Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad baru-baru ini berpeluang "keluar" menyertai jemaah tabligh selama 3 hari buat pertama kali dalam hidupnya. Menerusi perkongsian video di Youtube BroLah TV, Nabil kelihatan sebak ketika berkongsi perasaannya apabila melihat "pelbagai perkara baru" ketika menyertai tabligh yang tidak pernah disaksikannya sebelum ini.
Diraut wajahnya jelas kelihatan air mata mengalir ketika sebak berkongsi luahan hatinya itu. Turut kedengaran tangisan dari jemaah yang mungkin agak tersentuh dengan perkongsian Nabil ketika itu. "Abang tak pernah tengok suasana ni, tak pernah tengok orang mengaji, Subuh, tahajjud. Adik-adik mengaji Abang menangis kat tempat ambik wudhu sana. Bayangkan umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ni.." katanya dalam nada penuh sebak. Ramai netizen yang turut sebak merasa bangga melihat perubahan terkini pelawak tersebut dan mendoakan semoga Nabil sentiasa istiqomah "dijalan" yang dipilih olehnya sekarang. Selain Nabil, ramai lagi dikalangan selebriti tempatan yang telah lama menyertai tabligh dan kini masih giat menjalankan aktiviti dakwah dan keagamaan. Kita doakan semoga lebih ramai lagi akan mengikut jejak mereka suatu masa nanti. InsyaAllah. - CARI |
LadyCarefree replied at 27-1-2021 11:23 PM
Tabligh boleh on ke pkp ni?
Kurex replied at 27-1-2021 11:26 PM
Takpe ke tinggalkan anak bini utk bertabligh?
bondeh replied at 27-1-2021 11:28 PM
Kalau orang lahir urban cakap camnih meolls sebak. Ini hajbil asal mambau suasana desa takkan tak pe ...
bondeh replied at 27-1-2021 11:28 PM
Kalau orang lahir urban cakap camnih meolls sebak. Ini hajbil asal mambau suasana desa takkan tak pe ...
Normabaru replied at 28-1-2021 06:40 AM
Nangis sebab terasa 3hari tu lama kot.. Lols
btw..Mizznina xde war2 kan dia ikut kelas apa.. buat ...
Kurex replied at 27-1-2021 11:26 PM
Takpe ke tinggalkan anak bini utk bertabligh?
cupu replied at 28-1-2021 10:55 AM
Kemain menangis haji bil ye... Dh blh slow2 suruh zira tu tutup aurat..kata syg bini kan... Xkan xna ...
ADVERTISEMENT