CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Gesa Aung San Suu Kyi Dibebaskan

2-2-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2240| Komen: 6

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin Myanmar termasuk Aung San Suu Kyi yang ditahan tentera negara itu supaya dibebaskan segera.

Menyifatkan penahanan mereka bertentangan kehendak rakyat, ketua pembangkang turut meminta tentera Myanmar menghormati proses demokrasi.




“Pemimpin dunia dan Asean harus menggembleng suara dan menggesa untuk pembebasan segera pemimpin-pemimpin Myanmar dan mesti menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Saya menggesa mereka hormat serta lindungi pilihan rakyat. Belum terlambat untuk melakukan yang sepatutnya untuk bangsa dan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini (semalam).

Presiden Parti Keadilan Rakyat itu mengulas perkembangan terkini rampasan kuasa tentera melalui penahanan beberapa pemimpin politik kerajaan Myanmar.

Selain Aung San Suu Kyi selaku kaunselor negara, Presiden Myanmar U Win Myint dan pegawai kanan lain ditahan di ibu kota Naypyidaw hari ini (semalam) atas dakwaan penyelewengan dalam pilihan raya pada November 2020.



Kredit foto: AP

Tentera Myanmar kemudian mengambil alih pentadbiran negara menerusi rampasan kuasa dan mengisytihar darurat selama setahun.

Anwar menegaskan, semua harus menjunjung perlembagaan, mandat rakyat dan akur keputusan pilihan raya sekalipun mereka terpalit isu pencabulan hak asasi masyarakat Rohingya.

“Demokrasi di Myanmar masih pada peringkat permulaan serta yang punya masa depan. Tindakan pihak tentera ini hanya akan membalikkan aspirasi rakyat Myanmar, dan menjerumuskan negara itu terus ke lembah kediktatoran,” katanya.


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 2-2-2021 11:25 AM
contoh ahli parlimen yang karier berkembang daripada pm tepi, pengutip sampah di pantai port dickson and now jadi pemimpin asean untuk bebaskan aung san kung yi.

betul2 takde kerja ini orang.
Quote sehirkedi 2-2-2021 12:07 PM
Edited by sehirkedi at 2-2-2021 12:08 PM

Hello bung nuar pun geng satanic cabal ke?
#TanyaJe

bagus sangat Suu Kyi kena tangkap dengan tentera. Orang yg kuat menipu, tu je yg selayaknya
_20210202_115758.JPG
_20210202_115947.JPG _20210202_115840.JPG
_20210202_115924.JPG

Bff Suu Kyi..killary, obama ting tong
Quote BicaraHatiku 2-2-2021 11:58 PM
alahhh ni pon..pergi la turap jln kt PD tu berlubang byk.

Quote MontanaHannah 3-2-2021 12:00 AM
Anwar ni gila.

Dia sendiri pun belum tentu bebas tiba-tiba nak bebaskan org lain pula.


Rumah ko xde cermin ke ?

Quote Ain_h 4-2-2021 01:31 AM
Pm dia perempuan ye.. Ni sama mcm kes turki dulu kan?
Quote sidewinder 4-2-2021 01:33 AM
lantak la kena jail ke apa......baik sibuk hal negara sendiri....tak yah nak acah2 jadi hero hal negara luar.....masalah negara sendiri pun x tertanggung

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045108 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top