CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Statistik Remaja Hamil Pada Usia Semuda 10 Tahun Semakin Meningkat Di Sarawak

31-1-2021 08:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5212| Komen: 31




KUCHING: Sebanyak 34.5 peratus daripada kes kehamilan remaja bawah umur di Sarawak, tahun lalu, berada dalam usia persekolahan dari semuda 10 hingga 17 tahun.


Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata Sarawak merekodkan 58.9 peratus kes remaja bawah umur hamil tanpa berkahwin pada tahun lalu.



Beliau berkata, bilangan kes itu meningkat ketara sebanyak 23.3 peratus dalam tempoh enam tahun berbanding 35.6 peratus pada 2014.

"Hasil tinjauan dan analisis awal Majlis Pembangunan Sosial melalui statistik serta data kehamilan remaja, pelbagai faktor dikenal pasti sebagai punca, termasuk pergaulan bebas, pengaruh dadah dan 'substance', serta jenayah seksual.


"Turut menyumbang kepada masalah itu ialah kawalan ibu bapa atau penjaga yang longgar, masalah keluarga dan kemiskinan keluarga.

"Selain itu, keinginan untuk hidup mewah, pendedahan awal kepada kandungan media sosial, pengetahuan pendidikan seksual yang rendah, keciciran dari sekolah, serta kurang pendidikan agama dan nilai moral," katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media selepas Mesyuarat One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) Peringkat Sarawak, di sini, hari ini.

Fatimah berkata, pada tahun lalu saja, pihaknya mendapati sebanyak 96 peratus daripada 2,099 kes kehamilan remaja di Sarawak membabitkan mereka yang tercicir persekolahan.

"Kehamilan dalam kalangan remaja tidak bersekolah meningkat sebanyak 0.77 peratus, tahun lalu, kepada 96.17 peratus berbanding 95.4 peratus pada 2014," katanya.

Beliau berkata, Samarahan mencatat peratus tertinggi remaja hamil bawah usia 16 tahun mengikut bahagian pada tahun lalu membabitkan 8.8 peratus, diikuti Kapit (8.5 peratus) dan Betong (8.0 peratus).

Bagaimanapun secara terperinci antara 2014 hingga 2020, katanya, tiga bahagian merekodkan bilangan kes remaja hamil yang tertinggi ialah Kuching, Sibu dan Miri.

"Secara keseluruhan dalam tempoh itu, bahagian Kuching merekodkan 3,599 kes remaja hamil, Sibu (2,387) dan Miri (2,537)," katanya.


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 31-1-2021 08:38 PM
Haa siti kassim tak nak komen ke kes2 macam ni?
Quote wnwa05 31-1-2021 08:46 PM
Islam tu indah.rasa mampu dan nak elak zina kahwin je janji dah akhil baligh. tapi ramai juga hentam kata pedo kahwin dengan budak...

bila mengandung sebab berzina semua diam pula ya
Quote notM 31-1-2021 08:49 PM
Dulu Aku pernah kerja kat Sarawak....kemudian balik ke Semenanjung.

Sebab aku rasa anak2 aku tak boleh dibesarkan di sana...Aku describe Sarawak sebagai Mini Filipina. Sorry
Quote spankee_fili 31-1-2021 09:28 PM
Edited by spankee_fili at 31-1-2021 09:30 PM
wnwa05 replied at 31-1-2021 08:46 PM
Islam tu indah.rasa mampu dan nak elak zina kahwin je janji dah akhil baligh. tapi ramai juga hentam ...


Iye la tu.. Kahwin muda pun banyak isu jugak - mati masa bersalin, tak cukup matang untuk jaga anak, hanya wariskan kemiskinan, kecuali dapat laki yg bertanggungjawab namun kita pun sedia maklum spesis itu makin pupus, yang tinggal hanya bohjan perosak anak dara orang

Taktaula macam mana nak bendung masalah ni. Nafsu bukan mudah disekat tapi nak educate pun masing-masing tak bersekolah

Kalau sanggup tengokla dokumentari child bride, mostly di India. Boleh trauma. Ngeri.
Dokumentari kat malaysia takde la pulak, bawak child bride hidup dalam hutan kot. Ataupun takde journalist nak cover issue ni.
Quote Perawankota 31-1-2021 10:15 PM
notM replied at 31-1-2021 08:49 PM
Dulu Aku pernah kerja kat Sarawak....kemudian balik ke Semenanjung.

Sebab aku rasa anak2 aku tak  ...

Bapak aku askar, masa mak aku ngandungkan aku dulu, dorg duduk kat Sarawak. Tapi bila usia kandungan mak aku dah 7bln, dorg pindah balik semenanjung sbb bapak aku x nk aku lahir kat sana.. So ada sbb lah knp bapak aku buat keputusan mcmtu..
Quote missyL 31-1-2021 10:31 PM
notM replied at 31-1-2021 08:49 PM
Dulu Aku pernah kerja kat Sarawak....kemudian balik ke Semenanjung.

Sebab aku rasa anak2 aku tak  ...

