CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Puji, Berterima Kasih Kepada Pak Nil Temu Bual Dr Amalina Isu Vaksin Covid-19

2-2-2021 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2879| Komen: 9

Menjadi antara mereka yang pertama mendapat vaksin untuk Covid-19, pengacara terkemuka Datuk Aznil Haji Nawawi mengambil kesempatan untuk menemu bual Dr Amalina Bakri yang berada di London, United Kingdom (UK).



Kredit foto: IG Pak Nil

Temu bual itu dilakukan secara live di Instagram milik Aznil yang mesra disapa Pak Nil.

"Di UK sekarang ni dah ada beberapa suntikan yang telah mendapat kelulusan dan saya mendapat suntikan vaksin daripada Pfizer, vaksin pertama diluluskan kerajaan UK.

"Kita ada sistem, pertama sekali diberikan kepada orang-orang tua yang lebih 80 tahun ke atas terutamanya mereka yang berada di rumah jagaan. Lepas tu mereka yang menjadi penjaga kepada orang-orang tua ini (caretakers), kemudian petugas kesihatan seperti doktor, jururawat, mereka yang berada di barisan hadapan (frontliners) yang menjaga pesakit di hospital dan kemudian mengikuti peringkat umur," jawab Amalina ketika ditanya Pak Nil tentang sistem pemberian vaksin di UK.


Tambah Amalina, pemberian vaksin adalah percuma kepada semua orang yang tinggal di UK. Apabila ditanya Pak Nil sama ada terdapat paksaan untuk mereka mengambil vaksin tersebut, Amalina memberitahu tiada paksaan.

"Kita tak memaksa. Orang ramai yang datang diberi pilihan selepas diberi kaunseling. Apabila kita menawarkan vaksin atau perubatan kepada orang ramai, kita beri maklumat yang teliti dan menyeluruh tentang vaksin tersebut. Jadi, menjadi pilihan mereka untuk mendapatkan vaksin atau tidak," katanya.



Amalina juga mendakwa dia menjadi antara doktor yang mencari sukarelawan dan menerangkan risiko kepada mereka serta mengawasi sebelum dan selepas pemberian vaksin bagi memastikan tiada reaksi alahan berbahaya kepada mereka.


Kredit foto: IG Dr Amalina

Amalina juga berkongsi tentang perkawinannya yang terpaksa ditangguh ekoran pandemik itu dan akan berkongsi kepada semua apabila sudah mendapat tarikh sesuai.


Sumber: Gempak

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 2-2-2021 01:15 PM
Bagus dia..
Still masih bole bertutur dalam Bahasa w.pun main language dia is english..
Terliat sikit je compare malaysian yg berbudu,berpetai tapi...haukkkkkkkkkkkkk
Quote cumie 2-2-2021 01:20 PM
akhirnya, ada jugak content ig semenggah
eloklah paknil interview dr amalina
Quote Serenaa 2-2-2021 03:30 PM
Good for u Pak Nil
Quote Ain_h 3-2-2021 07:30 PM
Bagus Dr amalina
Quote dua_chzy 3-2-2021 07:53 PM
Acik2nya Amalina jika bukan di IG. Baru tau.
Quote TOPwind 3-2-2021 08:40 PM

ya setuju dia ni bagus wpun ramai bangsa sendiri yg kutuk dia.dia telah menaikan MSia dan bangsa serta agama kita.





Quote TOPwind 3-2-2021 08:44 PM
pak nil sepatunya lighting kan belakang tu takde-
ia amat menggangu penonoton.
Quote aikee04 3-2-2021 10:35 PM
Bagus Dr A ni...panjang dan jelas penerangan tentang vaksin utk penduduk disana...kenapa xde dr di Malaysia yg boleh bagi penerangan sebegini utk kita2 disini?
Quote aikee04 4-2-2021 12:02 PM
upkan.....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.043946 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top