CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Anak Guam Kami Tidak Akan Dibuli" - Peguam Naz Carpentry

2-2-2021 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8256| Komen: 33

Naz Carpentry memfailkan permohonan ketepikan pembelaan terhadap Awal Ahaari termasuk permohonan pembelaan terhadap tuntutan yang dibuatnya.

Menurut Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan, pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.



Kredit foto: IG Awal

"Nac Carpentry membalas pembelaan Awal dan memfailkan pembelaan tersebut melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors minggu lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Tambahnya, dalam tuntutan mereka pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry memfailkan tuntutan saman fitnah bernilai RM3 juta terhadap hos TV tersebut dan dua individu lain kerana didakwa mencemarkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.

Ia menerusi kempen media sosial oleh Awal yang telah menjatuhkan reputasi mereka berhubung kerja pengubahsuaian di kediaman baru defendan.


Naz Carpentry mendakwa Awal menyerang reputasi syarikat dan pemililknya melalui beberapa posting berita palsu dan fitnah di akaun media sosial beliau dari November 2019 hingga November 2020.

Sementara itu, peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata, anak guamnya tidak takut dengan tuduhan defendan.


Kredit foto: IG Naz Carpentry

"Dengan tuntutan anak guam kami terhadap Awal, Naz Carpentry kini berada di landasan tepat untuk memulihkan reputasi mereka. Anak guam kami tidak akan dibuli dan kami menunggu jawapan peguam defendan.

"Berkenaan tuntutan balas Awal berjumlah RM750,000, anak guam yakin dan percaya bahawa kos tersebut langsung tidak terhutang oleh anak guam," ujarnya.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iena_jr 2-2-2021 10:32 AM
Ape banyak typo ni oi
Quote sofyayra 2-2-2021 10:57 AM
Helok juga ya dak ijat ni
Quote Nenasketum 2-2-2021 11:31 AM
Semoga seleb Gayah kurang2 mencaci providers lepas kes ni menang.
Quote lattehazelnut 2-2-2021 12:57 PM
Semoga dipermudahkan.. iols side awal..
Quote epuepy 2-2-2021 02:51 PM
aku team awal. sbb aku pn penah kena ngn contractor uma aku.  buat keje sambil lewa, hasil x semenggah.

so contractor penipu mcm ni mmg layak di saman . penat2 aku kumpul duit nk renovate rumah, alih2 dpt cabinet dapor senget benget, tangga mcm batu cave tegak semacam.
Quote MontanaHannah 2-2-2021 03:22 PM
epuepy replied at 2-2-2021 02:51 PM
aku team awal. sbb aku pn penah kena ngn contractor uma aku.  buat keje sambil lewa, hasil x semengg ...

Kalau betul bagai dikata samankan saja.
Quote gorjeous 2-2-2021 04:02 PM
Kita lihat siapa yg menang...  
Quote takayama 2-2-2021 04:28 PM
siapa lawyer yg wakil Awal?
moga yg teraniya akan terbela hendaknya
Quote minahgempal 2-2-2021 04:35 PM
takayama replied at 2-2-2021 04:28 PM
siapa lawyer yg wakil Awal?
moga yg teraniya akan terbela hendaknya

azlan razak..
Quote sipot 2-2-2021 05:13 PM
iols dipihak awal.. semoga dapat pembelaan yng sewajarnyaa
Quote adelea 2-2-2021 05:27 PM
takayama replied at 2-2-2021 04:28 PM
siapa lawyer yg wakil Awal?
moga yg teraniya akan terbela hendaknya

azlan razak , semoga terbela , and menang kes tuntutan ...
Quote minguk 2-2-2021 05:31 PM
i sokong awal. sebab contractor buat rumah ayah i pun hasil macam tahi.
Quote cumie 2-2-2021 05:38 PM
tengoklah nanti siapa yg menang..
tp banyak je kontraktor buat hal
pernah je terkena..

so nanti tengoklah yg ni macam mana..
tak familiar sangat pun dengan Naz Carpentry
macam ada adik beradik Melvin guna service dia
Quote SepupuBen10 2-2-2021 05:42 PM
Uols pun kontraktor naz carpentry ke? Diorg mmg buat keje senget benget ke?
Quote fealefea 2-2-2021 05:44 PM
Yihh kerja x jadi pastu x mengalah lagi. Fight2.
Quote Rogue98 2-2-2021 06:26 PM
Bukan ada sorang kakak tu duk kondem naz carpentry ni dulu...last2 rupanye bukan dia ambik jadi kontraktor pun...kawan dia..tu pun masalah kecik dgn perabut ke apa ntah terus dia mintak maaf. Ntah2 dia pun kena saman.
Quote fadz84 2-2-2021 06:57 PM
minahgempal replied at 2-2-2021 04:35 PM
azlan razak..

Alan yg speaker Mat Luthfi channel tu ye?
Quote minahgempal 2-2-2021 07:14 PM
fadz84 replied at 2-2-2021 06:57 PM
Alan yg speaker Mat Luthfi channel tu ye?

aah dia..awal kn hired dia dlu utk kes saman apa dlu tu..
Quote azimodin 2-2-2021 07:39 PM
#Teamawal Rumah iouls dah setahun setengah huru hara disebabkan contractor hampeh siap mintak tambah duit lagi. Malu iouls kawan datang rumah tanya kenapa kesan leaking x cat balik, kenapa cabinet dapur pintu xde, tandas bawah air bertakung.. Stress keluar duit tiktik peluh sendiri tapi hasil hampa

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.276256 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top