CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bimbang Radiasi, Lelaki Minta Jiran Tutup WiFi

3-2-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2530| Komen: 10

"Hello! Saya jiran kamu dari unit 301 yang tinggal di aras bawah. Isteri saya hamil dan bimbang dengan bahaya radiasi daripada sambungan Internet menerusi jaringan tanpa wayar (WiFi).

"Tolong matikan WiFi kamu jika tiada di rumah dan ketika tidur! Diharap kamu memberi kerjasama."

Demikian permintaan seorang lelaki di Qingdao, China kepada jirannya yang diluahkan menerusi satu nota.



Portal Mothership melaporkan, lelaki itu bertindak sebegitu kerana mahu melindungi isterinya yang hamil daripada apa yang dianggap sebagai bahaya radiasi kepada bayi di dalam kandungan.

Malangnya, permintaannya itu tidak dilayan, sebaliknya jirannya membalas dengan sarkastik dan turut mencadangkan lelaki terbabit supaya berpindah.

"Hai pak cik, saya perlu menghadiri kelas secara dalam talian pada siang hari, manakala bapa saya bekerja sebelah malam.


"Kami tidak dapat menutup sambungan WiFi di rumah. Jadi, kamu boleh berpindah dari sini, bila-bila masa," demikian balasan diterima lelaki berkenaan daripada jirannya.

Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas tular di laman sosial dan rata-ratanya terhibur dengan tindakan berani lelaki terbabit serta jawapan balas diterima daripada jirannya.

Sementara itu, seorang profesor biokejuruteraan dari University of Pennsylvania berkata, tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan adanya kesan negatif WiFi terhadap kesihatan.

Beliau berkata, ia memandangkan tahap gelombang radio WiFi yang di bawah had yang selamat.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 3-2-2021 10:43 AM
haha atleast dia reply surat kawan tu secara berhemah
Quote ninjago 3-2-2021 11:08 AM
camne nak suruh org keliling off wifi. wifi dah jadik necessity dah skrg cam air & letrik.

kena duk kat hutan la kalau taknak kena radiation.
Quote Cari-Mod 3-2-2021 09:36 PM
mohon ko duduk dalam gua je lah. segala radiasi uv matahari wifi semua tak boleh tembus masuk
Quote farhani87 9-2-2021 11:29 PM
Kalau dah gaya mcm ni kena buat rumah dalam hutan kot.
Quote linsh 10-2-2021 02:37 AM
Nonsense saja. Apa kata tinggal digua?
Quote kluangman 10-2-2021 09:37 AM
Pemikiran mainland ni dah lama merebak ke Tanah Melayu.

DAP hasut bantah menara telekomunikasi. Bila tiada coverage atau kelajuan kurang merengek.

https://www.sinarharian.com.my/a ... ncar-telekomunikasi

Quote isbritneybich 10-2-2021 09:47 AM
kluangman replied at 10-2-2021 09:37 AM
Pemikiran mainland ni dah lama merebak ke Tanah Melayu.

DAP hasut bantah menara telekomunikasi. B ...

kalau tgk gaya pakaian semuanya jenis2 jalan kengkang pergi pasar pagi yah. radiation pun entah2 tak reti sebut
Quote kluangman 10-2-2021 09:56 AM
isbritneybich replied at 10-2-2021 09:47 AM
kalau tgk gaya pakaian semuanya jenis2 jalan kengkang pergi pasar pagi yah. radiation pun entah2 t ...

Ini ha ladiation manyak bahaya wooo. Jangan pasang woo itu menala telekomunikasi.Manyak bagut kelajaan negeli PH tidak pasang menala lagi
https://www.sinarharian.com.my/a ... ncar-telekomunikasi

Haiya ni gomen PN manyak slow buat kerja. Wa punya handphone line ada tapi slow. Wa tak kila. Gomen kena bagi covelage manyak bagut tapi wa tak mahu menala.
https://www.astroawani.com/berit ... putan-jailani-77561

Quote capiloton 10-2-2021 10:15 AM
Sementara itu, seorang profesor biokejuruteraan dari University of Pennsylvania berkata, tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan adanya kesan negatif WiFi terhadap kesihatan.

ada jer saintis dan academician yang bukti kan sebalik nya.

tapi bukan mainstream, dan mereka tak ramai,
jadi boleh di bolayan kan

Quote stania83 10-2-2021 10:20 AM
Ok je jiran dia, dia suruh tutup bila tak guna dan waktu tidur. Boleh je jiran dia jawab ok akan cuba laksanakan sebaik mungkin instead of menjawab utk provoking

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037958 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top