CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

COVID Tu Semua Propa & Tak Bahaya, Vaksin Tu Yang Bahaya! Doktor Tampil Ulas Isu Panas Ini

31-1-2021 11:04 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6438| Komen: 24




Hampir setahun pandemik COVID-19 melanda dunia dan hingga saat artikel ini ditulis, lebih 103 juta penduduk dunia telah dijangkiti virus Korona dan seramai 2.2 juta telah meninggal dunia.


Antara negara yang kini berada dalam top 5 jangkitan dan kematian tertinggi akibat COVID-19 adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom dan Rusia.


Namun, disebalik kes jangkitan dan kadar kematian semakin meningkat setiap hari, masih ada lagi pihak yang mendakwa COVID-19 sebenarnya tidak berbahaya dan hanya seperti selsema biasa sahaja.

Malah ada yang mendakwa bahawa vaksin yang dibekalkan untuk mencegah jangkitan adalah lebih berbahaya dari virus COVID-19.

Memandangkan isu ini kerap tersebar di laman sosial  dan sering menjadi perdebatan dikalangan warganet hingga mengundang pergaduhan dan kekeliruan, seorang doktor tampil mengulas mengenai isu panas ini.

Dalam perkongsian video siaran "live" berdurasi satu jam dua belas minit dilaman Facebooknya, seorang doktor yang dikenali sebagai DrMan Ttdi menjelaskan perkara sebenar mengenai COVID-19 dan juga vaksin.

Menurut DrMan, kita tidak perlulah bergaduh mengenai bagaimana virus ini wujud sama ada ia dicipta oleh sesuatu pihak, mungkin hanya propaganda, mungkin juga diturunkan dari langit atau bermacam-macam lagi teori konspirasi yang tersebar. Perkara yang perlu kita tahu adalah bahawa Allah telah turunkan ujian ini sama ada virus ini benar atau pun tipu.

"Kalau tuan-tuan dan puan-puan pergi tengok sendiri dihospital, dan tidak hanya baca di Facebook atau maklumat yang tersebar di Whatsapp group sahaja, kita akan tahu Covid memang benar-benar wujud dan bahaya. Jangan sekadar tengok maklumat di Google dan kita telan bulat-bulat".

"Kita pergi tengok sendiri di wad-wad, tengok sendiri bagaimana doktor bertugas dan bagaimana pesakit sesak nafas dan ada yang meninggal." katanya.

DrMan memberitahu rakan-rakannya sendiri yang juga dikalangan doktor telah ramai dijangkiti dan ada yang meninggal dunia disebabkan Covid.

"Kawan saya sendiri, Doktor Usman Sani pakar Patologi Hospital Kangar meninggal dunia disebabkan oleh kuman Karona dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki".

"Sebenarnya, selagi mana kita tak nampak, tak rasa, tak kena..kita akan kata kuman Covid ini tipu dan juga propaganda. Orang yang tak jadi doktor, tak jadi nurse, tak jadi frontliner, dia tak rasa bagaimana sengsaranya."

"Sekarang ni,dekat hospital berlambak-lambak kes doktor dan nurse yang sudah dijangkiti dan telah dikuarantin."

"Kita jangan dok kata propa saja melalui bacaan selagi kita tak kena, anak kita tak kena, isteri kita, suami kita, mak ayah kita atau saudara mara kita tak meninggal disebabkan Carona, selagi tu lah kita tak percaya."

"Yang terbaru, sahabat kita yang femes Dr. Azizan Osman dan 31 orang keluarganya juga dijangkiti Carona hinggakan mak mertuanya meninggal dunia. Kamu ingat Dr Azizan saja-saja nak pakai tiub, banyak lagi kerja lain dia nak buat" tambahnya.

Mengulas mengenai vaksin, DrMan menjelaskan bahawa vaksin adalah bukan ubat untuk merawat Covid tetapi vaksin adalah dihasilkan dari partikel kuman untuk mencegah jangkitan Covid.

"Tuan-tuan, kita ada dua cara untuk menjadikan kita imun dari kuman Corona. Nombor satu, kita terkena jangkitan kuman Corona maka badan kita akan ada antibodi yang kuat setelah kuman itu negatif"

"Nombor dua, kita bagi kuman yang bukan original yang dinamakan vaksin yang sama seperti kuman original tapi kuman yang telah dilemahkan. Jadi secara tak langsung bila kita cucuk vaksin, badan kita akan melawan kuman tak original itu seterusnya menghasilkan antibodi".

Menurut DrMan lagi, apabila mengambil vaksin kadang-kadang akan ada orang yang kena kesan sampingan seperti pening, muntah atau mungkin ada yang akan merasa gejala sama seperti terkena Covid-19 namun kesan sampingannya tidak berbahaya seperti terkena kuman Covid yang original yang boleh membawa maut.

