CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Usahawan Hamil 7 Bulan Jatuh Ketika Tunggang Kuda Tampil Beri Penjelasan Sebenar

30-1-2021 04:02 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6132| Komen: 26


Kredit Gambar : Media Hiburan



Menunggang kuda merupakan satu hobi yang agak lasak dan juga memerlukan keberanian yang tinggi. Namun disebalik keberanian dan juga pengalaman, penunggang kuda juga tetap tidak dapat lari dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Baru-baru ini, seorang wanita yang sedang sarat mengandung tujuh bulan terjatuh ketika sedang menunggang seekor kuda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Rubinga Equine Centre (MREC), Serdang.  

Melalui satu video berdurasi 1 minit yang tular di Twitter memaparkan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nor Azila Mohamed Azmi sedang menunggang seekor kuda namun secara tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh.



Insiden itu telah mencetus pelbagai reaksi dikalangan warganet terhadap wanita tersebut terutama kondisi bayi dalam kandungannya.

Dalam satu posting di Instagramnya, Nor Azila yang juga pengasas produk Secret Correa tampil memberikan penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

"Sesuatu yang luar biasa terjadi apabila video saya terjatuh dari kuda itu sebenarnya tergelincir. Saya menerima banyak panggilan telefon daripada keluarga dan kawan-kawan yang mengambil berat tentang keadaan saya.

"Saya faham mungkin sebab saya tengah sarat mengandung tujuh bulan sebab itu ramai yang risaukan keadaan saya.

"Alhamdulillah, saya okey sahaja, tiada yang serius, syukur kepada Allah. Masa dapat tahu video saya tular dan pertama kali kena kecam memang tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata sendiri cari pasal, cari penyakit dan pelbagai lagilah.

"Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Bagi yang beri kata-kata semangat dan mendoakan kandungan saya selamat, alhamdulillah terima kasih," tulisnya.


Nor Azila juga berpendapat sukan berkuda sesuai untuk wanita hamil namun dengan pengawasan yang rapi dan sukan itu sudah sebati dalam dirinya.

"Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ini bukan tak boleh tapi cuma perlu berhati-hati. Macam dalam video tu saya terlebih pergerakan dan berlaku kesilapan teknikal hingga tergelincir.

"Saya seorang penunggang kuda dan memiliki seekor kuda bernama White Rose. Rose ibarat anak saya dan sudah berbulan-bulan tidak datang menjenguknya.

"Menunggang kuda masa mengandung bagus sebab bantu perbetulkan posisi badan ibu hamil selain memudahkan proses bersalin juga. Kuda hanya suka pada orang yang tenang. Lagipun tunggang kuda sebahagian daripada amalan sunnah dan mengajar kita sifat kepimpinan," ujarnya.

Alhamdulillah, mujurlah tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh wanita tersebut dan bayi dalam kandungannya. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 30-1-2021 08:11 AM
hati aku yg berkeladak mengatakan ini percubaan utk viral
Quote EvieWanKenobi 30-1-2021 08:32 AM
ada surat kebenaran dari polis
nak naik kuda?
Quote Belibis 30-1-2021 08:35 AM
Apabila berita tentang pengasas produk kosmetik,otomatik aku anggap strategi pemasaran dari Dr jijan smang.
Quote Nana_Man 30-1-2021 08:39 AM
Cuba kalau baby tu meninggal... dia masih ckp selamat ke tak?
Quote kakakpositifker 30-1-2021 08:45 AM
bakingsoda: hati aku yg berkeladak mengatakan ini percubaan utk viral

Sama sama lah perasaan kita. Hahahahah. Tibaaaaaaaaa kau rakam suasana dan menjerit.
Quote Jemahjemah 30-1-2021 10:56 AM
Seramnya aku tgk kau kakkk
Quote nanies 30-1-2021 11:21 AM
sempattttt nk promo brg sendirik
Quote opie5662 30-1-2021 11:49 AM
Mcm x jatuh dr kuda je... Bidio nampak terus terbaring atas pasir... So propa je mengharap viral... Sila meninggal... Next??.. Drama propa ape lg bakal disajikan oleh ponder2 haprak...
Quote Churchill 30-1-2021 11:49 AM
biar tunggang kuda jangan tunggang agama

Quote wnwa05 30-1-2021 01:42 PM
Belibis replied at 30-1-2021 08:35 AM
Apabila berita tentang pengasas produk kosmetik,otomatik aku anggap strategi pemasaran dari Dr jijan ...


tu la pasal.aku pun rasa benda sama sebab tak ada pun video jatuh...


Quote mamajawie 30-1-2021 03:07 PM
Propa dan bodoh..produk ko da sendu ni taktik nk up balik kan?bangang namati celah mana sukan berkuda bgus utk preggy mom?celah kangkang ko ke??bangang xsudah...
Quote SepupuBen10 30-1-2021 04:28 PM
Dia bini sultan ka
Awat cpa cpa
Cik puan azila bagai
Quote Artemesiaa 30-1-2021 06:58 PM
Kowser melayan jenis macam ni
Quote gorjeous 30-1-2021 07:13 PM
Amboi nak buat video jatuh kuda nak tunjuk keta yg hodoh ituuuu... Propa jee tuuuu...
Quote Ivysaur 30-1-2021 07:19 PM
Bodoh tak boleh simpan ni
Quote Hessa 30-1-2021 08:01 PM
mengidam nak naik kuda ke hape ni
Quote Carcosa 31-1-2021 12:21 AM
Kalau founder je bodoh. Kalau bodoh je mesti founder.
Quote MarissaOberlin 31-1-2021 01:08 PM
kosserrrrrr
Quote Ain_h 31-1-2021 01:20 PM
Nasib baik selamat

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.092418 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top