KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai sedang berkhayal dan disarankan untuk segera berjumpa dengan pakat sakit jiwa. Peguam, Siti Zabedah Kasim melalui laman Facebook turut menyifatkan Abdul Hadi sebagai syaitan yang sebenar. “Agak-agak siapa yang syaitan dalam pernyataan Hadi Awang nih? I simply cannot compute what he’s saying. Melayu tak register pasal kena rasuk penjajah? Bukan Islam nak rampas politik? “Saya rasa dia perlu pergi berjumpa dengan pakar sakit jiwa kerana menghadapi masalah khayalan. Ia sangat membimbangkan kerana beliau berada di dalam kerajaan. Bayangkan kerosakan yang telah dilakukan dan akan dilakukan sekiranya tidak dibaiki,” katanya memetik kenyataan tersebut.
Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kasim turut melabel Ahli Parlimen Marang itu sebagai hipokrit yang menunggang agama untuk kuasa dan kekayaan. “Wahai Hadi, biar saya terangkan beberapa fakta mudah: “1. Saya bersetuju kebencian melalui politik di negara ini berlaku kerana masyarakat terpengaruh dengan syaitan yang bertopengkan manusia – syaitan tersebut adalah orang seperti anda. Hipokrit yang menunggang agama untuk kuasa dan kekayaan. “2. Minoriti tak ada masa nak ambik kuasa majoriti. Mereka hanya mahu tinggal dimana orang seperti anda tidak melayan mereka seperti ‘second class citizens’. Bilamana kamu mempengaruhi masyarakat untuk membenci golongan minoriti hanya kerana kamu mahukan kuasa. “Saya rasa kamu (Hadi) sepatutnya diam. Kami masih belum lupa mengenai ‘Amanat Hadi’ yang ditulis oleh syaitan yang sebenar,” katanya lagi. Terdahulu Hadi berkata masyarakat Melayu disifatkan bangsa paling lemah mendaftar sebagai pengundi kerana sering dimomokkan dengan banyak anasir antaranya politik adalah kotor. Sumber : – SUARATV |
notM replied at 1-2-2021 11:43 PM
Baru syok Hadi Awang kena tarbiah dengan Siti Kassim.
.Kita perlukan 10 Siti Kassim di Malaysia.. ...
dizekni replied at 1-2-2021 11:16 PM
Mulut siti kassim sebenarnya adalah poen dia
MissYouSayang replied at 2-2-2021 12:48 AM
You are so pervert!!
rogayahtop replied at 2-2-2021 04:53 AM
Siti sampah ni korang support? Liberal la sangat penyokong drunk drivers.
FOTHER-MUCKER replied at 2-2-2021 02:32 AM
Nasib baik di malaysia masih ada manusia seperti siti kasim ni. Jikalau ikut kemahuan lobai satu har ...
ADVERTISEMENT