Kecoh seketika di media sosial apabila pelakon Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan bertelingkah mengenai isu nafkah anak-anak hasil perkahwinan mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Berikutan itu, ramai peminat tertanya-tanya bagaimana pula keadaan emosi kedua-dua anak pasangan ini dalam menghadapi kemelut yang seolah tiada berkesudahan ini. Namun, Rita Rudaini Mokhtar berkata, anak-anak kesayangannya itu tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku dan meneruskan hidup seperti biasa. Tambahnya lagi, Rayyan dan Arjuna tabah menghadapi dugaan ini kerana sempurna didikan agama.
Rita memberikan jawapan itu apabila seorang individu tampil bertanyakan mengenai emosi dan juga penerimaan kedua-dua anaknya mengenai isu ini. Sebelum ini, industri hiburan kembali panas apabila pelakon drama Kutub Utara Kutub Selatan itu mendedahkan sikap bekas suaminya itu yang tidak cakna mengenai pemberian nafkah sejak mereka bercerai. Mengimbas kembali, Rita dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing kini berusia 12 dan 10 tahun dan berada di bawah jagaan Rita pada ketika ini. Sumber: BeautifulNara |
MatDeghem: Tunggu lah remaja nanti.terkesan atau tidak budak2 tu. Sekarang masih kecik...masih ikut cakap. Yg pasti mak nya yg sangat2 terkesan dgn perceraian in ...
YomiuriLandMae replied at 28-1-2021 02:25 PM
elok rita dgn aidil ni dihentuk kan je kepala dorg sekor2..
MatDeghem replied at 28-1-2021 05:46 AM
Tunggu lah remaja nanti.terkesan atau tidak budak2 tu. Sekarang masih kecik...masih ikut cakap.
Yg ...
ADVERTISEMENT