Sibu: Berang kerana tidak diberi wang, seorang adik tergamak memukul kakaknya menggunakan batang penyapu sehingga lumpuh. Dalam kejadian pada 3 petang, 22 Januari lalu di kediaman mereka di Jalan Sungai Antu di sini, mangsa berusia 49 tahun mengalami kecederaan di tulang belakang hingga menyebabkan saraf tunjangnya tertekan kuat sehingga menyebabkan mangsa lumpuh dari paras dada hingga ke kaki.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, sebelum ini keluarganya enggan membabitkan kejadian itu dengan pihak polis. Bagaimanapun, menurutnya, selepas didesak oleh mangsa akhirnya keluarga tampil membuat laporan polis semalam. Katanya, susulan laporan berkenaan suspek yang berusia 44 tahun ditahan polis pada 2.10 petang semalam untuk siasatan lanjut. "Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan. "Kes juga akan dirujuk kepada pegawai perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim ke atas mangsa," katanya. Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila suspek memukul mangsa selepas tidak diberi wang walaupun beberapa didesaknya. "Mangsa berang dan mengambil batang penyapu lalu memukul suspek. Lelaki itu kemudiannya merampas batang penyapu dan terus memukul mangsa di kepala, badan dan belakang beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa jatuh terlentang di atas lantai ruang tamu di tingkat atas kediaman mereka. "Suspek terus memukul badan mangsa yang berada dalam keadaan telentang itu hingga emaknya menjerit ke arahnya untuk berhenti memukul mangsa. "Mangsa dibawa ke Hospital Sibu dan akan menjalani pembedahan pada tulang belakang esok," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Artemesiaa replied at 2-2-2021 02:19 PM
Adiknya mat pet mungkin
ADVERTISEMENT