Ada sebuah pulau yang dikenali sebagai Ilha de Queimada Grande atau Pulau Ular yang terletak di negara Brazil dan tiada seorang penduduk atau seorang pengunjung pun berani menjejakkan kaki disini. Untuk pengetahuan korang, lebih kurang 4000 ular berbisa ada di sini dan boleh menyebabkan kematian manusia dewasa dalam masa satu jam sahaja. Populasi ular yang banyak dan tertumpu di kawasan ini disebabkan oleh peningkatan air laut kira kira 11,000 tahun dulu dan ular terperangkap di dalam pulau ini. Malah pihak berkuasa Brazil tidak membenarkan sesiapa memasuki pulau ini tanpa kebenaran khas iaitu untuk tujuan penyelidikan.
|
ADVERTISEMENT