Gara-gara tidak mahu bercerai, seorang lelaki di Indonesia tergamak menganiaya isterinya dengan menggunakan dadah. Lelaki itu, meletakkan syabu pada motosikal digunakan isterinya itu supaya wanita itu ditahan pihak berkuasa.
Namun, tembelang lelaki berusia 30 tahun itu terbongkar selepas siasatan polis tidak menemui bukti mengaitkan bahan terlarang itu adalah milik wanita terbabit. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Wonokromo, Arie Pranoto berkata, siasatan polis seterusnya beralih kepada suspek yang berasal dari Kedung Tarukan, Surabaya itu. "Wanita itu mencurigai gelagat suaminya yang pernah mengancam dirinya kerana mahu bercerai. "Tidak dapat terima isterinya meminta cerai, suspek mencari cara untuk membuatkan isterinya supaya ditahan polis. "Suspek akhirnya mengaku selepas kami menemui bukti perbualannya mengenai transaksi pembelian syabu menerusi telefon bimbitnya," katanya dalam portal Kompas.com.
Katanya, polis menahan suspek untuk siasatan lanjut. Selain itu, polis masih memburu pengedar dadah yang menjual syabu seberat 0.25 gram dengan nilai 150,000 rupiah (RM43) kepada suspek. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT