Sepasang kekasih gay disebat hampir 80 kali selepas didakwa melakukan hubungan songsang di Aceh, Indonesia. Ketika hukuman dilaksanakan, mereka yang menyalahi undang-undang Islam Aceh itu merayu hukuman dihentikan kerana tidak dapat menahan kesakitan.
Justeru, hukuman dihentikan seketika dan dua lelaki berusia 20-an itu dibenarkan minum air sebelum hukuman diteruskan. "Hukuman syariah adalah muktamad, tanpa mengira siapa pesalahnya. "Pelawat juga perlu menghormati undang-undang tempatan," kata Pegawai hukuman awam, Heru Triwijanarko. Harian Metro melaporkan, pasangan terbabit ditahan pada November lalu di rumah sewa di mana pemilik kediaman menemui mereka separuh bogel di dalam bilik. Difahamkan, Aceh menjadi satu-satunya wilayah yang melaksanakan hukuman syariah bagi kesalahan hubungan sejenis di Indonesia termasuk berjudi, minum alkohol dan zina. Walaupun disifatkan kejam dan pernah diminta hukuman itu dihentikan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo, namun penduduk Aceh memberi sokongan padu terhadap pelaksanaannya. - CARI
|
tripleid replied at 29-1-2021 03:36 PM
sebulan sekali mesti dgr berita mcm ni kat aceh..mcm xde kesan jer
Dwdrum replied at 29-1-2021 03:24 PM
Sudah banyak tahun acheh buat public shaming.. Canning gay.... Kata nya untuk mengajar supaya tidak ...
ADVERTISEMENT