Tambahnya lagi, golongan berisiko tinggi seperti warga emas, penghidap kencing manis atau darah tinggi tidak akan diberi vaksin terlebih dahulu dan hanya akan diberi kepada orang yang sihat kerana kerajaan masih belum ada data yang banyak untuk dimonitor.

"Jadi vaksin ini dikatakan keberkesanannya adalah diantara 90% hingga 96% bergantung kepada jenis vaksin. Setiap vaksin akan ada kesan samping tapi kesan samping itu tidak berbahaya seperti dijangkiti virus Corona"

"Dengarlah dan percayalah cakap saya, janganlah percaya dan dengar perkara tahyul dan bukan-bukan" katanya.

DrMan juga menyeru agar orang ramai tidak takut dengan vaksin kerana kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup dengan Covid. 

"Kita mahu hidup seperti dulu kerana pasti ramai yang rindukan solat berjemaah ramai-ramai, rapat-rapat dimasjid setelah sekian lama bersolat Jumaat berjarak. Bukan saja ramai yang hilang kerja serta anak-anak terpaksa belajar "online", kita juga nak terbang pergi menunaikan haji di Mekah."

"Percayalah, doktor akan buat yang terbaik. Tidak ada mana-mana doktor nak bagi pesakit dia mati."

Diakhir video, DrMan sebak membacakan doa memohon semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dari jangkitan Corona dan keadaan kembali normal. 

Untuk info, Covid-19 mempunyai 5 tahap jangkitan.

Tahap 1: Tidak bergejala (assymptomatic)
Tahap 2: Bergejala tanpa radang paru-paru (symptomatic, no Pneumonia)
Tahap 3: Bergejala dengan radang paru-paru (symptomatic, Pneumonia)
Tahap 4: Bergejala, mempunyai radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen (symptomatic, Pneumonia, requiring supplemental oxygen)
Tahap 5: Pesakit kritikal dengan penglihatan multiorgan (critically ill with multiorgan involvement)

Menurut laporan oleh KKM, sebanyak 88% daripada mereka yang telah dijangkiti berada pada Tahap 1 dan Tahap 2. Ini jelas menunjukkan kebanyakan daripada pesakit jangkitan ini sama ada tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda Covid-19 atau hanya menunjukkan gejala yang ringan seperti demam dan batuk.

7% peratus daripada keseluruhan pesakit semasa pula berada pada Tahap 3 dan Tahap 4. Manakala sebanyak 5% daripada baki jumlah keseluruhan pesakit berada pada Tahap 5. - CARI 


Loading FB Post...





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 31-1-2021 11:31 PM
X sangka ade lg yg x caye covid nie. Nsb bek circle i xde yg anti vax and delusional mcm nie..
Quote rastaf 31-1-2021 11:45 PM
orang jadi tak percaya sebab 88% yg kena tu tak bergejala dan ada yg siap buat tiktok. itu la punca dia doktor.. pada mereka. peratus kematian tak tinggi kenapa nak sop bagai tutup masjid solat berjarak. tutup sekolah, tutup tempat kerja.    

doktor patut ulas juga kenapa solat jarak juga terpaksa dilimitkan jemaah terutamanya musim pkp padahal semua patuh sop dan solat berapa minit je pun. nak beza kat pasar basah bersesak2 tiap hari lagi lah risiko.itu yang perlu diulas untuk jawab apa yg selalu antivak bangkitkan

yg vaksin aku baca ada yg dok sebar ada nanochip segala yg boleh control minda melalui wave yg dihasilkan dari teknologi 5G. nak tergelak tp terkesan gak bila dahbaca. tak percaya pun jadi terfikir kalau betul. tapi nak percaya pulak tak kan lah krajaan seluruh dunia semua tak cerdik nak benarkan otak frontliner  atau rakyat dorg dicontrol oleh sesuatu pihak? ntah lah. macam2
Quote najib888 31-1-2021 11:57 PM
Carona, carona.. virus baru ka doktor???
Kalau awal2 dulu, misspelled tu boleh juga diterima.. ni dah setahun kot.. carona memang le tak wujud, yg ada Coronavirus palatao..

Semak betui la...
Quote Mopiko 31-1-2021 11:58 PM

tapi dikalangan antivak pun ada ramai doktor yg tak sokong vaksin termasuk diluar negara. seeloknya buat macam wacana sinar..debat antara provak dan antivak. jadi rakyat boleh menilai
Quote najib888 1-2-2021 12:06 AM
rastaf replied at 31-1-2021 11:45 PM
orang jadi tak percaya sebab 88% yg kena tu tak bergejala dan ada yg siap buat tiktok. itu la punca  ...

