Tidak pelik apabila Amerika Syarikat mengisytiharkan boikot terhadap syarikat Felda Global Ventures pada 1 Oktober 2020. Katanya syarikat berkenaan setelah setahun disiasat terbukti menggunakan buruh paksa untuk merancakkan pengeluaran sawit. Antara masalah yang dihadapi ialah dokumen identiti dipegang majikan, ugutan dan keganasan seksual (Reuters, 2020). Tuduhan ini sangatlah berat, kerana FGV didakwa membiarkan pekerja dianiaya. Sebulan kemudian, Donald J. Trump tewas dalam sebuah pilihan raya yang sengit. Drama sawit memuncak enam minggu seterusnya, apabila Sime Darby Plantation pula diharamkan White House.
Siasatan kali ini pula mendedahkan sebuah sistem bagaikan perhambaan (kerja untuk bayar hutang), persekitaran tidak bersih dan keganasan seksual (Sands, 2020). Jadi, Joe Biden menang pun – sawit masih diboikot. Pertama sekali, Biden masih belum menjadi Presiden Amerika Syarikat. Sekalipun sudah mengangkat sumpah 20 Januari hari itu, sekatan ini dijangka akan berkekalan. Hal ini demikian kerana faktor sekatan terlalu berat untuk ditutup mata. Kedua pula, Amerika Syarikat sendiri digelumangi dengan isu buruh paksa. Dijangka 50,000 orang sedang sengsara di Amerika Syarikat, dijadikan hamba di tanah air negara bebas (Buckley, n.d.). Namun mereka ini benar-benar dieksploitasi, tanpa sebarang normalisasi. Pekerja yang diseludup daripada China, India, Mexico dan Vietnam antaranya bekerja dalam keadaan tidak selamat, bersama rakyat Amerika Syarikat yang lari dari rumah. Kelompangan dalam penguatkuasaan undang-undang selalunya menjadi asbab yang menghalalkan gejala kotor ini berleluasa. Mereka akan dibayar gaji rendah tanpa mengambil kira langsung tentang persekitaran. Keringat teruk diperah, tanpa sebarang ganjaran. Ramai juga dijadikan hamba seks tanpa kerelaan tetapi terpaksa kerana dokumen dipegang sindiket (jika lapor, mereka akan ditahan sebagai pendatang haram pula). Kiranya ini merupakan masalah yang berlaku di mana-mana sahaja. Eksploitasi masih berterusan dalam bidang penjagaan rumah (pekerja domestik, pekebun laman, pembaikpulih barangan dan sebagainya). Majikan bermulut manis dengan jaminan upah tetapi datang saja masa untuk bayar, mereka ugut akan menghubungi penguatkuasa imigrasi. Inilah adalah realiti tetapi realiti sama juga boleh ditunggang Malaysia untuk memulihkan keadaan. Hanya kerana semua negara mempunyai gejala ini – tidak semestinya ia wajar dinormalisasikan. Jika gejala ini dibasmikan, nescaya warga-warga asing yang bekerja akan mendapat gaji setimpal dengan jam kerja berperikemanusiaan. Perubahan sebegini juga akan bantu membaiki peluang dalam kalangan warganegara (kerana warga asing tidak boleh dibayar rendah untuk kerja lama). Persepsi Barat terhadap industri sawit memang sukar diperbaiki, melainkan dengan perjanjian antarabangsa yang menjaminkan keberkesanan dan kemanusiaan. Malaysia barangkali berkongsi nasib yang menimpa Indonesia. Kerajaan Indonesia mengakui bahawa buruh paksa diamalkan secara berleluasa dalam industri sawit (Mason & McDowell, 2020). Perjanjian antarabangsa yang dimaksudkan ialah apa-apa jua jenis hubungan multilateral seperti Trans-Pacific Partnership (TPP). Dengan adanya TPP, semua negara harus menepati piawaian dipersetujui bersama. Jadi jika didakwa melakukan gejala buruh paksa, syarikat tempatan boleh memanjangkan pada pihak mahkamah TPP untuk mempertahankan diri. Sumber : Theoutlookasia |
pyropura replied at 30-1-2021 02:06 AM
Parti Usop Biden tu DAPig versi Usa. Parti Trump tu america's Umno
pyropura: Parti Usop Biden tu DAPig versi Usa. Parti Trump tu america's Umno
tripleid replied at 30-1-2021 11:52 AM
harga sawit jatuh ka,naik ka menteri peduli apa..
dudaberhias replied at 31-1-2021 11:16 AM
tapi memang most produk malaysia yang di ban amerika ni semua deorang claim buruh paksa... why ya? b ...
Tinot7 replied at 31-1-2021 11:22 AM
Iols speku sbb kita amik buruh bkn warganegara. Dan depa dok kata kita amik buruh paksa. Kalau nak ...
dudaberhias replied at 31-1-2021 11:27 AM
ooo gitu... betul la tu kaka... sebab memang kita amik warga asing je kan lagi2 untuk kilang... bu ...
dudaberhias replied at 30-1-2021 07:16 PM
tapi memang most produk malaysia yang di ban amerika ni semua deorang claim buruh paksa... why ya? b ...
Decaffeinated replied at 30-1-2021 07:51 PM
Siapa yang berharap Biden akan bela sawit Malaysia? Bodohnya...
Dwdrum replied at 31-1-2021 11:57 AM
Ada thread lepas... Depa ingat biden akan terima top glove.. Sawit... Dan bagi waive visa...
Firenzza replied at 31-1-2021 12:38 PM
Gila ke hapa nak sokong sawit, diorg ada mi yak soya sendiri pehal nk import sawit plk?
Dwdrum replied at 30-1-2021 02:35 AM
Joe Biden Menang Sawit Masih Kena Ban?
Macai malaysian sokong biden ( DAP macai mengaku ) yang pe ...
ADVERTISEMENT