"Malangnya ini malaysia, SOP ada, kena ikut juga." Pelantun lagu Arjuna Beta, Fynn Jamal meluahkan pengalaman pahit sepanjang menjadi majikan. Menurutnya, tidak mudah untuk menjadi bos apabila terpaksa berhadapan dengan pekerja bermasalah. Melabelkan individu tersebut sebagai pekerja neraka, Fynn tetap bersabar mengendalikan masalah sebegini. Namun, itu juga punca yang membuatnya sakit kepala. Jika dahulu, dia sendiri terfikir mengapa ada majikan yang berbuat sesuka hati? Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, Fynn memahaminya, namun dia tetap mengikut undang-undang Malaysia yang pro pekerja. "Staf kantoi menipu pun tokleh
terus buang, warning dulu, itu pun lepas tegur tanpa warning
berkali-kali barulah boleh keluar surat. Kantoi taik dadah, kena ada bahan
bukti, kena pujuk suruh berenti. Memang ramai pulak chai ganja kat
kubikel dia. Staf kelepet duit, staf hasut-menghasut, Staf mengelat
OT. Macam-macam, kalau ikut hati gangster kita mmg settle tepi je." Fynn turut menyelar mana-mana pengasas produk yang mengajak individu untuk berniaga sekaligus menjadi bos sendiri tanpa menceritakan betapa sukarnya mengendalikan sesuatu syarikat. "Fonda-fonda dan geng hasut berhenti makan gaji selalu cakap point 'marilah jadi boss untuk anak2 kita', tak cerita pun bahagian jadi boss boleh mental— yg mental sama— anak2 kita." Bagaimanapun, Fynn tidak menafikan ada kaki tangan yang bagus, tetapi untuk menemuinya sangat sukar, perlu menempuh pelbagai ranjau dan duri terlebih dahulu. Jadi, mana lebih sukar, jadi boss atau pekerja?- CARI |
HoneyManjer: takyah la label org pekerja dari neraka bagai...tak kena dgn imej n watak yang dia bawak kat nuritzen...tuihhhh
HoneyManjer replied at 28-1-2021 10:47 AM
takyah la label org pekerja dari neraka bagai...
tak kena dgn imej n watak yang dia bawak kat nur ...
tikusmontok replied at 28-1-2021 04:32 PM
Dia fefeeling jadi pemdaftar pintu neraka ke hapa kokspin tu
ADVERTISEMENT