Kan.. aku dah tanya; berpuluh-puluh komen aku kat YouTube pasai kaitan nanobots particle dgn 5G wave.. takde sorg pun yg jawab..ikutkan, technology LTE/4G lagi bahaya sebab gelombang tu boleh menembusi tubuh manusia manakala 5G pula mudah terhalang bila ada obstacles. Salah satu sebab 5G ada bnyk repeater selain boleh bawa data yg besar adalah penembusan gelombang.

Buat apa berabis berbillion dollar nak cipta nanobots,suntik masuk dlm badan semata-mata nak kawal minda manusia? Kalau pala otak jenis genius IQ above 160 berbaloi jugak nak kawal.

Lebih senang kawal minda dgn teknologi yg ada sekarang ni.. guna smartphone dan apps je.. dan pentaksub juga tak sedar, yg sebenarnya pala otak depa dah pun kena kontrol bila mana depa percaya nanobot ada dalam beksin..

Quote Supersirap 1-2-2021 12:16 AM
Jika x setuju xnak divaksinkan x perlulah nak maklumkan kepada masyarakat berkenaan x persetujuannya itu
Quote CiliPadiSedap 1-2-2021 12:27 AM
rastaf replied at 31-1-2021 11:45 PM
orang jadi tak percaya sebab 88% yg kena tu tak bergejala dan ada yg siap buat tiktok. itu la punca  ...

malaysia yang latest pun ada 7G tu pun pakai ford mustang. 5G belum ada lagi.. yang 4G kat malaysia stabil maxis je lain telco boleh lumba dengan siput sedut.
Quote asfaz 1-2-2021 01:49 AM
Area aku ni kelmarin dah meninggal sorang.Ada 3 family tgh kuarantin termasuk family yg meninggal tu.Alhamdullilah anak isteri dia negatif tp tetap kena kuarantin.Bebudak mmg tak dibenarkan keluar. Ada yang keluar kena halau balik.
Quote sawi_bayam 1-2-2021 02:23 AM
Terangkan kepada Mosus flatearther kalau berjaya. Hahahaha.
Quote Gingerly 1-2-2021 02:49 AM
Memang lebih berbaloi untuk mengawal minda manusia yang iq nya bawah 140..sebab majority adalah followers. Basic. TMore followers, tmore powerful. Menjadi tentera2 dajjal dalam tak sedar.

Stalemate.

Quote kakikuDibibirmu 1-2-2021 04:37 AM
Tak masuk akal nanochip boleh konek dengan sel otak yang berbilion-bilion
Quote sally03tomato 1-2-2021 05:56 AM
rastaf: orang jadi tak percaya sebab 88% yg kena tu tak bergejala dan ada yg siap buat tiktok. itu la punca dia doktor.. pada mereka. peratus kematian tak tin ...


Bab masjid tutup tu sebab kalau masjid buka pelbagai agama lain minta buka juga rumah ibadah... Nanti thaipusam pun org claim boleh buat ikut s.o.p... dorg dah fikir dah bg adil..
Quote Jemahjemah 1-2-2021 01:44 PM
Geng sewel antivaksin je fikir covid ni tipu. Bengong.
Quote kakakpositifker 1-2-2021 05:28 PM
Semoga allah swt lindungi kita semua
Quote Dwdrum 1-2-2021 06:02 PM
Nanti Dr akan jumpa cluster ubat cacing... Akan hairan ada yang OD ubat cacing
Quote rastaf 1-2-2021 10:59 PM
najib888 replied at 1-2-2021 12:06 AM
Kan.. aku dah tanya; berpuluh-puluh komen aku kat YouTube pasai kaitan nanobots particle dgn 5G wa ...


aku tak pandai sangat pasal gelombang bagai ni tp tu la macam tak masuk akal pulak

Quote rastaf 1-2-2021 11:00 PM
CiliPadiSedap replied at 1-2-2021 12:27 AM
malaysia yang latest pun ada 7G tu pun pakai ford mustang. 5G belum ada lagi.. yang 4G kat malaysi ...


tapi slow2 tengah pacak menara 5G tu kan. mungkin long term laju kot


Quote rastaf 1-2-2021 11:01 PM
kakikuDibibirmu replied at 1-2-2021 04:37 AM
Tak masuk akal nanochip boleh konek dengan sel otak yang berbilion-bilion


make sense je pada aku. nama pun "perang" big data


Quote MontanaHannah 1-2-2021 11:05 PM
wabak mmg wujud.


tp pelik kenapa xde siapa bom china  kerana menjadi penyebab kpd sebar corona di dunia???

wei zhen ma ????

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.207872 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top