Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, 35, bercadang memberi sumbangan kondom bagi mengelakkan jumlah kehamilan meningkat di negara itu, terutama ketika pandemik Covid-19 ini.
Menurut Nikita, pencegahan awal penting berikutan negara berkenaan kini dalam perlaksanaan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) oleh pemerintah sebagai usaha untuk mengekang penularan Covid-19 yang masih menular. "Di kala PSBB dilaksana ketika pandemik ini boleh menyebabkan angka kehamilan meningkat di Indonesia berikutan pasangan suami isteri banyak menghabiskan masa bersama di rumah. "Jadi, bagi mengurangkan kadar kehamilan ini daripada terus meningkat, maka saya merancang untuk menyumbangkan kondom secara percuma bagi mencegah ibu-ibu daripada hamil," katanya. Nikita ketika ditemui media tempatan menyifatkan sumbangan kondom itu dibuatnya bertujuan supaya dapat mengecilkan jumlah kehamilan daripada meningkat secara drastik kerana PSBB itu.
Ujar Nikita yang juga pelakon Lihat Boleh, Pegang Jangan, peningkatan jumlah kehamilan yang berlaku dilihatnya akan menambah tanggungjawab sesebuah keluarga dan ia mampu memberi kesan jangka masa panjang. "Soalnya, bila pasangan suami isteri ada banyak waktu bersama di rumah, pasti akan menyumbang pada kehamilan. Tapi jika hamil dan tidak dirawat, nanti buat apa. "Saya hanya memikirkan untuk bantu mencegah sahaja dan tidak kisah jika hasrat mengedarkan kondom secara percuma ini bakal sensasi kerana intinya saya lihat ke arah yang positif," katanya. Sepanjang, krisis Covid-19 menular di Indonesia sejak tahun lalu, Nikita dikata salah seorang selebriti yang kerap menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada masyarakat. Antaranya, dia pernah mengedarkan satu trak vitamin C kepada pekerja kesihatan dan pesakit di Wisma Atlet, Jakarta. Sumber: Harian Metro |
SayaSayangMama: Klu kt malaysia kadar kelahiran turun 5.7 % ye pada tahun 2020. Dan dijangka akn menurun lg pada 2021. Ni cara kami rakyat moden berfikir, xnk tambah ...
helicornia replied at 3-2-2021 10:17 AM
nikita ni klu baca artikel indon mmg kejenya asik ckp psl seks je.siap citer pengalaman dasar sangap
Ain_h: Cdgn yg baik.. Btw selalunya harga kondom berapa?
Cari-Mod replied at 3-2-2021 09:29 PM
puas hati sangat yach kalo tengok heshe mengamuk
minahgempal replied at 4-2-2021 06:14 AM
gaduh psl apa nie?psl nafkah anak2 ker?detailkn skit please..
Cari-Mod replied at 4-2-2021 06:42 PM
ADVERTISEMENT