U keje mane dulu kt swak..
Huhu. Risau plk
Quote notM 31-1-2021 10:33 PM
Edited by notM at 31-1-2021 10:37 PM
Perawankota replied at 31-1-2021 10:15 PM
Bapak aku askar, masa mak aku ngandungkan aku dulu, dorg duduk kat Sarawak. Tapi bila usia kandung ...


Sama kes la dgn meols la...Sarawak ni susah nak explain.

Kalau dah pergi sana baru tahu.

Meols boleh hidup kat Negara Kafir..Negara pemakan Babi atau minum arak...tapi bukan masyarakat YG suka sentuh Hal sensetif agama dan perkauman.

U know Kat Semenanjung Kita cuba tak sembang benda sensetif depan2...tapi dekat Sarawak diorg open sembang benda camtu dan sindir2.

Sembang benda Kotor yang berkaitan sex pun orang barat tak suka ya...tapi diorg ni lebih dari itu.
Quote notM 31-1-2021 10:38 PM
Edited by notM at 31-1-2021 10:40 PM
missyL replied at 31-1-2021 10:31 PM
U keje mane dulu kt swak..
Huhu. Risau plk


Somewhere around Simunjan...Aku pernah lepak dengan kawan Aku org Semenanjung dekat Gedong malam2 pernah dengar budak perempuan sembang pasal kedai Wak Badol....u know kalau Gedong tu majoriti Melayu.

Siapa duduk Serian tu tahu la apa Kedai Wak Badol tu
Quote shernazz 1-2-2021 12:45 AM
notM replied at 31-1-2021 10:38 PM
Somewhere around Simunjan...Aku pernah lepak dengan kawan Aku org Semenanjung dekat Gedong malam ...

Kedai apa kedai wak badol tu?
Quote anony-mous 1-2-2021 12:48 AM
notM replied at 31-1-2021 10:33 PM
Sama kes la dgn meols la...Sarawak ni susah nak explain.

Kalau dah pergi sana baru tahu.

Betul ke uols? Bukan ke sabah srawak ni BANGGA GILA konon x racist? Konon semenanjung ni jahat2 racist? Or yg baik tu sabahan only not sarawakian?
Quote Perawankota 1-2-2021 02:49 AM
notM replied at 31-1-2021 10:33 PM
Sama kes la dgn meols la...Sarawak ni susah nak explain.

Kalau dah pergi sana baru tahu.

Dorg mmg x racist tapi dorg terlalu open kan..
Quote notM 1-2-2021 07:08 AM
Edited by notM at 1-2-2021 07:10 AM
Perawankota replied at 1-2-2021 02:49 AM
Dorg mmg x racist tapi dorg terlalu open kan..


Diorg racist sesama Sarawak bila mengumpat dengan kau...lepastu racist terhadap kau pulak dengan sesama Sarawak cakap terbuka depan kau.

Ko rasa diorg ni perangai kawan jenis apa macam tu?

Diorg fikir kita open sembang isu sensetif...padahal isu racism tu dlm akhbar je YG sembang...dekat luar mana ada orang Semenanjung sembang terbuka .

Budaya kita berbeza dgn org Sarawak sebab tu banyak ibubapa Semenanjung x bagi kahwin org sana.
Quote notM 1-2-2021 07:11 AM
shernazz replied at 1-2-2021 12:45 AM
Kedai apa kedai wak badol tu?

Tanya la orang Melayu Sarawak apa kedai Wak Badul tu
Quote domestobot 1-2-2021 07:16 AM
notM replied at 1-2-2021 07:11 AM
Tanya la orang Melayu Sarawak apa kedai Wak Badul tu

baik ko cerita je, aku duduk Kuching pun tak tau apa benda kedai ko cakap ni tapi ya memang betul Sarawak konon je harmoni duduk semeja kat kedai makan. tapi lepas tu mulut masing2 kutuk kaum lain.
Quote notM 1-2-2021 07:18 AM
domestobot replied at 1-2-2021 07:16 AM
baik ko cerita je, aku duduk Kuching pun tak tau apa benda kedai ko cakap ni tapi ya memang betu ...


Rumah pelacur...bawah tu kedai makan....

Kitorg x sembang terbuka pasal rumah pelacur Tau...lagi2 kalau Perempuan....
Quote TOPwind 1-2-2021 07:56 AM
nanti pada satu ketika
emak umur 80
anak umur 70 tahun
cucu 60
cicit 50
semua warga emas
Quote domestobot 1-2-2021 10:51 AM
notM replied at 1-2-2021 07:18 AM
Rumah pelacur...bawah tu kedai makan....

Kitorg x sembang terbuka pasal rumah pelacur Tau...l ...

takpe kita semua dalam forum tidak berjantina. laki ke perempuan ke sama saja sini kan

Quote aHoi83 1-2-2021 02:57 PM
Dlm ci ni kalau ade yg sembang sarawak tk racist i senyum kambeng jah
Quote Perawankota 1-2-2021 07:30 PM
notM replied at 1-2-2021 07:08 AM
Diorg racist sesama Sarawak bila mengumpat dengan kau...lepastu racist terhadap kau pulak dengan ...

Mcmni x yah kawan pon xper

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060755 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top