Jakarta: Seorang pemilik kucing terkejut apabila menemui haiwan kesayangannya dalam karung guni dipercayai disembelih untuk dijadikan makanan. Portal tempatan melaporkan penemuan beberapa karung guni berisi kepala dan badan kucing termasuk yang bunting di Medan menyebabkan kekecohan berikutan permintaan tinggi untuk mendapatkan daging kucing.
Pemilik akaun Instagram,@soniarizkikarai menemui karung guni berisi bangkai itu ketika mencari kucingnya yang hilang. Sonia menerima maklumat kucingnya yang bernama Tayo ditangkap dan dimasukkan ke dalam karung guni oleh seorang penduduk di kawasan itu. "Selepas bertanya kepada masyarakat sekeliling adakah terlihat kucing saya, seseorang memberitahu ada penduduk di situ yang sering mengambil kucing untuk disembelih.
"Daging kucing yang disembelih biasanya dijual pada harga 70,000 rupiah (RM20) sekilogram," katanya. Dia memberanikan diri berkunjung ke rumah individu yang dikatakan itu, terletak di Tangguk Bongkar, Medan Denai dan berjumpa tukang sembelih itu. Lelaki itu tanpa berselindung memberitahu Sonia dia menjual daging kucing dan menunjukkan karung berisi bangkai. "Saya membuka karung guni itu dan terkejut apabila melihat banyak kepala kucing termasuk kucing bunting," katanya. Seorang penduduk setempat, Anggiat Sipahutar memberitahu bahawa terdapat seorang warga di situ yang kerjanya menyembelih kucing. -CARI Sumber: Hairan Metro
|
Kurex: Bekas bibik makcik aku tangkap kucing jiran, lepas tu makan... Start dari tu makcik aku taknak ambik bibik dah
bondeh replied at 1-2-2021 11:47 AM
Bangang padanlah tak maju2 pastu asyik ditimpa bala mala petaka.. Medan penduduk Muslim kan... cibai ...
Eliadaisy83 replied at 1-2-2021 12:47 PM
Tak maju apanya..next year indon dah ada keretapi laju, malaysia makin jauh ketinggalana..dr segi ...
ADVERTISEMENT