
Semoga Allah murah kan rezeki abang askar ni dan juga pakcik tersebut.. semoga dalam lindungan Allah
Quote airmineral 28-1-2021 10:11 AM
semoga abg askar dikurniakan rezei berganda
Quote Supersirap 28-1-2021 11:26 AM
Semoga abg askar diberikan perlindungan daripada wabak pandemik ini dan dipermudahkan segala urusan
Quote Knowlee 28-1-2021 07:26 PM
Sebenarnya kan, nak sedekah ni jangan tunggu kita banyak duit/kaya. Walaupun kita susah dan ada sedikit duit, sedekah je walau sedikit. Dan yakin sedekah tu nanti Allah ganti dengan rezeki berganda-ganda. Bila kita berkira, kita tarik semua benda yg berkira jadi kat kita.
Quote Artemesiaa 31-1-2021 10:19 AM
Rajin bantu orang satu hari nanti kalau perlukan bantuan pasti akan ada yang bantu jadi tak salah kalau suka membantu.
Quote Rahah 31-1-2021 01:10 PM
Semoga dimurahkan lagi rezeki bro askar tu...
Quote Ain_h 31-1-2021 01:22 PM
Bainya abang askarrr

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.126880 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top